AA 18 🌕✨

50 6 0
                                    

Malam itu Alissa menghias diri sesimple yang mungkin walaupun Alongnya sudah pesan untuk mengenakan pakaian yang cantik. Tapi Alissa hanya mengendahkan pesanan khidmat dari alongnya, si Adrian itu. Entah apa masalah yang ada di syarikat itu hingga along memaksanya untuk ikut berjumpa dengan klien syarikat itu. Sedangkan dia sudah tidak bekerja di situ lagi.

Alissa hanya mengenakan blouse putih bersama palazo putih. rambut coklat panjangnya yang diikat tadi dibuka lalu dibiar lepas. Matanya yang bengkak akibat banyak menangis sedari tadi itu ditutup dengan make up. Tak ingin ahli keluarga nya yang lain lihat dan tahu keadaan dia sekarang.

"Issa, dah siap ke?". panggil Along dari luar bilik. Cepatnya along siap, Alissa hanya menyahut darii dalam sambil mengemas meja soleknya. Beg tangan yang sudah dikemaskan di atas katil di ambil.

"Sorry lambat". Adrian hanya menggeleng melihat adiknya yang sorang itu. Alissa mencium tangan mama dan papanya sebelum menbontoti langkah along. Tiada soalan dari papa dan mama ? Pasti Adrian terlebih dahulu memberitahu.

"Kita nak pergi mana ni along". soal Alissa kepada Adrian yang sedang fokus pada pemanduannya di sebelah.

"Jumpa klien company la, kita ada dinner dengan diorang. Kenapa?". soal Adrian kembali.

"Tak ada laa, Issa kan dah tak kerja jadi kenapa kena ikut pulak, kenapa tak angah je ?".

"Nak buat macam mana, klien tu beria nak jumpa Issa. Along bawak je la". spontan Adrian. Alissa hanya mengendahkan saja, bukan urusan dia. Ikut saja laa.

Setelah hampir satu jam perjalanan, mereka sampai di sebuah restoran mewa. Namun apa yang pelik bagi Alissa, mengapa restoran ini tiada orang.

"Along, klien tu booking satu kedai ke macam mana?". Adrian tidak menjawab, malah tangan Alissa ditarik masuk ke dalam reestoran itu. Masuk saja ke dalam restoran itu, kelibat seseorang di cari.

"Are you ready sayang?". soal Adrian pada Alissa. Alissa mengerutkan kening tak faham akan maksud alongnya itu. Alissa baru hendak bertanya , ada satu suara yang mencelah dari belakang.

"Assalamualaikum Adriana Alissa". Alissa terdiam saat mendengar namanya disebut dari belakang. Suara itu, ya dia kenal suara itu. Alissa lantas menoleh ke belakang. Tanpa disuruh air matanya jatuh saat melihat sosok figura didepannya itu. Hatinya yang terluka kembali berdarah kerana lelaki itu.

"Alissa don't cry please". pinta Farhan. Alissa menyeka air matanya sebelum menarik Adrian untuk keluar dari restoran itu, tak betah dia ingin berada di situ lama-lama. Dia tak mahu menangis lagi disitu. Cukup seharian dia menangis harini.

"Issa no, you should stay". jawab Adrian sambil menahan Alissa dari keluar. Alissa memandang alongnya. Dia menggeleng.

"No sayang listen. Bagi Farhan explain. Settle kan masalah baik-baik jangan lari, mengelak, menangis macam ni". pujuk Adrian sambil mengusap kepala sang adik. Alissa memandang ke arah Adrian, Adrian hanya mengangguk kecil meminta Alissa untuk dengar semua penjelasan Farhan.

"Bro, jaga adik aku elok-elok, aku balik dulu". pinta Adrian kepada Farhan. Wajah Alissa yang basah dengan air mata itu dia seka seketika sebelum berlalu keluar dari restoran itu.

"Issa, please..". Alissa menarik kerusi di depannya lalu duduk tanpa menpedulikan Farhan di depannya. Hatinya masih sakit.

"Sayang i can explain please".

"Pernah tak awak fikir perasaan saya?". soal Alissa sambil matanya tajam memandang Farhan.

"Awak tahu saya bangun awal pagi tu. Betapa berianya saya masak nasi goreng fav awak. Betapa berianya saya buat semua tu tapi apa saya dapat". Farhan menunduk mendengar.

