AA 42 ❤️‍🩹✨

66 6 0
                                    

Selepas pulang dari majlis perkahwinan Syaa dan Hazim semalam, mereka banyak menyoalnya tentang makhluk asing bermata kelabu itu, atau namanya Rian.

Namun Alissa hanya diam tanpa menjawab satu pun soalan yang berkaitan lelaki itu. Biarlah dia sembuhkan dulu hatinya sebelum dia menjawab soalan mereka. Mungkin benar apa yang dikatan mereka semua.

Ikhlaskan Dia....

Tokk !! Tokk !!

Alissa bangun dari katil. jam di dinding sudah menunjukkan jam 12. Pasti mama yang naik untuk kejutkan dia. Pintu biliknya dibuka. Dan tekaannya....

adalah....

SALAH !

"KAu nak apa budak?". soal Alissa malas.

"Mama dengan papa suruh kau turun sekarang, Ada benda diorang nak bincang".

"Bincang ?? Bincang apa ?? ". soal Alissa lagi.

Adwa melepaskan keluhan kecil sambil membuat roll eyes paling ikhlas kepada Alissa.

"Mana la aku tahu, kau turun je la , by the way mandi dulu ye kakakku sayangg. Busuk ! ". ejek Adwa.

Alissa yang sakit hati dari semalam ditambah pula dengan sakit hati sekarang terus menghempas pintu kuat. Adwa yang berleter di luar tidak dipedulikan.

Tak guna punya adik !

Alissa mengambil tuala yang tersangkut kemas sebelum memboloskan diri ke dalam bilik air.

.

.

.

.

.

.

.

"Mama, Papa, Hye everyone". sapa Alissa saat dia turun dari tangga.

"Wahhhh, makan tak tunggu, sarapan pun tak ajak". sebik Alissa. Adwa dan Arisya sudah menjeling tajam ke arah Alissa.

"Orang dah bengkak jari ketuk pintu bilik, dia yang tidur mati". jawab Arisya. Alissa hanya sengih tak bersalah.

Dia mengambil tempat disebelah angah. Karipap yang terhidang di meja ruang tamu itu diambil dan dimakan perlahan.

"Adik, mama dengan papa ada benda nk cakap dengan adik ni". kata Adrian. Alissa memandang abang sulongnya sebelum dia memandang pula mama dengan papa.

Puan Anissa mengangguk ke arah suaminya Tengku Zamarul. Wajah anak-anaknya yang lain dipandang. Merka semua juga tersenyum saja. Tangan Adzan nak mengusap kepala adiknya perlahan. Alissa memandang mereka semua pelik.

Takkan sebab dia bangun lambat dia terlepas beribu hal penting.

"Tadi pagi, ada satu keluarga ni datang ke rumah jumpa mama dengan papa". Alissa terus menanti kata-kata papanya.

Puan Anissa mengeluarkan satu kotak baldu bewarna merah lalu di hulurkan kepada suaminya.

"Keluarga tu datang nak melamar issa untuk menjadi isteri kepada anak lelaki sulung mereka". Tengku Zamarul membuka kotak baldu itu lalu diletakkan di atas meja berhadapan Alissa.

Alissa memandang cincin emas itu.

cantik.

"Adik, ada apa-apa nak tanya?". soal Adzan. tangannya pula masih setia mgusap kepala sang adik.

"Mama dan Papa kenal ke anak diorang?". soal Alissa. Puan Anissa dan Tengku Zamarul mengangguk.

"Mama dan Papa suka kan dia ? Dia hormat mama dan papa ?". soal Alissa lagi.

Puan Anissa menjeling ke arah suaminya meminta agar hanya lelaki itu yang menjawab semuanya. Tangan Alissa Tengku Zamarul gapai lalu digenggam.

"Mama dan Papa sudah kenal dengan dia sebelum dia dan keluarga dia datang lagi. Papa sendiri yang minta dia bawa keluarga dia datang ke sini kalau betul niatnya nak berkahwin dengan Puteri papa ni". Tengku Zamarul memandang ke dalam mata anaknya.

"kalau Issa nak tanya perihal layanan dia terhadap kami, Alhamdulillah dia sangat menghormati mama dengan papa, bahasanya elok manis tersusun saat bercakap dengan papa, dengan mama. Hatta dengan abang-abang dan kakak-kakak Issa pun baik layanannya. Adwa pun dia layan mesra sangat".

