AA 1 🌕✨

211 12 0
                                    

Dia melangkah masuk ke dalam dewan itu dengan penuh yakin. Banyak mata yang memandang ke arahnya , dia hanya melemparkan senyum manis kepada mereka. Matanya meliar mencari kelibat 2 orang gadis perawan hatinya. Tajam matanya memerhati setiap meja yang diduduki oleh umat-umat manusia itu.

Gotcha !!

Dia meneruskan langkahnya ke arah meja yang diduduki oleh 2 orang gadis itu .

"Asslamualaikum sahabatku tercinta !! ". sapa nya ramah.

"Sayang !!!!!!!!!!! ". jeritan dua manusia itu menarik perhatian di dalam dewan. Ada yang tertawa melihat tak kurang juga ada yang mencebik menyampah akan kegedikan kurang siuman 2 manusia itu.

"Korang dah kenapa menjerit ! Malu la orang tengok ". tegur Alissa kepada 2 sahabatnya itu. Farisya dan Syaqila hanya menayangkan riak tidak bersalah. Bukan masalah mereka. Heh !

"Alahh, bukannya kitorang kisah pun. Yang kitorang tahu ini hari mau happy-happy taknak peduli mulut longkang manusia dalam ni ".

Farisya mengangguk mengiakan apa yang dikatakan Syaqila itu. Pedulikan mulut orang. Kita duduk diam pun orang mengata lebih baik bising je senang asal tak kacau orang.

Am i right yeorobun ???

Alissa menggeleng melihat mereka berdua yang langsung tidak bertapis perangai nya. Namun itu lah yang dia suka tentang mereka berdua. Jenis mengata direct depan tak ada nak kutuk belakang. Itu adalah Nur Farisya dan Alia Syaqila. Dia cukup masak dengan perangai mereka berdua.

Ramai juga rakan-rakan sperjuangan semasa uni dulu yang datang bertemu dan bertegur sapa dengan mereka bertiga. Tak kurang juga manusia munafik yang pernah mengganggu hidup mereka suatu ketika dahulu. Layankan saja. Jumpa hanya hari reunion ini saja, jika di lain hari tidak mungkin untuk mereka bertegur sapa meski pun sudah selisih sebelah.

"Issa kau kenal ingat lagi tak Farhan Hakim ? ". tanya Qila. Sya yang sedang menyumbat kek coklat di dalam mulut itu terhenti sejurus mendengar sebaris nama itu. Nasib tak menyembur aje.

" Kenapa ? ". Masakan dia tidak kenal dengan lelaki tersebut. Crush zaman uni dulu kot, tapi sayang terpaksa dia diamkan saja perasaannya kerana lelaki itu bukanlah calang-calang manusia. Lelaki pujaan budak uni dulu tu. Nak kena kecam silakan tackle dia.

"Cuba kau pandang belakang ". Alissa menolehkan kepala nya ke arah yang ditunjuk oleh Qila. Damn !! Dia kenal raut wajah itu.

Dia adalah Syed Muhammad Farhan Hakim Syed Khalid !

Arissa cuba mengawal riak wajahnya apabila lelaki itu dan beberapa lagi datang ke arah mereka.

"Holla Farisya !! ".

" Heyyo Syaqila !! ".

*Yahhhh saya perkenalkan mangkuk tingkat 1 Muhd Hazim kekasih kepada Nur Farisya dan mangkuk tingkat 2 Fadzli Sham crush Nur Syaqila . Sahabat kepada Farhan Hakim. Terima kasih.

"Mana salam awak cinta hati saya ". perli Farisya. Mereka hanya tersengih malu. Wuuu awek tegur gitu je hurmmm.

Alissa diam tidak berkutik saat Farhan tidak lepas memandang wajahnya sedari tadi.

Dah kena sampuk ke mamat ni pandang-pandang.

"Adrianna Alissa ". omgggggggg abang crush call my name ehem ehemmmm.

" Ya saya. Kenapa ?". soal Alissa

"You look beautiful today ". erkkk

"Datang sini nak tenung anak dara orang ke nak sembang ye?". Sham menyampuk dalam dunia Farhan yang tak sudah merenung wajah Alissa sampai merah muka member tu. Yang lain hanya ketawa melihat mereka.

ADRIANA ALISSA ( A Wounded Heart )Where stories live. Discover now