"Awak bagi cleaner awak makan nasi tu, lepastu apa awak suruh diorang buat ? Ambil gambar bekal kosong tu hantar dekat awak, lepastu awak forward pulak bekal tu dekat saya like what ? Saya ada dekat situ and saya dengar semua Farhan. why ? Kenapa ? Kotor sangat ke air tangan saya pada awak Farhan?". marah Alissa sambil teresak. Air matanya juga tak henti-henti keluar. Farhan menghembus nafas nya perlahan.

"Sayang please listen to me. Ye betul saya suruh diorang buat macam tu. Tapi bekal yang saya bagi tu bukan nasi goreng awak sayang. Tu nasi lain. Saya dah makan nasi awak masakkan tu. Saya buat macam tu sebab aya nak surprisekan awak tapi tak sangka lain pula jadinya". terang Farhan sambil menggengam tangan Alissa.

"Perlu ke ? perlu ke awak buat macam tu. Awak tahu tak betapa sakitnya hati saya. Awak tahu tak betapa bodohnya saya rasa waktu tu, Awak tak faham saya Farhan, awak tak tahu apa yang saya rasa waktu tuu Farhann,....". tangisan Alissa makin menjadi-jadi. Dia tidak dapat mengawal perasaannya saat ini.

Farhan pantas bangun dan menuju ke arah Alissa. Farhan menarik Alissa ke dalam pelukannya, bahu dan belakang Alissa diusap lembut bagi menenangkan gadis itu.Alissa menangis di dalam pelukan Farhan semahunya melepaskan rasa sakitnya pada lelaki itu.

"Heyyyy, shuhhh dont cry sayang please, it's hurting me sayang". Kepala Alissa diusap. Farhan mengangkat kepala Alissa dari bersandar di dadanya. Air mata gadis itu diseka lembut.

"Hey heyy look at me sayang". Alissa memandang Farhan. Muka nya merah, matanya bengkak akibat terlalu banyak menangis.

"Im sorry okay sayang, Biyy janji Biyy takkan buat macam tu lagi". Alissa mencari keikhlasan di dalam mata Farhan.

"Please, forgive me". Farhan mengeratkan lagi genggaman tanggannya dengan Alissa. Alissa diam lama sebelum kepalanya di angguk perlahan.

"Serius ni sayang". soal Farhan teruja.

"Promise jangan buat macam tu lagi". soal Alissa pula.

"Yes Sayang, takkan buat lagi". Hidung mancung Alissa dicuit manja.

"And last boleh Biyy minta something?".

"Apa dia?".

"Pejam mata sayang". Alissa menutup matanya.

"Buka". terkejut Alissa melihat set rantai dan gelang Swarovski di tangan Farhan. Alissa memandang Farhan tidak percaya.

"Im sorry sayang saya". ucap Farhan sambil tersenyum penuh makna.

"Kenapa beli saya yang ni".

"Sebagai tanda minta maaf laa, even i know Sayang saya ni lagi mampu beli lebih dari ni. But still biyy nak sayang ada satu yang miliki dairpada biyy". ucap Farhan sambil memakaikan gelang dan rantai itu ke tangan dan leher Alissa.

"Thankyou". ucap Alissa ikhlas.

"No, biyy yang patut cakap thankyou sebab sayang dah bagi peluang dan maafkan salah biyy dekat sayang". Alissa mengangguk kepada Farhan.

"Dah lap muka tu, cengeng dia beria nangis ahahahahha". gelak Farhan. Alissa sudah menjeling tajam.

"Nangis sebab biyy yang buat tau tak". marah Alissa

"Alololo im sorry okay Tapi comel la sayang nangis, berhingus hahahahah ". Alissa mencubit lengan Farhan yang asyik gelakkan dia dari tadi. Alissa dalam diam mengucap syukur dan lega selepas apa yang jadi tadi. Semoga yang baik-baik saja untuk mereka selepas ini.

Tanpa Alissa sedari, ada satu pasang mata sedang memerhati mereka dari dalam dapur restoran.....

"Semoga kita dapat berjumpa sebelum berakhirnya 6 bulan 2 minggu ke depan Alissa , Farhan". ujar satu sosok lelaki yang memerhati adegan itu dari tadi. Senyuman sinis diukir sebelum dia berlalu meninggalkan kawasan tersebut.

.

.

.

.

.

.

.

.

ADRIANA ALISSA ( A Wounded Heart )Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon