AA 32 ❤️‍🩹✨

88 7 0
                                    

Kepulan awan putih yang bersih cantik mula mengambil tempat masing-masing pada dada langit.

Ditambah pula dengan lautan biru dibawahnya yang turut dihiasi hijauan rembunan pohon di sekitar persisiran laut itu.

Cantik.

Deruan ombak yang menghempas pasir pantai,

Bertemankan deruan angin yang lembut menyentuh atmosfera alam,

Tak kurang juga cicipan sang burung yang senang berterbangan bebas di udara itu,

Cukup memberikan rasa tenang dan nyaman.

Tenang !

Sangat tenang untuk mereka yang ingin melepaskan lelah dan kepenatan.

Ya,

Itulah definisi sebenar sebuah pantai kepada mereka yang sudah menginjak dewasa,

Di situ bukanlah tempat bermain semata,

Tetapi tempat untuk memberikan ketenangan dan kedamaian.

Dan oleh itulah,

Dia memilih untuk melarikan diri kesitu kerana itu lah tempat kesukaannya dari kecil lagi.

Tempat untuk tenangkan fikiran dan membuang segala rasa sedih.

Dan Dia adalah Adriana Alissa.

Setitis demi setitis permata jernih itu turun membasahi pipi putih mulus Alissa.

Dia terlalu leka melayani perasaannya hingga tidak peduli akan manusia yang lalu lalang memandangnya.

Dia masih saja dengan dunianya.

Menangis,

Menangis,

Dan terus menangis.

Kecewa ?

Ya, dia kecewa.

Kecewa hingga mendapat luka yang dalam.

Dia semakin hanyut ke dalam dasar kekecewaan.

Tolong.

Tolong sesiapa keluarkan Dia dari dasar itu .

.

.

.

.

.

.

.

.

.

ADRIANA ALISSA ( A Wounded Heart )حيث تعيش القصص. اكتشف الآن