dua puluh empat

464 60 15
                                    

Hana menggigit onigiri di tangannya lalu dia mendongak memandang langit yang kosong tanpa bintang dan bulan pada malam itu. Kosong. Gelap. Muram. Suram. Menyedihka-

"Mon amor?" suara seseorang menegur membuatkan Hana menoleh. Langit yang gelap itu tiba-tiba sahaja menjadi bersinar dengan bintang yang berterabur di sekeliling seorang Ezhan Harris. Terang. Seperti senyuman di bibir Hana.

"My love" bisik Hana perlahan di saat dia memandang Ezhan berjalan bersahaja ke meja yang sedang diduduki nya. Sampai di hadapan Hana, Ezhan berpeluk tubuh lalu menyengetkan kepalanya sambil dia merenung Hana lama.

Hana membalas sepasang mata bewarna coklat cair itu. Dia juga menyegetkan kepalanya, mengikut tindakan Ezhan. Hana tertanya-tanya juga, adakah Ezhan memang dilahirkan dengan mata bulat sebulat anak kucing? Atau lelaki itu sengaja membulatkan matanya? Apa pun jawapannya, Hana tidak dapat menahan kecomelan lelaki yang sedang berada di hadapannya saat ini.

"Apa?" soal Hana apabila mereka hanya merenung wajah sesama sendiri tanpa berkata apa-apa. Nak dekat seminit juga lah.

"I tengah fikir." Ezhan menyengetkan kepalanya ke sebelah kiri pula.

"Fikir apa tu?" soal Hana sambil dia juga meniru tindakan Ezhan.

"I tengah fikir, kenapa you masih makan onigiri tu bila I dah pesan berpuluh-puluh kali untuk you sentiasa makan proper meal." Kali ini kepala Ezhan tegak sambil dia bercekak pinggang.

Kepala Hana menjadi tegak juga. Dia mengemam bibirnya sambil perlahan-lahan menyembunyikan onigiri di tangannya ke belakang badan. Hana tersengih pula apabila Ezhan mengecilkan matanya.

"Come, I'll feed you" Ezhan menghulurkan tangannya.

Hana membuat muka sebelum dia menyambut tangan Ezhan lalu lelaki itu menariknya untuk berdiri. Mereka berjalan beriringan ke kereta Ezhan.

"Kita nak pergi mana?" soal Hana apabila mereka telah selamat memakai tali pinggang keledar. Hana menoleh memandang Ezhan yang sudah memegang stereng kereta. Si teman lelaki menoleh memandang Hana.

"Shopping." Ezhan berkata lalu memusingkan sterengnya keluar daripada kawasan ini. Hana mengangkat kedua belah keningnya.

Tidak lama kemudian, mereka sampai di Village Grocer yang terdekat. Ezhan menarik tangan Hana lalu tangan gadis itu digenggam erat sebelum mereka melangkah masuk. Hana memerhatikan Ezhan yang telah menarik troli lalu dia memberikan troli tersebut kepada Hana.

Hana mengangkat kening dengan keliru tetapi menolak juga troli tersebut sambil Ezhan menarik dari hadapan. Kemudian, mata Hana mengikut tangan Ezhan yang mengambil barang demi barang lalu dimasukkan ke dalam troli.

Mereka berhenti seketika di 'Seasoning Isle'. Mata Ezhan meliar mencari bahan yang sesuai ingin digunakan untuk masakannya sebentar lagi. Hana menongkat dagu pada pemegang troli itu pula. Ezhan dipandang lama.

"Wahai encik pakwe" panggil Hana.

Ezhan mengangkat kedua belah keningnya tanpa menoleh.

"You nak masak apa sebenarnya ni?" soal Hana pula. Bibirnya tersengih pula melihat wajah Ezhan yang terlebih fokus.

"Your favourite dish" balas Ezhan selamba sambil tangannya mencapai sesuatu sebelum dicampak ke dalam troli.

Hana berpeluk tubuh.

"You tahu ke favourite dish I apa?" soal Hana skeptikal.

Ezhan tersenyum senget ala-ala hero di dalam cerita Disney, Tangled itu. Hana dipandang dengan sebelah mata. "Of course la I tahu" jawabnya dengan penuh yakin.

Because She's PrettyWhere stories live. Discover now