AA 33 ❤️‍🩹✨

73 7 0
                                    

"Haihh tak penat ke dari tadi menangis?". soal satu suara asing sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Alissa.

Alissa hanya membatukan dirinya tidak peduli. Kehadiran makhluk asing itu tidak dihiraukannya. Dia kembali melayani perasaan sedihnya. Esakan kecil kembali berlagu dari seorang Adriana Alissa.

Menangis. Biasalah perempuan kan selagi hati tak puas selagi itulah dibazirkan air matanya entah kemana.

"Kau tahu tak buruk gila kau nangis. Dah macam empangan loji pecah je aku tengok". keluh makhluk asing tersebut bila Alissa terlihat seakan tak ingin memberhentikan limpangan air mata dari empangan loji mata buruk itu.

Eh kejap ! Buruk ke mata Dia ?

"Tak suruh awak datang bertenggek tepi ni macam burung hilang sarang pun kan !". Bentak Alissa.

Tak nampak ke orang tengah sedih lagi nak ganggu ketenteraman orang.

"Hello aku bertenggek macam mak dugong dekat tepi ni sebab dari tadi kau nangis. Takut la empangan loji air mata kau pecah semua terus tercemar air laut dekat Pantai Chenang ni". balas makhluk asing itu selamba.

Ahhh ! Kenapa mesti ada maskhluk asing tak guna macam dia ni eh. Alissa menjeling tajam makhluk asing tersebut. Belum sempat dia ingin melarikan diri dari makhluk asing itu, tas tangannya ditarik turun sembuatkan Alissa turut duduk semula.

Alissa memandang makhluk asing planet marikh itu geram. Makhluk asing itu meletakkan jarinya ke bibir supaya Alissa diam.

Ehh, ada yang kena cepuk ni kang haaa....

"Kau taknak share ke masalah kau dengan aku".

Anak matanya lembut menatap anak mata hazel Alissa. Cantik juga. Alissa hanya mengeluh lalu memalingkan mukanya dari menatap makhluk asing itu, atau lebih tepat lagi mata kelabu milik makhluk asing tadi yang tak lepas menikam anak matanya.

"Awak entah dari planet mana datang, kenapa tiba-tiba nak tanya tentang masalah saya ?". soal Alissa.

"Sebab aku tak kenal kau la, aku nak tahu apa masalah kau".

"Patut ke saya percaya awak wahai makhluk asing". Dia ketawa mendengar gelaran yang Alissa beri untuknya.

"Sebab aku makhluk asing la kau kena percayakan aku".

"Sebab?". soal Alissa tak faham akan maksud makhluk asing itu.

"Bayangkan kau cerita masalah kau dekat orang yang kau kenal. Kalau dia betul bersimpati tak apa. Bagaimana kalau tak?". Alissa melihat makhluk asing di sebelahnya. Kata-kata makhluk asing tadi masih cuba dicerna maksudnya.

"Hahahaaha you're so cute girl". makhluk asing tadi ketawa melihat Alissa yang masih terpinga-pinga tak faham.

"Girl look, even kau cerita masalah kau dengan kawan kau kan, tak kisah la rapat ke tak rapat. Macam mana kalau diorang happy tengok kau tersiksa. Tak semua yang kita kenal, yang baik dengan kita akan baik juga di belakang kita. Sebab kita tak tahu siapa yang tengah tikam belakang. Dari kau cerita dekat yang kau kenal tapi munafik baik kau cerita dekat aku. We're totally strangers girl. How can i betrayed you ?".

Haa ambil kau Alissa, panjang lebar dia karang ayat. Tak faham lagi tak tahu lah. Tapi, ada betulkan apa yang makhluk asing ni cakap. Kekadang yang kita terlalu percaya tu la yang akan tikam dan jatuhkan kita dalam diam.

Tak semua ! Tapi ada !

Apapun bersyukur kepada-Nya kerana dalam circle dia masih ikhlas semua.

Lautan biru di depan kembali dinikmati keindahannya. Seakan terlupa kehadiran alien di sebelahnya sekarang.

"Haa ahh , memang seronok cakap dengan kerang bawah tapak kasut kau pun. Baru tau ke?". Makhluk asing tadi mendengus perlahan.

Siapa tak sedih kena palau mat.

"Awak nak apa lagi ni, tak habis lagi ke nak tazkirah saya". tak faham bahasa agaknya.

Macam mana bahasa alien makhluk asing ni eh. Adudu dengan probe cakap melayu elok je, faham je. Haihh.

"kau tu, taknak share problem kau dengan aku ke ? Seronok sangat dah menangis ?".

Ya Allah......

"Yang awak sibuk nak tahu kenapa ?!! ".

"Sebab saya tak boleh tengok awak menangis macam ni. Hati saya sakit tahu tak".

Berkerut kening Alissa mendengar tiap apa yang mahkluk asing tadi katakan. Siapa dia ? Kenapa dia perlu rasa sakit bila tengok ak begini? Dia kenal aku pun tak kan.

Ralit Alissa menganalisis maksud akan rasa sakit yang makhluk asing tadi katakan terpana apabila dia tiba-tiba mengambil tempat di depan Alissa.

"Heyy, look at me My Dear Bunny Little Baby Girl. You can put your trust on me. You can share all what you want with me. I'm all ears. That's not a big deal princess, just please dont cry. I hate that. Daripada kau nangis tu tak elok Little Bunny. Lagipun kau tak kenal aku, dan aku tak kenal kau. Kita cuma strangers yang kebetulan terjumpa. Jadi aku rasa tak ada masalah untuk dengar masalah kau kan?".

Lembut dan tersusun elok bicara makhluk asing itu memujuk kerasnya hati seorang Adriana Alissa yang suka sungguh pendam masalah.

Alissa memandang makhluk asing yang masih tersenyum di depan dia sekarang. Mata kelabu itu lembut menikam mata hazel milik Alissa.

Ya, dia nampak keikhlasan dan kesungguhan dalam mata kelabu itu.

Alissa melepaskan keluhan panjang.

"Can i trust you?".

"Of course My Dear Little Bunny Baby Girl". senyuman kecil dihadiahkan kepada Alissa untuk meyakinkan yang dia boleh dipercayai.

Bukan boleh dipercayai, tapi telah diletakkan kepercayaan.

Alissa memandang mata kelabu itu......

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

ADRIANA ALISSA ( A Wounded Heart )Where stories live. Discover now