AA 46 ❤️‍🩹✨

78 7 0
                                    

"Assalamualaikum".

"waalaikumussalam ehh Umi". Alissa menyapa saat Puan Sarah menghampiri.

"ehh cantiknya anak umi ni. Selamat pengantin baru sayang". ucap Puan Sarah. Alissa mengucapkan terima kasih kepada wanita tua yang sudah dianggap seperti ibunya sendiri itu.

"Hmmm, Qila, Syaa, Jessie dah siap ke ? Family Alissa nak masuk jumpa Issa sebelum pihak pengantin lelaki sampai". soal Puan Sarah.

"Dah siap semua, Kami tunggu dekat luar okay. Kalau nak nangis biar je air mata tu jangan lap. Nanti aku touch up lain. Tahu kan". pesan Qila.

"Babe, she's our sleeping partner in bussiness. Dia tahu la".

"Hahhahaha". Jessica hanya ketawa melihat tiga sekawan itu. Dia juga bersyukur kerana dirinya diterima baik oleh mereka walaupun dulunya dia telah menyakiti mereka.

"Okay dah dah. Jom turun dulu". ajak Puan Sarah.

Alissa hanya menghantar mereka dengan senyum kecil.

Pintu bilik dibuka semula dari luar, satu satu wajah ahli keluarganya masuk ke dalam biliknya. Hatinya mula berasa sebak melihat mereka.

"Assalamualaikum New Bride". sapa Adrian.

"Besar dah rupanya adik manja along ni. Dah nak jadi isteri orang dah dia, Tak sangka betul along bila adik yang manja ni dah nak jadi isteri, ada rezeki jadi seorang ibu pula. Along nak adik along ni tahu, tak kisah la adik dah berumah tangga ke dah ada anak ke, you're still my little girl okay sayang. Along sayang adik along ni". ucap Adrian sambil memeluk tubuh kecil itu. Nak saja dia cium pipi si kecil itu tapi takk boleh. Adrian melepaskan pelukannya, kepala Alissa diusap perlahan saat terpandang mata adiknya yang merah menahan tangis.

"Alissa. kakak pun nak cakap yang Issa tetap budak kecil manja kesayangan kak Sara, ingat apa pun jadi, kalau rasa nak bercerita ke apa ke, kak Sara sentiasa ada untuk Issa. Selamat pengantin baru ya sayang".

"Terima kasih Kak Sarah". ucap Alissa ikhlas, walaupun mereka hanya sebatas ipar namun kasih sayang antara mereka tetap teguh layaknya darah daging sendiri. Alissa melepaskan pelukan di pinggang Kakak iparnya yang satu itu.

wajah Adzan yang duduk melutut di depannya dipandang.

"Assalamualaikum manja Angah. Tak sangka adik angah ni lagi berapa minit je dah nak jadi isteri orang. Angah doakan semoga adik bahagia dengan pilihan hati adik. Angah cuma harapkan kebahagiaan untuk adik angah ni. Ingat. You also still and will always be my little girl". Adzan mengenggam erat tangan Alissa sambil menggeleng, tidak ingin adiknya menangis.

"Thankyou Angah".

"Assalamualaikum budak, Hummmm semua wish sedih je jadi biarlah Achik make it fun sikit eh. Tahniah la dah nak kahwin sekali pakej langkah bendul kan. Nampak la ciri-ciri adik derhaka tu dalam diri awak". seloroh Arisya. Mereka ketawa mendengar ucapan Arisya itu. Namun dalam Diam Arisya cuba menahan sebaknya. Dia memeluk sekjap tubuh si kecil itu penuh kasih. Belakang tubuh Alissa diusap perlahan. Dia tahu Alissa ketawa tapi dalam hatinya sudah menangis.

"Emm, aku taknak wish. Just selamat pengantin baru. Abang Rizz buli kau call aku dengan Fawwaz. Tu je". ucap Adwa ringkas tanpa memandang mahupun memeluk tubuh Alissa. Mereka hanya ketawa melihat Si Bongsu itu.

Tu la selalu sangat cari gaduh dengan Alissa, sekarang Alissa nak kahwin sedih la dia. Bukannya mereka tak tahu Adwa sudah nangis di dalam pelukan Fawwaz malam semalam, Tu pun Fawwaz yang ceritakan pada Adrian dan Adzan. Comel.

Kini Alissa berdebar, Dia melihat wajah mama dan papa. Entah kenapa hatinya jadi semakin sebak melihat dua wajah itu.

Mama menarik kerus lalu dia duduk di hadapan Alissa. Arisya dan Kak Sarah sudah menangis walau mama dan papa belum lagi mengucapkan apa-apa kepada Alissa. Namun suasananya buatkan mereka turut merasa sedihnya.

