AA 7🌕✨

60 6 0
                                    

Pekerja-pekerja di dalam syarikat milik Tengku Zamarul itu menunduk sedikit hormat saat melihat kelibat Alissa. Senyuman manis dilemparkan buat Alissa namun hanya dibalas dingin oleh gadis olehnya. Fahamlah mereka yang Cik Muda mereka itu dalam keadaan mood yang kurang baik.

"Khalil, masuk bilik saya ". arah Alissa saat Dia melintasi meja Khalil, salah seorang staff di syarikat itu. Khalil pantas bangun membontoti langkah Alissa. Masuk sahaja ke dalam pejabatnya, penghawa dingin dipasangka. Beg sandang dan fail yang dibawanya diletakkan di atas meja, punggungnya laju saja dilabuhkan di atas kerusi empuk itu dan badannya disandarkan ke kepala kerusi.

Fuhhhh leganya rasa. Entah kenapa perjalanan dari parkir hingga kesini terasa begitu lama dan sangat jauh. Alissa terlalu selasa hingga Dia lupa akan seseorang yang berada di dalam biliknya.

"Eeerr, Cik Alissa ? ". Panggil Khalil teragak-agak. Tadi bukan main garang sekarang dah macam kerang wangi sengihnya. EEHH ? HEHEHE.

Alissa pantas membuka matanya. Aduhh macam mana bole lupa. Kedudukannya lantas saja dibetulkan. Bikin malu saja !! Wajah Khalill dipandang hairan . Aikk ??

"Datang tangan kosong saja ke ?". soal Alissa kembali. Khalil hanya mengangguk sambil tersenyum. Tak silapnya boss nya tak ada suruh bawa barang apa pun. Alissa melepaskan keluhan kecil. Sabar Alissa. Khalil sudah tak senang hati.

"Mana fail kerja yang saya suruh awak buat semalam ?". Khalil menundukkan kepalanya saat mendengar soalan yang diajukan Alissa. Alissa memandang Khalil yang hanya menunduk dan membisu itu.

"Haihh, mulut awak tertingal dekat rumah ke macam mana ?". soal Alissa lagi. Laju Khalil mengangkat mukanya memandang Alissa.

"Saya minta maaf Cik Alissa, kerja semalam belum siap. masih ada lagi beberapa bahagian yang perlu saya semak dan betulkan kembali ".

"Kan bagus kalau awak jawab dari tadi . Bukan saya nak PECAT  awak pun". perkataan pecat itu sengaja Alissa tekan kan.

Khalil menundukkan kepala sedikit meminta maaf. Tak dinafikan Alissa baik dengan staffnya. Mereka juga agak rapat dengan Alissa berbanding dengan Adrian, kerana Alissa menurun perangai Puan Anissa. Ramah. Namun dalam baik dan ramahnya ada terselit tegasnya pada waktu yang perlu.

"Lain kali kalau saya tanya , saya nakkan jawapan. Bukannya awak diam. Saya bukan ahli nujum yang boleh faham dan baca fikiran orang. Faham ?". soal Alissa tegas.

"Faham Cik Alissa, sekali lagi saya minta maaf ".

Siapa yang tak sakit hati bila soalan yang kita perlukan jawapan tak dijawab atau dibalas. Lagi-lagi soalan itu sudah diajukan banyak kali.

Perhhhh, sakit mat !!

"Awak boleh pergi sambung kerja awak. Kalau boleh tolong siapkan harini ya ". Khalil mengangguk faham dan terus memusingkan badannya untuk keluar dari bilik pejabat Alissa. Keluar saja Khalil dari pejabatnya Alissa pantas membuka komputer dan laptop peribadi miliknya sendiri. Fail-fail di atas meja disemak satu persatu. Alissa mula menjalankan tugasnya yang juga sebenarnya tergendala.

HAHAHAHAHHAHA !

.

.

.

Sedang ralit Alissa membuat kerja, pintu diketuk dari luar. Alissa mengerutkan kening. Siapa pula. Takkan Sarah pula, mimpi apa datang ketuk pintu. Biasanya Sarah iaitu setiausahanya itu selalu berkomunikasi melalui interkom sahaja. Tidak pun diterjah saja pintu itu tanpa serba salah. Ini baik pula diketuknya.

"Masuk". arah Alissa. Wajah yang menghendap di balik pintu itu amat dikenali. Alissa mengukir senyum melihat wajah itu."

"Hye Cik Alissa buzy ke. Boleh saya masuk ?". soalnya kepada Alissa sambil mengherdipkan matanya beberapa kali. Comel.

ADRIANA ALISSA ( A Wounded Heart )Where stories live. Discover now