"Dia pandai ambil hati kami, dia pandai jaga lisan dia depan kami. Bukan saja di depan. Di belakang pun papa nilai dia, Dia sangat baik sayang. Kawan-kawan papa pun cukup senang berurusan dengan dia. Dan papa dengan mama yakin yang dia adalah yang terbaik untuk Issa". jawab papa panjang lebar.

Alissa cuba menghadam kata-kata papanya. Entah kenapa hatinya dan fikirannya teringat akan Rian.

"Boleh Alissa tahu nama dia".

"Rizz. Aarizz Anaqi". jawab papa tenang.

"Issa nak tengok gambar dia ka?". soal Angah, namun Alissa hanya menggeleng perlahan.

"Tak apa, tak perlu". Alissa menarik nafasnya dalam.

"Kalau Issa terima, bila tarikh berlangsungnya, dan kalau Issa tak terima apa yang semua nak kata pada Issa".

"Kalau Issa terima, minggu depan kita akan buat Akad, dan dua hari selepas kita akan buat majlis sanding, Keluarga pihak lelaki minta untuk cepatkan, lagipun hal baik kami juga bersetuju dan tak ada masalah untuk itu".

"Dan kalau Issa tak terima, tiada apa yang kami mampu cakap sebab keputusan di tangan Issa, kami taknak memaksa". jawab papa tenang.

Alissa memikirkan hal itu sekali lagi. Jika dia menerima maknanya seminggu lagi dia bakal bergelar seorang isteri kepada seorang lelaki yang masih belum dikenalinya tapi sudah dipercayai keluarganya. Cincin itu Alissa pandang lama sebelum dia membuat keputusan. Yang lain hanya diam menunggu jawapan dari Adriana Alissa.

"Jujur ya, semua sukakan dia ?". soal Alissa sambil memandang mereka semua.

Mereka semua tersenyum lalu mengangguk.

"Mama berkenan kalau dia jadi suami anak mama ni, tapi keputusan tetap di tangan Issa. mama akan hormat keputusan anak mama". jawab Puan Anissa tenang dan tidak memaksa.

"sama juga pada papa, tapi keputusan Issa la yang akan tentukan".

Wajah mereka Alissa pandang sorang-sorang, wajah mama dan papa ditatap lama penuh kasih. Alissa melepaskan nafas kecil.

"In shaa allah, jika Dia yang terbaik. Semoga Allah mudahkan urusan Issa dengan Dia". jawab Alissa .

"Alhamdulillah". Yang lain sudah mengucap syukur saat Alissa memilih untuk menerima pinangan itu.

Adzan mengucup dahi adiknya dari tepi.

"I'm pretty sure you will love him so much". kata Adzan.

Puan Anissa mengambil cincin itu lalu disarungkan ke jari manis Alissa. Tengku Zamarul tersenyum melihat jari manis anaknya itu dihiasi cincin pertunangan itu.

Alissa merenung jarinya, dia terima. Dan dia ikhlas. Dan yang penting, Dia yakin akan pilihan dari mama dan papanya.

"Yeayyyy, Adwa dapat abang baruuuuuu ! ". jerit Adwa.

"Sibuk je kau". bidas Alissa.

"Elehhh berlagakk ! Aku cerita aib kau dekat bakal suami kau baru tau". Alissa hanya menjelir. Malas mahu layang sang adik.

"mama, papa. Issa nak minta zizn keluar. Kami nak kena kemas semula barang pelamin dekat hotel tu. Nak basuh apa semua". pinta Alissa.

"yelahh, bolehh". jawab Puan Anissa.

"ISsa naik atas siap dulu ya". pamit Alissa sebelum dia menghilangkan diri ke dalam bilik.

"Nampaknya kita kena keluar shopping beli barang hantaran dan baju la ni?". soal Adwa lagi.

"Tak perlu".

"Ehh, kenapa pula?".

"Semua dah siap dah pun. Sebab tu kalau dia terima minggu depan terus akad". jawab Adzan tenang

"How semua tahu yang Issa akan terima?". soal Maisarah pula.

"Because she will". jawab Tengku Zamarul tenang.

ADRIANA ALISSA ( A Wounded Heart )Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora