lima

422 66 7
                                    

Hana merenung kunci kereta yang terletak di atas mejanya. Kunci kereta yang pada awalnya terlekat dengan dua keychain yang berbentuk huruf H dan E untuk namanya, 'Hana Elleara' kini tinggal satu sahaja iaitu huruf E.

Ini kerana Ezhan Harris telah mengambil keychain yang berbentuk huruf H daripadanya tempoh hari. Kepala Hana teringat kembali tentang peristiwa dua hari lepas.

"Hujan pun kita dah redah. Kek pun you dah makan. Dua-dua." Hana memandang lelaki itu yang menayang reaksi selamba. "So, can you predict what comes next?" soal Hana dengan nada sarkastik. Mereka berdua sedang berjalan kembali ke tempat letak kereta Blue Ribbon Capital.

Hujan telah berhenti saat mereka melangkah keluar daripada kafe tadi.

Lelaki itu mengangkat keningnya. Keningnya yang terbentuk cantik dengan semula jadi. Lelaki itu tidak perlu kan pensil lukis kening untuk memastikan yang kening itu mendapat perhatian daripada orang di sekeliling.

"My name?" lelaki itu menjawab.

"No." Hana membalas laju. Mengharapkan lelaki itu tidak memberitahu namanya.

"Ezhan." kata lelaki itu dengan sengihan tidak bersalah. Hana mengerutkan dahinya. Tidak mahu tahu.

"Ezhan Harris" suara lelaki itu lembut berkata.

"Seriously?"

"I know right? Sedap betul nama I" balas Ezhan.

Hana mengerutkan dahi lagi. Dia memerhatikan Ezhan yang menahan ketawa. Entah apa yang kelakar.

"Kenapa you tak nak tahu nama I? I know your name. It's only fair if you know mine" Ezhan berkata.

Hana tidak menjawab. Hana tidak mahu beritahu lelaki itu yang kalau dia tahu namanya, itu bermaksud mereka bukan lagi orang asing. Kalau mereka bertukar nama, mereka akan dilabel sebagai kenalan. Hana tidak perlukan kenalan baru.

Tidak lama selepas itu, Hana dan Ezhan berhenti di hadapan kereta Hana. Hana mengiggit bibirnya. Lelaki itu masih tidak tahu yang Hana tinggal di sini. Perlu ke dia buat-buat masuk ke dalam kereta? Ataupun beritahu Ezhan yang dia sebenarnya tinggal di sini? Hana menunggu lelaki itu untuk bersuara dahulu.

"Thank you, sebab redah hujan untuk makan kek dengan I" Ezhan bersuara lembut.

Kata-kata lelaki itu membuatkan tekak Hana terasa kering. Seolah-olah mereka baru sahaja balik daripada temu janji. A date. Temu janji di antara pasangan yang sedang hangat bercinta.

No.

"Anyway," Hana melarikan pandangannya daripada lelaki itu lalu dia membuka beg tangannya dan mencari dompet. Dia mengeluarkan kunci kereta dan pouch make up yang telah mengambil ruang yang banyak di dalam beg tangannya itu.

Sedar sepenuhnya yang lelaki itu sedang memerhatikan setiap gerak-gerinya

"Here, your RM14.50. Lepas ni, we have no reason to see each other again." Hana membuka dompetnya dan mengeluarkan beberapa keping duit kertas dan dihulurkan pada Ezhan Harris. Dia tidak mengendahkan pandangan kecewa yang terbit di wajah lelaki itu.

Ezhan hanya merenung duit di tangan Hana tanpa berkata apa-apa.

"Take it" arah Hana.

Ezhan masih tidak bergerak. Kemudian, tanpa sebarang amaran, Ezhan mengambil kunci kereta di tangan kiri Hana lalu dia membuka keychain berbentuk H yang terlekat di kunci kereta itu. Hana tercengang seketika.

"I'll take the money after I gave you this keychain back" Ezhan memasukkan kunci kereta Hana ke dalam beg tangannya semula lalu tapak tangannya menggenggam keychain Hana dengan kuat.

Because She's PrettyWhere stories live. Discover now