"Assalamualaikum Puteri Kedua mama. Tengku Adriana Alissa". Puan Anissa mengenggam tangan Alissa.

"kejap je lagi, puteri mama ni akan bergelar isteri kepada seorang Aarizz Anaqi. Berat hati mama nak lepaskan Alissa, tapi ini juga satu tanggungjawab dan amanah. Anak yang mama belai, yang mama jaga dan mama sayang dengan penuh kasih akan berkahwin".

"Sayang, jadi isteri bukan hanya taat dan dengar kata suami, tapi Issa juga kena jaga adab Issa dari segi tingkah dan kata. Jangan tarik muka dengan suami, jangan melawan kata suami, jangan tinggikan suara dengan suami. Macam mana Issa hormat mama dan papa macam tu juga hormat suami Issa".

"Ada masalah cari penyelesaiannya, jangan lari. Ada salah faham cepat-cepat selesaikan, jangan ego. Mama selalu doakan yang terbaik untuk anak-anak mama semua. Jadi Issa, belajar menerima suami seikhlas hati, dan belajar menghormati keluarga mertua dengan baik".

"Lepasnih mama dan papa hanya mampu nasihatkan Issa. Kami dah tak boleh terlalu mengawal Issa lagi sebab itu semua tugas suami kamu. Mama harap sangat kebahagiaan berpanjangan kepada kamu nak. Kalau terluka carilah mama dan papa ya sayang. Mama sayang anak mama sangat-sangat. Kamu permata mama sayang". Puan Anissa tidak dapat mengawal sedihnya.

Kak Sarah memeluk Alissa manakal Arisya pula memeluk Puan Anissa. Air mata Alissa yang ditahan dari tadi tumpah juga akhirnya, namun masih dia kawal agar tidak terlalu. Puan Sarah Bangun mencium kepala Alissa yang dilapik tudung itu penuh kasih, badan anak nya dipeluk kuat sebelum dia lepaskan. Memberi ruang kepada Sang Raja di dalam keluarga mereka pula.

Tuan Khalid tanpa kata terus menarik Alissa menarik masuk ke dalam dakapannya. Esakan kecilnya kedengaran sayu sekali di dalam bilik itu. Mereka semua tak dapat menahan sebak mendengar tangisan sang ayah buat pertama kalinya dihadapan mereka. Hati mereka turut sebak.

"Assalamualaikum Puteri papa. Papa minta maaf kalau papa ada lukakan hati puteri papa selamanya". Alissa menggeleng perlahan. Tangannya naik mengelap air mata di wajah Tengku Zamarul.

"Jadilah isteri yang solehah, jadilah menantu yang penuh hormat. Adriana Alissa, anak yang papa tatang bagai minyak yang penuh dari kecil, yang papa lindung, yang papa berikan semua yang terbaik untuk Issa. Tapi satu pesan papa. Papa adalah papa. papa tidak sama macam suami Alissa nanti, dan dia juga tak sama macam papa. Terima dia apa adanya. Hormat dia selayaknya seorang suami, Dengarlah semua kata dia sebagai suami".

"Papa tak janji papa akan bantu Alissa setiap kali ada masalah di antara kamu berdua, kerana bukan hak papa lagi untuk masuk campur urusan keluarga kamu. Tapi jika dia menyakiti".

" bahu papa ada untuk Issa bersandar". tangan Alissa diambil dan diletakkan di atas bahunya,

" telinga papa ada untuk dengar semua luahan Alissa", tangan Alissa dibawa pula ke telinganya.

" dan tangan papa ada untuk peluk dan lap air mata Alissa". Tengku Zamarul mengenggam kedua tangan Alissa.

"Doa papa akan sentiasa iringi rumah tangga Alissa, Jangan takut kami semua ada dengan Issa". Tengku zamarul memeluk tubuh kecil anaknya. Belakang tubuh Alissa diusap perlahan cuba menenangkan sang anak.

Tokk ! Tokk !

Pintu dibuka dari luar, Wajah Qila dan Syaa terpancul dari balik pintu.

"Maaf ganggu, Mak Ngah Lisa panggil. Pihak lelaki dah sampai".

"Ahhh ye lah, maaflah lama pula drama kami anak beranak". seloroh Tengku Zamarul. Yang lain hanya ketawa menutup rasa sedih masing-masing.

Syaa dan Qila masuk ke dalam bilik setelah semua ahli keluarga turun untuk menyambut pihak pengantin lelaki.

"Issa, final touch up okay?".

Alissa mengangguk ke arah Syaa dan Qila.

ADRIANA ALISSA ( A Wounded Heart )Where stories live. Discover now