AA 39 ❤️‍🩹✨

61 6 0
                                    

"Assalamualaikum Issa". sapa satu suara dari belakang. Alissa menoleh ke arah suara itu.

"Far..Farhan?". terkejut Alissa melihat wajah sugul Farhan. Alissa memandang Farhan yang langsung tidak terurus itu atas bawah.

Mukanya penuh dengan jambang dan kesan lebam di mulut dan mata, rambutnya yang sedikit panjang tidak bersikat, badan yang dulunya tegap berisi kini susut dengan banyak. Perubahan Farhan pada matanya sangat tidak pernah dia bayangkan.

Belum sempat Alissa mahu menyoal Farhan dengan lanjut Sham dengan Qila menarik tangannya ke belakang mereka.

"Kau ni tak faham bahasa ke, aku rasa semua orang dah pesan kan. Jangan. Dekat. Dengan. Alissa. Adriana. Faham ?! ". marah Sham.

"Aku cuma nak bercakap je dengan dia Sham, aku cuma nak minta maaf je". rayu Farhan lemah.

Alissa yang lihat turut berasa simpati. Inikah pengajaran yang dimaksudkan Puan Sarah dan Tuan Khalid ?

"Minta maaf untuk apa. Masa kau sakitkan dia dulu ada kau dengan bini kau tu fikir nak minta maaf. Tak ada kan ?". soal Qila pula.

"Ehh, dah laa. Kami tak ada kawan yang toksik dan busuk hati macam kau la. Perangai sampah". kata-kata Sham mampu menitiskan air mata Farhan.

"Aku tahu aku salah, aku dah belajar dari salah aku sekarang. Tapi please izinkan aku minta maaf dengan Issa kali ni ". Farhan melutut di depan Sham. Alissa yang berdiri di belakang Sham itu tidak tahu mahu beri reaksi apa.

Dia kasihankan Farhan tapi mereka semua sudah menghalangnya untuk berbaik dengan Farhan mahupun dengan isterinya Jessica sampai hujung bulan ini. Tuan Khalid sendiri juga sudah meminta dia agar tidak berlembut dengan Farhan dulu.

"Issa? Siapa Issa. kau lupa ka dia suruh kau panggil dia dengan nama penuh dia". Qila memandang Sham pula.

"Call her by her name, Tengku Adriana Alissa ! ". ujar Sham dan Qila serentak. Alissa memandang dua manusia itu.

Itu nasihat ke, marah ke perli ?

Alissa menggeleng kepalanya perlahan. Tak sanggup dia ingin melihat wajah kasihan Farhan itu. Lantas saja dia menarik tangan Qila dan baju Sham untuk pergi dari situ.

"Dah la, jom. Nanti lambat".

"No no Issa, aku nak minta maaf jangan pergi dulu Issa. ISsa please Issa". rayu Farhan sambil menangis.

"Byeeeeeeee". Sham melambai ke arah Farhan yang terduduk itu. Manakala Qila pula sudah membuat flying kiss sambil senyum mengejek ke arah Farhan.

Sudah agak jauh mereka melarikan diri dari Farhan, Alissa pantas menoleh ke arah mereka berdua. Sham dan Qila berpandangan sesama sendiri sebelum mengangkat bahu masing-masing. Alissa menepuk dahinya.

"Mind to explain?". soal Alissa lagi.

"Aku ikut apa yang Tuan Khalid cakap ja, hahahahahaha". jawab Sham sambil ketawa.

"Tapi serius lawak duh tengok Farhan macam tu". sambung Qila pula.

"Korang ni, takkan sampai macam tu sekali".

"Iyee cik Alissa. Tuan Khalid cakap Farhan tak pernah rasa hidup susah, jadi biar susah tu jadi masak kurma untuk dia sebab dia dah hancurkan hati kau." terang Sham.

"Tapi tak perlu sampai macam tu. macam mana dengan anak dia?". soal Alissa lagi.

"Kau jangan risau, anak dia semua tak silap aku Abi dan upah abang perempuan tu untuk jaga. Jackson tak silap nama dia". jawab Qila.

"Dah laaa, tak yah fikir. Tak lama pun haaa dia miskin. Sebelum majlis si SyaZim tu nanti waras semula la otak dia". selamba Sham. Alissa hanya menggeleng saja. ikut la mana-mana.

ADRIANA ALISSA ( A Wounded Heart )Where stories live. Discover now