AA 43 ❤️‍🩹✨

66 6 0
                                    

Alissa yang baru tiba di perkarangan hotel itu segera mencari tempat parkir kereta. Sedar bahawa dia sudah lewat untuk sampai. Di jalan tadi pula dia hampir terlanggar dengan mamat kerek yang bawa superbike besar, sampaikan Alissa nak minta maaf pun terus saja dia memecut pergi.

Alissa melajukan langkahnya ke arah dewan hotel. Masuk saja ke dalam, Alissa melihat hampir separuh daripada dewan itu sudah siap dikemaskan, Hanya tinggal bahagian pentas pelamin saja yang belum dibuka.

Alissa mencari bayang Qila dan yang lain tapi tidak ada. Alissa menoleh ke belakang saat namanya dipanggil.

"Cik Alissa, Cik Qila tunggu dekat cafe hotel. Kawan-kawan cik Alissa yang lain pun ada sekali". Alissa mengangguk dan mengucapkan terima kasih kepada gadis itu, salah seorang staff baru di butik Qila.

.

.

.

.

.

.

.

Alissa melangkah masuk ke dalam cafe hotel itu, tempat terakhir dia bertemu dengan Rian.

Astaghfirullahalazim.

"Kau tunang Aariz Anaqi sekarang ni Alissa, lupakan Dia. Lupakan Rian". monolog Alissa sendirian.

Matanya kembali meliar mencari kelibat rakan-rakannya. Jauh di hujung sudut kelihatan Mereka berempat sedang berbual rancak. Sesekali terdengar suara ketawa mereka saat Alissa sudah hampir dengan meja mereka.

"Hye korang, sorry lambat". sapa Alissa serba salah.

Syaa, Hazim, Sham dan Qila hanya tersenyum melihat Alissa.

"Issa". panggil Sham.

Alissa menoleh ke arah Sham. Tanpa sebarang kata Sham hanya merenung muka Alissa lama.

Lamaaaaaaa

Dan lamaaaaa...

Pakk !

"Aduhhh, sakitlah setan !". Sham menggosok kepalanya yang ditampar Hazim tadi.

"Kau tu dah kenapa tenung anak orang macam nak telan". marah Syaa pula.

"Tak ada laaa, mata dia tak bengkak pun. Kau tak nangis ke semalam Issa". soal Sham.

Qila pantas menarik muka Alissa ke arahnya, Dia membelek muka dan mata Alissa.

"Haa ahh laa. Tak bengkak pun". Alissa membuat roll eyes mengundang tawa mereka semua.

"Korang ni dah kenapa tetiba mata aku nak bengkak ?". soal Alissa pelik.

"Tak ada laaa, semalam kan mamat kelabu tu cakap 'We're just friends' kan, so aku risau la takut kau nangis sebab kena friendzone dengan crush kau tu". jawab Sham.

"Ke dia accept kau , korang borak apa luar dewan ? ". soal Hazim kembali, cuba memikirkan logik fikirannya.

Alissa melepaskan keluhan. Entah berapa banyak kali sudah dia mengeluh.

"Kau kenapa ni ?". soal Qila, Syaa pula menggapai tangan Alissa di atas meja. Mereka tahu ada yang tak kena.

"Rian milik orang, atau lebih tepat dia milik Bidadari Syurga dia". jawab Alissa sambil tersenyum kelat.

"Dia dah kahwin ke !?". soal mereka berempat serentak.

"Mungkin. Dia cakap soal bidadari syurga dia dekat aku semalam. Rasanya dia dah kahwin. Haha"

"Hmm kejutan jenis apa la. Tiba-tiba muncul lepastu ehhh dah kahwin. Nasib aku tak nampak muka dia semalam". marah Sham.

Alissa hanya ketawa, memanglah mereka tak nampak mukanya, dia pakai mask hitam semalam. Datang majlis kenduri orang pakai mask. Pelik kan.

"Kan aku dah cakap, dia Misteri. Sebab tu aku pernah panggil dia Makhluk Asing. Tapi dia hensem la sebenarnya, aku tak tahu kenapa dia suka pakai mask tu". terang Alissa. Sham hanya mengangguk. Entah faham entah tidak.

"Ohh, by the way. Aku ada lagi satu surprise untuk korang". mereka berempat berpandangan sesama sendiri.

"Apadia ?!". soal mereka.

