AA 5 🌕✨

81 9 0
                                    

Sekali lagi dia melihat dirinya pada pantulan cermin di hadapan. Hari ini mereka akan pergi triple date. Tahu kan siapa. Hehehehehe.

Alissa hanya mengenakan baju blouse maroon bersama seluar palazo hitam. Rambut coklat gelap itu dibiar bebas tanpa ikatan. Setelah puas dia melihat penampilannya terus saja beg sandang dan beberapa barang penting di ambil dan terus turun ke bawah.

Bayang mama dicarinya. Papa keluar bersama along, manakala Adwa dan Achik Arisya semua mempunyai hal masing-masing. Jadi agak sunyi rumah besar itu.

"Mama, Issa keluar dulu tau, Farhan dah sampai tu". tangan mama diambil dan dikucup lembut.

"Ye laa, hati-hati. Kirim salam mama dengan Farhan ye". pipi Alissa diusapnya lembut. Angah yang menjadi pemerhati hanya tersenyum melihat Alissa.

Alissa melambai ke arah abang keduanya itu sebelum dia keluar dari rumah itu dengan hati yang berbunga. hilang saja bayang Alissa dari situ Puan Anissa melepaskan keluhan panjang. Wajah putera keduanya dipandang.

"Angah, mama tak sedap hati la".

"Kenapa mama cakap macam tu". soal angah pelik.

"Mama takut adik kamu kecewa".

Tangan tuanya mengusap dada yang berombak laju. Entah kenapa seringkali dia berfikir akan kesedihan anaknya di masa akan datang meskipun Farhan itu baik dimata mereka sekeluarga namun ada sesuatu yang menganggu hati tuanya. Lafaz istighfar meniti di bibir mengusir semua negatif yang hadir.

Adzan sudah memandang mamanya pelik.

Kenapa ?

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

"Awak, kita nak pergi mana dulu ni ?". wajah Farhan yang tenang memandu itu dipandang.

"Ermm diorang cakap nak pergi cafe Sham dulu. Isi perut semua dulu baru kita gerak". Alissa mengangguk faham.

"Tak bising ke mulut becok dia tu kita asyik pergi makan situ".

"Dia tu macam la tak kenal sayang ni. Mulut je lebih complaint itu ini padahal hatinya tidak pun".

Yaa, dia akui. Meskipun Sham sering memerli mereka kerana sering ke cafe itu tetapi dia senang akan kehadiran rakan yang selalu support bisnesnya. Tapi kalau kerap meminta free itu mungkin bakal menerima penampar sulung dia. Hahahaha !

"Sayang ada craving nak makan kedai lain ke ? Kalau nak kita boleh je pergi nanti saya inform diorang". soal Farhan. Mana tahu Alissa ingin makan di tempat lain.

"Ehh takpe kita pergi je sana. Alang-alang semua ada sana kan".

"Betul ni sayang".

"Ye cinta saya".

"Apa dia ? sekali lagi tak dengar la".

"Eii gedik kan". ketawa Alissa melihat Farhan yang sudah terjongket-jongket keningnya memandang Alissa. Gedik !

"Alaaa sayangggggg. Pleaseeeeeee. Sekali lagi la sebut". pinta Farhan sampai muncung-muncung bibirnya.

"Yeeeee Cintaaaaaaaaaaa Sayaaaaaaaaaaaaa". Alissa sengaja meleretkan suaranya. Farhan sudah melebarkan senyum mendengar suara comel Alissa.

ADRIANA ALISSA ( A Wounded Heart )Where stories live. Discover now