AA 24 💍✨

47 6 0
                                    

Awal balik Issa, kata lepas maghrib". soal Arisya kepada Alissa. Alissa hanya membiarkan soallan achiknya itu tidak berjawab.

Langkahnya terus dibawa naik ke biliknya di tingkat atas. Arisya memandang Adrian dan Maisarah, namun bakal ibu dan ayah itu hanya mengangkat bahu.

Alissa yang baru saja memulas tombol pintu itu berdecit perlahan saat rambutnya ditarik dari belakang. wajah Adwa yang langsung tak ada rasa serba salah itu dipandang kosong sebelum dia menghilangkan diri ke dalam bilik. Adwa yang terpinga-pinga di depan pintu bilik Alissa itu menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"kak Issa kenapa ehh ? Aku tarik rambut dia, dia palau aku. Tak marah macam selalu pun. Kata balik lepas maghrib, sekarang baru pukul 6, dia keluar tadi pukul 5:45 petang. Hmmmm gaduh ke ? ". Adwa terus turun ke ruang tamu untuk memulakan gosip yang penuh tanda tanya.

.

.

.

.

.

Alissa menghempas badannya ke atas katil. Rasa nak nangis tapi rasa juga nak marah. Alissa akhirnya hanya membiarkan saja air matanya membasahi pipi. Adakah salahnya yang terlalu cemburu. Tapi hatinya sakit melihat kemesraan dan keakraban Farhan dan Jessica tadi. Tambahan pula perempuan itu pernah menyimpan perasaan pada Farhan dulu.

"Salahkah aku cemburu ". soal Alissa pada dirinya sendiri.

"Tapi perempuan tu dah kahwin, dah mengandung".

"Tak mungkin dia masih mahukan Farhan".

"Arghhh !!! ". jerit Alissa.

Bantal diambil menutup muka, Cuba melupakan semua overthinkingnya. Sakit. Dia penat dengan fikirannya sendiri. Lama Alissa dalam keadaan begitu sampailah dia dengar suara kakaknya Maisarah yang memanggil dari luar. Alissa hanya menyahut dari luar tanpa membuka pintu.

Tuala yang disangkut di ambil. Baju di dalam almari di ambil. Lebih baik dia mandi lepastu turun makan dan gosip dengan familynya lagi bagus daripada dia terus memikirkan hal yang menyakitkan hati saja.

Selesai saja mandi Alissa mencapai telefonpintarnya. Aplikasi WhatsApp dibuka. Tiada mesej daripada Farhan.

Taknak pujuk ke ? Alissa hanya membiarkan saja. Airplane mode dihidupkan. Pandai-pandailah Farhan carinya. Alissa keluar dari biliknya.

.

.

.

.

.

.

.

"Mama kata Issa nak keluar dengan Annn nak tengok sunset. Tapi tadi papa tengok awal je balik. Kenapa ?". soal Tuan Zamarul. Yang lain memandang Alissa menantikan jawapan dari mulut itu.

"Lain kali kut Pa. Tadi Umi Farhan call, ada emergency katanya". tipu Alissa.

Tuan Zamarul hanya mengangguk mendengar jawapan Alissa.

Maaf papa.

Banyak perkara yang mereka bualkan, sesekali terdengar gelak tawa mereka. Namun Alissa hanya memilih untuk diam. Dia hanya buka mulut apabila ditanya saja. Mata Alissa sempat menangkap pandangan mata Adzan yang tak lepas memandangnya. Alissa hanya meneruskan suapannya tanpa pedulikan apa yang jadi di depan mata kerana kesibukan di dalam kepalanya sudah cukup menyerabutkan.

Usai makan, Puan Anissa meminta Alissa memotong buah untuk dibuat salad sebagai pencuci mulut. Maisarah menepuk lembuh bahu Alissa yang ralit dengan buah-buahan yang hendak dipotong itu.

ADRIANA ALISSA ( A Wounded Heart )Where stories live. Discover now