AA 20 💍✨

67 7 0
                                    

"Biyyyy....". rengek Alissa.

"Ye sayang". soal Farhan.

"BIyy, sayang nak pura-pura pengsan boleh tak ?".soal Alissa pasrah.

"Umi tu tak makan orang la sayang. Jangan risau okay". pujuk Farhan lembut sambil menggengam tangan Alissa.

"Dah jom masuk". Alissa menarik nafas dalam. Cuba untuk menenangkan dirinya sebelum masuk ke dalam rumah itu. Pintu kerea yang sudah dibuka Farhan itu Alissa pandang sambil sekali lagi dia melepaskan nafas panjang. Keluar saja dari perut kereta, wajah umi Farhan menghiasi matanya.

"Assalamualaikum Umi". sapa Farhan sambil mencium dan memeluk tubuh yang menunggu di depan pintu itu.

"Waalaikumussalam Angah". Alissa tersenyum melihat keakraban dua beranak itu. Alissa pelan pelan cuba untuk menyalami tangan itu namun tak disambut. Alissa mengangkat kepalanya memandang wajah Puan Sarah.

Belum sempat Alissa mengungkapkan kata , tubuh kecilnya hilang di dalam dakapan hangat Puan Sarah, Alissa yang terkejut dengan tindakan spontan itu cuba mengawal keadaan dan riak mukanya. Tangannya perlahan naik membalas pelukan tubuh tua itu.

Tak sempat salam dah kena peluk gaisekkk !!!

"Ni ke bakal menantu umi. Cantiknya dia". puji umi sambil mengasap lembut pipi Alissa

"Ehh hahaha tak adalah Aunty. Biasa je ni". balas Alissa merendah diri. Puan sarah menampar lembut lengan Alissa.

"Ehh, apa pulak panggil Aunty. Panggil Umi. Lupa la tu". Puan Sarah tersenyum memandang wajah kekok itu. Sama seperti dia mula-mula berjumpa keluarga bakal mertuanya dulu.

"Maaf umi". belum sempat Puan Sarah membalas ada satu suara berdehem disebelah mereka.

"Amboi umi, Anak dekat tepi ni dah tak nampak ke?". soal Farhan yang diabaikan sedari tadi.

"Ishh angah ni kacau line betul lah. Dah lah Alissa jum la masuk dalam , kita makan-makan apa semua dulu ye". jemput Puan Sarah sambil menarik tangan Alissa. Alissa memandang Farhan yang sudah mencebik itu. Alissa melepaskan tawa kecilnya.

"Umi , nak juga kena pimpim". ujar Farhan sambil menghulurkan tangannya kepada Puan Sarah. Dengan bakal bini pun nak cemburu yee. Btw sempat ke nak jadi bini.

"Sudah Alissa. Jangan dilayan Angah tu. Jom kita masuk". Alissa tertawa saja dengan tingkah dua beranak yang saling mengusk itu sedari tadi. Comel je.

Baru saja Alissa di rumah itu , dia sudah dapat membiasakan dirinya dengan keluarga Farhan. Tak sangka pula dia bahawa keluarga Farhan sangat terbuka dengannya. Puan Sarah dan Tuan Khalid sangat ramah orangnya. Begitu juga dengan kakak dan adik Farhan.

Cara layanan mereka buatkan Alissa rasa dihargai dan selesa. BAnyak cerita yang mereka kongsikan bersama. Dari ruangan makan hingga ke ruang tamu ada saja topik yang mereka bualkan.

"Alhamdulillah Umi, sedap sangat masakan umi. Banyak pula tu. Terima kasih umi". puji Alissa ikhlas.

"Untuk bakal menantu umi ni semua pun boleh. Alissa kalau teringin nak makan apa-apa cakap je dengan Umi". balas Puan Sarah. Tuan Khalid dan Farhan tersenyum melihat dua wanita kesayangan mereka itu.

Along yang baru datang sambil menatang dulang juada ringan untuk mereka meletakkan dulang itu di atas meja. Ruang kosong di sebela Alissa menjadi pilihannya untuk melabuhkan punggungnya.

"Jemput la makan. Kek ni along yang buat untuk tambahkan lagi lemak adik ipar along ni". seloroh Farhana. Yang lain tertawa mendengarnya.

"Farhan cakap Alissa pernah kerja dengan company family Aliisa sebelum ni. Betul ke?". soal Tuan Khalid.

ADRIANA ALISSA ( A Wounded Heart )Where stories live. Discover now