AA 38 ❤️‍🩹✨

105 6 0
                                    

"Assalamualaikum". Alissa berlari ke pelukan mama yang duduk di atas sofa ruang tamu itu.

"Waalaikumussalam". jawab mama dan mereka yang turut berada di ruang tamu itu.

"Wahhh, finally I'm home". kata Alissa sambil badannya disandarkan pada sofa.

Tengku Zamarul yang baru masuk hanya menggeleng kepala memandang anak dara nya. Letih macam dia pulak yang drive. Padahal anak keduanya Adzan yang memandu.

"Eh, budak mana ole-ole kitorang hah". Arisya yang baru turun itu Alissa capai tangannya lalu dicium lembut. 

Arisya mencium dahi dan kedua pipi adiknya penuh kasih. Alissa yang ingin menjawab pertanyaan Achiknya itu terbantut melihat Adwa. Adwa duduk bersimpuh penuh sopan santu tambah ayu di depan Alissa berpakejkan sengihan kambing. Arisya ketawa sambil menepuk bahu Adwa.

"Tu dalam plastik merah tu ha". Alissa memandang malas ke arah Adwa.

"Yeayyyyy !!! ". jerit Adwa girang sambil tangannya laju mengangkat plastik merah berat itu. Arisya pula sudah mencekak pinggang ke arah Adwa. Orang lain yang minta, orang lain yang beria.

"So, how langkawi ?". soal Adrian. Alissa hanya tersenyum ke arah alongnya sambil mengangkat bahu. 

"Allaaaaa budak baru balik healing, taknak open story laa". usik Kak Sarah pula. Arisya yang duduk di sebelah sudah memeluk bahu Alissa sambil memandangnya dengan senyum nakal.

"Ada apa-apa keeeeeeeeeeee ?". soal Arisya.

"Ada". 

 "Ada apa ?". soal mereka semua serentak kecuali Adwa yang masih dengan dunia coklatnya sendiri.

"Ada makhluk asing. HAHAHAHAHAH". jawab Alissa lalu tertawa. 

Alissa lantas bangun menuju ke arah Adwa. 

Tak mahu disoal lagi saat dia lihat angahnya, Adzan seperti ingin bertanyakan sesuatu. Lebih baik selamatkan diri. 

Arisya yang melihat Alissa merampas coklat dari tangan Adwa juga turut bangun untuk membuli si Adik. Ruang tamu itu hanya dipenuhi dengan jeritan mereka tiga beradik diselang bersama tawa mereka yang lain.

Tengku Zamarul dan Puan Anissa berpandangan sesama  sendiri sebelum mereka berdua mengalihkan pandangan kepada Adrian dan Adzan. Mereka senyum melihat suasana yang dirindui itu. 

Alhamdulillah.

Adzan memandang Alissa lama. Matanya tak lepas dari memandang gelak tawa Alissa.

"Terima kasih makhluk planet pluto". ucapnya perlahan.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

"Assalamualaikum".

"Waalaikumussalam, ye say....". Fawwaz yang baru buka pintu itu menggosokkan matanya berkali. Alissa yang menanti diluar membuat gaya peace kepadanya.

"AAAARGHHHHHHHHH ! KAKAKKUUUUUUUUUUUUU ! ". jerit Fawwaz. Belum sempat dia mahu memeluk tubuh Alissa, badannya terlebih dahulu ditolak oleh satu tangan hingga jatuh di depan pintu rumah agam itu.

"Aduhhh...". 

"kau dah kenapa nak peluk kakak aku. Jangan nak menggedik". marah Adwa. 

Alissa sengaja mengajak Adwa untuk datang menemaninya ke rumah orang tua Farhan. Niatnya hanya untuk menghantar ole-ole yang dibeli dari bumi langkawi, tapi hatinya tetap takut andai ada Farhan dan isterinya disini. Bukan takut apa, takut jika mereka akan bertengkar lagi seperti dulu.

"Alaaa, kakak kau kan dah single, mana tau aku boleh masuk jarum. Kau pun untung-untung dapat aku as abang ipar kau". 

Pakkkk !

