dua puluh tujuh

406 63 9
                                    

8 tahun lepas.

Amsyar berjalan ke hulur ke hilir sambil dia memandang jalan tar yang tidak rata itu. Jantungnya sedari tadi tidak berhenti berdegup bagaikan sedang membuat persembahan musikal di atas pentas yang penuh dengan penonton.

Amsyar mengangkat kepala apabila bunyi suara memenuhi gegendang telinganya. Sebaik sahaja dia melihat kelibat tubuh seorang Hana Elleara sedang berjalan keluar dari pintu kuliahnya, Amsyar terus berdiri tegak dan membetulkan kolar bajunya. Ini kali pertama dia memakai kemeja kemas begini. Terasa agak janggal apabila beberapa mata pelajar di sini menoleh memandangnya.

Amsyar berdehem sambil memasukkan kedua belah tangannya ke dalam poket. Buat-buat macho jap.

Langkah Hana terhenti apabila dia lihat Amysar. Gadis itu mengemam bibir sebelum dia kembali berjalan mendekati Amsyar sambil kepala tunduk memandang bawah. Tindakan comel gadis itu membuatkan Amsyar tersengih.

"Hi Hana." tegur Amsyar apabila Hana berhenti di hadapannya.

"What are you doing here?" soal Hana perlahan.

"Untuk jumpa you." balas Amsyar kekal tenang.

Hana mengangkat kepalanya, bertentangan mata dengan Amsyar. Di bawah matahari, mata gadis itu lebih coklat daripada hijau. Bulatan bewarna emas yang mengelilingi mata Hana sentiasa membuatkan Amsyar ingin menarik keluar kameranya dan menangkap gambar gadis itu. Kata-kata bagaikan tidak cukup untuk menghuraikan betapa cantiknya seorang Hana Elleara di hadapannya saat ini.

"Jumpa I? Untuk apa? Ada apa-apa lagi yang tak settle ke?" soal Hana dengan kening yang terangkat. Walaupun bahasa melayu gadis itu masih pelat, Amsyar tidak sabar mahu mendengarnya lagi. Mahu mendengarnya buat selama-lamanya.

"Sebagai tanda terima kasih, I nak belanja you makan." Amsyar berkata menggengam tangannya di dalam poket. Tidak mahu gadis itu tahu betapa gementarnya dia saat ini.

Hana memandang Amsyar lama. Mungkin keliru.

"Kenapa you pula yang kena ucap terima kasih? I'm the one who supposed to thank you so, I belanja." ujarnya membuatkan Amsyar terkebil-kebil seketika.

"Jom, you nak makan mana?" Hana mula berjalan melepasi Amsyar.

Amsyar memandang Hana yang sudah berlalu pergi. Ini bukan plannya!

"I drive." Amsyar berkata sebelum sempat Hana membawa keluar kunci keretanya. Gadis itu berpusing memandang Amsyar.

"You.. bawak motor kan? Lagipun motor you dekat bengkel sekarang ni. I boleh je drive." ujar Hana sedaya-upaya tidak mahu kedengaran menyinggung perasaan. Sekali lagi, Amsyar tersenyum sendiri kerana kata-kata Hana dirasakan comel.

"I know, Hana. I rent a car. Jom." Amsyar terus memimpin Hana ke tempat di mana dia letak keretanya.

"You rent a car?" Hana memandang Amsyar seperti Amsyar sudah gila.

Amsyar membuka pintu belakang keretanya lalu mengeluarkan sejambak bunga ros. Bunga ros yang saiznya lebih besar daripada wajahnya diberikan kepada Hana.

"F-for you.." Amsyar dapat rasakan yang pipinya sudah bertukar warna sama dengan warna bunga di tangannya apabila Hana kini tidak berhenti memandang bunga ros tersebut.

"You.. tak suka bunga ros ke?" Dahi Amsyar berkerut pula. Patut ke dia beli daisy je tadi?

"No.."

Amsyar rasa dia sedang tercekik air liurnya.

"I love it." Hana terus mengambil bunga daripada tangan Amsyar lalu bibirnya mengukirkan senyuman yang paling menawan, tidak pernah Amsyar jumpa selama satu tahun dia berkenalan dengan Hana.

Because She's PrettyWhere stories live. Discover now