lima belas

377 70 19
                                    

Hana ingin membuka mulutnya. Ingin berkata sesuatu. Ingin membalas kata-kata Ezhan. Ingin memberikan jawapan yang telah tersusun di dalam kepalanya tetapi, dia tidak boleh. Lidahnya bagaikan terkelu. Anak tekaknya tidak mengeluarkan sebarang suara. Hana hanya dapat rasakan pipinya yang sudah membahang dan jantungnya yang sudah bermain dikir barat.

Mata coklat cair milik lelaki itu bersinar. Pandangan yang diberikan Ezhan kali ini lain. Baru dan ini kali pertama Hana lihat Ezhan memandangnya dengan pandangan begini.

Bunyi guruh kuat kedengaran lalu air hujan pun turun dengan lebih lebat membasahi bumi. Cepat sahaja mereka berdua lecun dibasahi air hujan.

"Asyik hujan je Malaysia" Ezhan berkata pula. Perlahan-lahan, bibirnya mengukirkan senyuman. Dapat dilihat lesung pipitnya memunculkan diri.

Ini tidak adil. Ezhan tidak boleh main cakap sahaja apa yang berada di fikirannya. Lelaki itu tidak boleh sesuka hati jatuhkan bom atom dan kemudian tersenyum seperti dia tidak baru sahaja menggegarkan seluruh dunia Hana.

"Kenapa lah kalau kita berdua je, mesti hujan?" Ujar Ezhan. Hana memandang lelaki itu yang masih tersengih. Entah lah. Ini bukan kali pertama cuaca tidak memberikan restu kepada perjumpaan mereka berdua.

"No."

Kening Ezhan terangkat.

"I don't feel anything" Hana terus menolak tubuh Ezhan sehingga lelaki itu bergerak ke belakang beberapa tapak. Spontan tangan Ezhan jatuh membuatkan lelaki itu basah dimandi hujan. Ezhan memandang Hana lama.

"Miss Hana, it's raining! Please come inside" Aulia yang menjengukkan kepalanya dari pintu restoran melaung. Terdapat Adam berdiri di belakang gadis itu. Mungkin mencari bosnya juga.

Belum sempat Hana memberikan peluang kepada Ezhan untuk membuka mulut, dia terus berlari masuk ke dalam restoran meninggalkan Ezhan berdiri berseorangan di tengah hujan itu.

"Ez, kau tercegat pe lagi? Nak mandi hujan ke?" Adam melaung pula apabila melihat Ezhan tidak berganjak daripada tempat dia berdiri. Matanya sedang memerhatikan Hana.

"Ez!" panggil Adam lagi.

"Ye datang!" Ezhan mula membuka langkah sebaik sahaja Hana hilang daripada pandangan.

Masuk sahaja ke dalam restoran, Ezhan nampak kelibat Hana yang sedang bercakap dengan Aulia dan Darwish.

"Dorang kata kita stop sampai sini dulu harini since hujan macam tak akan berhenti je." Yuna yang baru keluar daripada tandas bersuara sambil melangkah mendekati Ezhan dan Adam.

"Darwish kata kita boleh balik dulu, jom ah" Adam berkata pula.

Kening Ezhan terangkat. "Darwish??" soalnya hairan.

"Haah. Darwish. We're friends now." Selamba Adam berkata. Yuna mengangguk setuju. Dia dan Adam bertukar sengihan.

"Jap, aku cakap kat Aulia yang kita gerak dulu" Yuna pula berkata.

"Aulia???" ujar Ezhan lagi. Dia memandang Yuna yang sudah melangkah berjalan ke arah tempat di mana Hana, Aulia dan Darwish berdiri. Matanya sempat menangkap Hana yang sedang mengeringkan rambutnya dengan tuala kecil yang disediakan oleh restoran ini.

Tiba-tiba, mata Hana bertentangan dengan mata Ezhan. Lama.

Hana terus memalingkan wajahnya ke tempat lain.

"Okay settle. Let's go!" Yuna terus merangkul lengan Ezhan dan Adam lalu mereka bertiga terus berlari anak ke tempat letak kereta.

.

.

Hana mencampak beg tangannya ke atas sofa dan membuka jaket yang tersarung di badannya. Kemudian, Hana terus menghempaskan badannya pada sofa tiga set di ruang tamu. Akhirnya, setelah lama mengharungi sesakan lalu lintas bandar Kuala Lumpur, dia sampai juga di rumah.

Because She's PrettyWhere stories live. Discover now