AA 2 🌕✨

119 10 0
                                    

"Mama, papa. Issa nak keluar tau pergi cafe Sham. Diorang ajak jumpa sana semua".  papa senyum tanda mengizinkan.

Mama dan papa memang sudah arif tentang semua hal dirinya termasuklah siapa kawannya.

"Yela sayang. Hati-hati drive kereta tu ". Tangan mama dan papa aku salam.

"Kau jangan blushing teruk tau kak. Malu keturunan aku . HAHAHAHAH !! ".

So guys let me introduce my adik bongsu yang perangainya tak berapa nak menggah menggoh sikit. Adwa.

"Takde makna aku nak blushing macam katak kat situ jumpa kawan je pun". aku jeling Adwa yang terkekeh ketawa disebelah Angah dan Achik. Mama dan papa hanya menggeleng melihat tingkah anak-anak nya.

"Goodluck kakakku sayang !! ".

Bruhh .........

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Pintu cafe DE' Delizioso milik Sham itu aku buka. Aikk mana orangnya sunyi je. Adakah aku kena scam? No !!!!

"Welcome Si Cantik Manis , selamat datang ke Cafe DE' Delizioso. Cik Cantik Manis ni namanya Adriana Alissa ke ? ". soal salah satu pelayan disitu ramah.

"Ye saya. Ermmm Boss awak mana yaa. Ke dia tak datang lagi".

"Cik Cantik Manis Adriana Alissa sila ikut tangga ini untuk naik ke atas ye. Mereka tunggu Cik Cantik Manis Adriana Alissa di atas ". senyum pelayan tadi.

Pelik juga sebenarnya. Dengan panggilan Cik Cantik Manis lagi. Dengan kereta Farisya dan Syaqila juga tiada di luar. Dia perasan itu namun mungkin mereka yang lambat. Kaki tetap memanjat satu persatu anak tangga naik ke tingkat atas seperti yang di arahkan pelayan tadi.

Sampai saja di tangga yang terakhir dapat Alissa lihat kelopak-kelopak mawar merah di kiri dan kanan seakan membentuk arah jalan. Alissa berjalan di tengah mengikuti susunan kelopak mawar merah itu.

Sampai saja di tengah ruang cafe itu ada satu meja bulat kecil yang mempunyai sejambak bunga ros merah dan nota sedikit besar berbentuk hati.

'Sila Ambil Saya'

Alissa memandang sekeliling hairan. Apa semua ni ? otaknya masih tidak dapat menafsirkan apa yang jadi. Surprise apa ni sedangkan harini bukan hari lahir nya. Dan dimana semua kawannya ??

Tanpa membuang masa bunga tadi diambil dan Dia teruskan perjalanan mengikut kelopak ros merah tadi kembali hingga lah ke ruang belakang cafe. Pintu kaca itu dibuka perlahan melihat ke arah luar.

"Assalamualaikum Si Cantik Manis". sapa satu suara dari luar.

Alissa memandang wajah itu dengan riak tidak percaya . Apa ni ?? Apakah semua ini tolonglah sesiapa explain dekat saya.

"Waalaikumussalam. Awak buat apa dekat sini ? Mana yang lain and bunga ? Apa semua ni ? ". bertubi-tubi soalan yang di ajukan Alissa.

Farhan hanya tersenyum sebelum dia mempelawa Alissa untuk duduk di meja yang telah disiapkan di kawasan luar Cafe tingkat atas itu. Alissa hanya mengikut Farhan.

Kerusi ditarik Farhan meminta Alissa duduk sebelum dia menolak kerusi itu perlahan saat Alissa selamat melabuhkan punggungnya di atas kerusi itu.

"Tonight is our night Cik Cantik Manis. Saya yang suruh Sham bagitahu awak siang tadi supaya datang malam ni ramai-ramai kan". Alissa hanya menggangguk perlahan mengingatkan hal siang tadi.

ADRIANA ALISSA ( A Wounded Heart )Where stories live. Discover now