AA 27 💍✨

48 7 0
                                    

4 bulan kemudian...

Alissa mencium haruman bunga mawar itu. Boleh dikatakan hampir setiap hari Farhan kirimkan bunag untuknya setiap pagi di depan rumahnya. Bilik bacaannya juga penuh dengan jambangan bunga dari Farhan. Selama 4 bulan ini juga Farhan selalu memintanya untuk menelefon setiap malam. Atau budak-budak sekarang panggil sleep call.

CEWAH !

.

.

.

.

.

.

.

Tingg !

pintu lif terbuka luas. Ada beberapa staff syarikat di dalam lif itu menunduk ke arah Alissa. Alissa hanya tersenyum sebelum turut masuk ke dalam perut lif. Sengaja dia tidak mahu naik lif vvip yang disediakan. Takut sorang-sorang.

"Morning Cik Alissa". tegur Farah. Yang lain juga turut tersenyum , ada juga yang melambai.

"Morning too awak semua, ceria betul pagi-pagi ni". ramah Alissa. Maklumlah dia sudah kerap datang ke sini sampai sudah kenal semuanya. Mana tidaknya kalau dia selalu datang sini tiap kali lunch hour. Melainkan dia tau Farhan ada kerja yang tak dapat dielakkan.

"Cik Alissa dengan boss dah lama kan?". soal salah satu staff di dalam lif itu.

"Alhamdulillah, lagi beberapa minggu dah cukup satu tahun". jawab Alissa.

"Boleh dah nih nak kahwin dengan boss. Tak sabar nak makan nasi minya Cik Alissa". jawab mereka pula.

"Doakan yang baik-baik saja ya". pinta Alissa. Mereka mengangguk laju mendengar kata Alissa.

Alissa sempat berpamit dengan mereka apabila pintu lif terbuka. Sampai saja di depan pintu bilik Farhan dapat dia dengar suara lelaki dan perempuan di dalam bilik itu.

"Ahahhaha hubby please laaa jangan nak buat muka gedik macam tu dengan sayang". Alissa mengerutkan kening. Siapa wanita itu.

"Hahahaha comel apa. Biar baby muka mcam hubby nanti, bukan macam muka dia, HAHAHAH". Dan dia tahu itu suara Farhan.

Baru saja Alissa mahu mengetuk, pintu itu terlebih dahulu dibuka dari dalam.

"ehh Alissa". sapa Jessica ceria. Jackson yang setia memeluk pinggang Jessica hanya memandang Alissa kosong. Alissa menarik nafas lega memandang suami isteri itu. Jadi tadi itu suara mereka.

"Hi Jessie, you buat apa dekat sini?". soal Alissa.

"Tak ada apa pun. I just datang teman Jack ni ha. Dia ada urusan dengan Ann". Alissa mengangguk.

"Kau buat apa datang. Nak menggedik?". soal Jackson sinis. Alissa hanya mengabaikan soalan Jackson tadi. Matanya beralih kepada perut Jessica yang semakin sarat itu.

"Bila due date ni". Alissa perasan akan jelingan tajam Jackson saat dia mengusap perut itu. Namun tetap saja Alissa mengabaikannya. Jessica saja tidak ada menghalang dia dari memegang perut besarnya itu.

"Due date lagi 2 minggu. Tapi nampak macam tak sampai 2 minggu tahu-tahu dah meletup". Jessica ketawa kecil.

"HAhahah tak sabar nak jumpa anak buah Aunty ni".

"Okay la Alissa, I nak balik dulu. Jack pun ada kerja lain lagi". sempat dua tubuh itu berpelukan sambil melagakan pipisebelum berpisah. Alissa memandang langkah pasangan itu yang sudah berlalu meninggalkannya.

Pintu bilik Farhan kembali dibuka.

.

.

.

ADRIANA ALISSA ( A Wounded Heart )Where stories live. Discover now