"Aduhhhhh....". buat kedua kalinya Fawwaz mengadu sakit. Jika tadi sakit kerana ditolak jatuh. Tapi kalini extra sikit sebab yang sakitnya kepala dia sendiri. 

Alissa dan Adwa menahan senyum melihat muka cuak Adwa dan muka garang Tuan Khalid yang memegang senduk itu.

"Sebelum senduk umi kamu ni melayang naik atas kepala kamu kali kedua, cuba jemput kakak dengan Adwa tu masuk, sibuk nak menggatal". garang Tuan Khalid memandang Fawwaz.

Fawwaz hanya tersenyum kambing sebelum dia memberikan laluan kepada Alissa dan Adwa untuk masuk. Wajah Adwa yang sedang senyum mengejek dijelingnya tajam.

"Assalamualaikum Abi. Abi sihat ?". soal Alissa ramah.

"Alhamdulillah sihat sangat sampai kena tolong madam masak dekat dapur".  jawab Tuan Khalid sambil ketawa kecil. Alissa membontoti langkah Tuan Khalid menuju ke sofa ruang tamu itu.

Dia menatap lama wajah Alissa. Anak perempuan yang dia sayang, tapi.......

"Ehhhh, puteri umi dah sampai ke tu". Puan Sarah melajukan langkahnya ke arah Alissa lalu batang tubuh kecil itu dipeluknya penuh kasih. Pipi Alissa turut diciumnya sayang.

"Auwww umi dengan abi jangan macam ni. Alissa rasa macam nak nangis tau emmm". sebik Alissa manja.

"Alalala manja umi hahaha". Puan Sarah ketawa melihat wajah comel Alissa.

"Ha, akak, umi, abi. Jejak kasih tu jejak la jugak. Dekat tangan Adwa tu apa". soal Fawwaz.

"Kau ni kan menganggu suasana indah di hari raya yang kian tiba di masa raya". leter Adwa pula.

"hahahah lupa pula akak. Ni haaa, ada ole-ole sikit dari langkawi untuk umi, abi dengan Fawwaz". Alissa mengambil beg di tangan Adwa sebelum dibagikan sorang satu kepada mereka.

"ya Allah, susah-susah ja belikan kami semua ole-ole. Banyak ni sayang". 

"Tu lah, orang suruh dia pergi sana untuk healing, dia pergi sekali dengan pakej borong ye". gurau Tuan Khalid dengan Puan sarah.

"Macam mana kak healing, ada jumpa boyfriend baru ke?". soal Fawwaz nakal. Puan Sarah yang mendengar turut memandang Alissa.

"Haihh, dah jumpa calon menantu untuk umi ke ? Macam mana rupa dia?". soal Puan Sarah.

"kakak kata dia jumpa makhluk asing ja dekat sana". sampuk Adwa.

"Hahahahha". mereka ketawa mendengarkan jawapan Adwa. Fawwaz juga tak kurang gilanya.

"wahhhh, nanti wedding kita kena pergi marikh ke jupiter?".

"Kita pergi matahari". jawab Adwa.

"HAhahahahahhahaha!".

Pakkkk! 

Pakkkk!

"Aduhhhhhhh". Adwa dan Fawwaz mengadu serentak apabila kepala mereka diketuk oleh Tuan Khalid.

"Sudah tak payah nak merapu. Jom makan". ajak Tuan khalid. langkahnya dibawa ke ruang dapur. 

Setelah mereka bertiga hilang ke dalam dapur, Puan Sarah menarik tangan alissa lalu dia mengangguk perlahan. Faham akan sesuatu yang bermain di fikiran anak gadis itu.

"Umi boleh Alissa tanya?".

"Apa tu sayang ?".

"farhan dengan Jessica tu...".

"kami dah maafkan, tu pun atas nasihat dari papa dengan mama juga. Dan, nasihat dari seseorang yang sudah berjanji dengan kami. Tapi tulah. Saja nak ajar diorang sikit, biarlah mereka belajar dulu dari kesilapan mereka". jawab Puan Sarah. 

Alissa hanya mengangguk faham,

"Dah jom, kita pergi makan. banyak umi masak ni". Puan Sarah menarik tangan Alissa ke ruang dapur.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.




ADRIANA ALISSA ( A Wounded Heart )Where stories live. Discover now