Tanpa menjawab, Alissa mengangkat tangannya. Jari manisnya ditunjukkan kepada mereka.

"Lahh, cincin baru ke. Tu pun nak menunjuk". balas Sham acuhh tak acuhh".

"Bikin saspens la kau". kutuk Qila pula.

Syaa dan Hazim saja yang masih memandang tajam ke arah Alissa. Syaa menjongketkan keningnya ke arah Alissa. Alissa hanya ketawa sebelum dia jujur.

"Cincin tunang aku".

"Lahh cincin tunang rupanya". Sham mengangguk perlahan sambil dia bangun menuju ke arah buffet.

Belum sempat sampai, dia menoleh semula ke arah Alissa dengan mata yang terbeliak.

"Ci..cinn..cincin apa ka...kau ca..cakap ?". soalnya gagap sambil perlahan-lahan dia melabuhkan punggungnya di kerusi semula, matanya tak lepas memandang Alissa.

Qila yang sedang menghirup fresh orennya turut memandang pelik ke arah Alissa.

"Aku cakap, ni cincin tunang aku". jawab Alissa tenang.

Purffffffffff ! Uhukkkkk ! Uhukkkkk!

Air oren yang belum sempat masuk ke kerongkong Qila tersembur keluar terkena muka terkejut Sham.

"What ?! ". jerit Sham dan Qila.

Hazim dan Syaa sudah menjeling tajam monkey 2 ekor tu. Terkejut bukan main betul.

"Tahniah sayang, finally dah jadi tunang orang ". ucap Syaa sambil memeluk Alissa.

"Congrats Issa". ucap hazim pula.

"Thankyou New Bride and Groom". balas Alissa.

Sham dan Qila masih loading dengan kenyataan Alissa. Mereka bertiga melihat muka tak percaya mereka.

"Kau serius ke ?". soal Qila.

"Bila?". soal Sham pula.

"Errrr.....". Alissa melihat wajah Sham.

"haihhh, penat la macam ni". keluh Syaa, dia mengambil sekeping tisu lalu dia mengelap mulut Qila yang ada sisa air oren.

"Kau tak rasa apa-apa ke dekat muka kau matt ?". soal hazim pada Sham.

"kenapa, muka aku ni... ehhh?". Sham memegang mukanya yang basah. Otaknya cuba mentafsir apa yang jadi tadi. Otaknya sedang refresh mood sebelum.

"Woi setan ! Habis muka aku bangang ! ". marah Sham bila dia baru tersedar yang Qila terkejut sampai tersembur air dalam mulutnya tadi.

"Aku terkejut la, sorry la". marah Qila tanpa rasa serba salah.

"Geli la gila ! ". Sham menggapai tisu basah yang dihulurkan Alissa, dia mengelap mukanya bersih.

"Okay Alissa. lupakan malaun dua orang ni. Please spill cepat. Siapa lelaki tu ?". soal Syaa. Mereka kembali fokus kepada Alissa.

"Ehemmm macam ni. harini aku malas sikit , so aku bangun la lewat pukul 12 macam tu. Lepastu mama dengan papa aku cakap yang pagi tadi ada satu family ni datang nak lamar aku untuk anak lelaki sulong diorang. Jadi mama dengan papa aku tanya la aku nak terima atau tak". cerita Alissa.

"Siapa .. siapa ... siapa.. siapa gerangan lelaki tersebut ?". soal Hazim.

"Aku tak tahu, tapi mama dengan papa aku berkenan betul dengan dia. Siblings aku pun nampak selesa gila dengan that guy. Aku tak tahu pun siapa dia, muka dia macam mana, rupa dia macam mana sumpah aku tak tahu".

"yang aku tahu, nama dia papa cakap Aarizz Anaqi. Tu jerrrrrrrr". terang Alissa.

"Wahhhh sedang darah manis ye cik Alissa kita. Jodoh kau kira pilihan keluarga la ni ". seloroh Syaa.

"macam tu la lebih kurang nampaknya".

"So, bila kau nikahnya". soal Qila.

Alissa memandang mereka semua memastikan tiada siapa pun yang makan atau minum. Setelah itu dia menutup telinganya sebelum menjawab.

"Minggu depan".

"WHATTTTTTTTT !!!!!! ".

Alissa tahu itu akan terjadi, dan dia pasrah.

ADRIANA ALISSA ( A Wounded Heart )Where stories live. Discover now