tiga

585 73 5
                                    

Hana melangkah masuk ke dalam pejabatnya melepasi Aidil yang sedang mengemas barang-barang di atas mejanya, bersiap sedia untuk keluar daripada syarikat ini. Pandangan mata Darwish tidak diendahkan lalu Hana menutup pintu pejabatnya.

Seketika kemudian, pintu pejabat Hana terbuka dan Hana melangkah keluar. "Meeting, now" arahnya lalu terus melangkah ke bilik mesyuarat.

Aulia dan Darwish membalas pandangan. Begitu juga dengan Marissa dan Jia Hui. Harjit sudah berdiri dengan komputer ribanya. Mereka memandang Aidil buat seketika.

"You too, Aidil." Hana bersuara lagi.

Terus Dariwsh tersenyum. Aulia mengangkat keningnya ke arah Darwish sebelum dia pantas melangkah ke bilik mesyuarat. Harjit menepuk bahu Aidil yang menayang wajah keliru. Memikirkan yang mungkin, miss Hana masih ingin memberikan dia peluang kedua untuk tebus semula kesilapannya.

"Guess she's still not done with you" Jia Hui berkata sambil mengikut langkah Marissa dari belakang.

Keenam-enam pekerja Hana sudah duduk di tempat masing-masing sambil mereka memandang Hana yang sedang berdiri di hadapan meja di bilik mesyuarat itu. Hana berpeluk tubuh lalu memandang setiap seorang wajah staf-stafnya dan akhirnya mata Hana berhenti di wajah Aidil. Lelaki itu terus menurunkan matanya, memandang lantai. Tidak berani bertentangan dengan miss Devil yang sedang mencerlung tajam ke arahnya.

"Aidil." panggil Hana tegas. Dia mengabaikan senyuman yang ditahan-tahan oleh Darwish. Lelaki itu mungkin fikir yang dia, buat kali pertamanya menang dengan Hana Elleara.

Lelaki itu mengangkat kepala memandang bosnya.

"You betrayed not just me but the whole team, so you will pack your things and leave my team today. I will infrom HR team about your depature." Hana memulakan bicaranya.

Riak wajah Aidil tidak berubah. Sudah tentu dia sudah jangkakan kata-kata ini daripada Hana. Bertentangan dengan Aidil, wajah Darwish sudah bertukar tegang. Bukan sahaja wajah Darwish yang berubah masam. Aulia, Jia Hui, Marissa dan Harjit juga memberikan riak wajah seolah-olah mereka telah tercekik biji durian.

"Or.. you can regain my trust and do as I say. Kalau you fail untuk lakukan tugasan yang I akan beri ini, I will immediately kick you out of my team." Hana menyambung kata-katanya.

Kali ini wajah Aidil bertukar cerah. Dia masih ada harapan.

"Yes! He will do that, the second one." Darwish bersuara dengan penuh semangat.

"I wasn't talking to you Darwish" jawab Hana tanpa mengalihkan pandangannya daripada Aidil.

"Yes." Aidil bersuara pula.

"Apa yang yes?" soal Hana.

"Saya nak tebus balik kesilapan saya. I know what I did is unacceptable but if you give me one more chance, I promise I'll make it right" jawab Aidil. Matanya bulat dengan desakan. Darwish dan yang lain juga menoleh memandang Hana. Mereka semua memberikan pandangan yang sama.

Darwish kalau boleh, ingin melutut meminta Hana untuk memberikan Aidil satu lagi peluang. Dia akan lakukan apa sahaja untuk menyelamatkan Aidil. Sampai begitu sekali pengorbanan team leader mereka dan Hana tidak tahu langsung akan hal itu.

"I'm sorry. I'm really sorry miss Hana. Saya akan buat apa sahaja tugasan yang miss akan berikan. As long as I can gain your trust again." Aidil berkata lagi.

Beberapa saat berlalu dengan kesepian.

"Okay." sepatah Hana berkata.

"Yes" serentak mereka berkata sambil tersenyum kemenangan ke arah Aidil.

Because She's PrettyWhere stories live. Discover now