AA 31 💍✨

154 7 2
                                    

"Anak umi. Putera sulung Umi. Kenapa ini yang Farhan balas dekat umi nak". ucap Puan Sarah lagi menahan sebak. Matanya beralih pula ke arah Alissa yang sudah tenggelam ke dalam dakapan sang adik, Adwa.

Dia sakit. Sakit melihat keadaan Alissa. Dia wanita, dia tahu bagaimana rasanya jika hati sudah sayang tapi dikecewakan. Dia tahu. Dia juga seorang ibu. Dia faham.

"Kesayangan umi". Alissa menoleh memandang Puan Sarah yang sudah menghulurkan tangannya.

"Anak perempuan umi, sini sayang dekat umi nak". panggil Puan Sarah lembut.

"Umi". Alissa berlari ke dalam pelukan Puan Sarah yang terduduk lemah di atas sofa itu.

"Sayang, umi minta maaf sayang. Umi merayu sangat jangan tinggalkan umi nak, jangan tinggalkan umi ya sayang umi". rayu Puan sarah.

"Ya Allah, apa salah aku Ya Allah, dimana silap aku dalam mendidik anak aku Ya Allah". Tuan Khalid dan yang lain sudah mengalirkan air mata mendengar rintihan seorang ibu itu.

"Umi, jangan macam ni umi. Alissa sayang umi. umi jangan cakap macam ni". Alissa memeluk erat tubuh Puan Sarah.

"Kau berdua tengok ! Tengok apa yang kau dah buat ! ". Tuan khalid memandang Farhan dan Jessica.

"Sekarang aku nak kau bagitahu dekat aku , Kaulau betul Kau dengan perempuan ni dah kahwin dua tahun lepas dan anak tu memang betul anak yang sah. Kenapa kau bercinta dengan anak perempuan aku. Kenapa ?". soal Tuan Khalid.

"Abi?". terkedu Farhan saat abinya sendiri menggelarkan Alissa sebagai anaknya dan bukan bukan dia.

"Kau jawab sekarang ! ". Tempik Tuan Khalid.

"Betting". jawab Jessica tanpa teragak-agak.

"Farhan kena betting untuk bercinta selama satu tahun dengan salah seorang perempuan yang pernah minat dengan dia masa zaman universiti dulu dan perempuan tu adalah dia. And for you information Cik Alissa, MR H and MRS H is me and Farhan. H stand for HAKIM". jawab Jessica tenang.

"Kau memang tak guna. Kau ambil anak aku tanpa pengetahuan aku, kau fikir kau siapa ! ". Puan Sarah meluru ke arah Jessica. Farhan yang melihat menghalang uminya dari memukul isterinya.

"Umi isteri Ann masih dalam pantang !".

Pangg !!

"Sebab perempuan ni kau marah aku . Aku perempuan yang mengandungkan kau Farhan Hakim. Aku umi kau ! Aku syurga kau ! ". Puan sarah terduduk di lantai. Alissa menerpa ke arah Puan sarah lalu memeluk erat tubuh itu.

"Umi istighfar umi. Jangan macam ni ya Umi". pujuk Alissa.

"Sayang, umi minta maaf Alissa. Ummi minta maaf banyak-banyak dengan Alissa. Pasti Alissa sakit dan kecewa kan, Umi minta maaf nak, Umi meray maafkan Umi dengan Abi sayang". wajah Alissa diciumnya penuh kasih.

"Minta maaf sebab mencelah. Tapi cukuplah sampai sini. Izinkan saya bawa kakak saya balik ke rumah dia yang sebenarnya. Dan untuk Tuan Farhan Hakim terima kasih kerana telah menganiaya kakak saya. Tuan bernasib baik kerana anak Tuan lelaki dan bukan perempuan". ucap Adwa.

Atas saranan Sham dan Qila akhirnya dia bersuara juga untuk membawa kakaknya pulang ke pangkuan mama dan papanya di rumah.

"Alissa, pulanglah. Biarkan Abi yang selesaikan semua. Pergilah rawat hati kamu. Tapi satu saja abi nak cakap. Alissa tetap puteri kesayangan Abi dan Umi sampai bila-bila". Tuan Khalid memandang Alissa lama bersamai air mata. Berat hatinya ingin melepaskan gadis itu yang sudah dianggap sebagai anaknya sendiri selama ini.

"Alissa puteri umi. Sampai bila-bila pun Alissa tetap puteri umi". ucap Puan Sarah pula sebak.

"Dan Akak tetap kakak kesayangan Fawwaz sampai bila-bila".

ADRIANA ALISSA ( A Wounded Heart )Where stories live. Discover now