AA 6 🌕✨

67 9 1
                                    

Hari ini Alissa meminta leave kepada Alongnya kerana ada hal kerja di Saloon yang perlu dia selesaikan bersama Farisya. Maklumlah dia merupakan bussiness partner Sya dalam diam. Tak ramai yang tahu hanya Bestie things saja, begitu juga dengan QIla. Dalam diam Alissa juga melabur untuk modal barangan Saloon dan Butik kawan baiknya berdua itu.

"Sso, barang kedai aku semua kita dah restock dengan supplier. How about Qila's Boutique ? ". soal Sya.

"Kedai dia aku nak kena confirm lain kejap lagi apa yang perlu dan apa yang tidak. Cuma barang pelamin like decoration and kerusi pelamin semua ada yang aku nak minta pendapat dia untuk ubah dan tambah". terang Alissa. Sya mengangguk mendengar penjelasan pendek Alissa.

Ye la butik kahwin kan lagi banyak benda nak fikir , minat dan apa yang latest, apa yang customer minta. Susah-susah.

"Kau dah habis makan kan? Aku pergi bayar dulu ehh ".

"Ye dah, jom la . Lama dah kita dekat sini karang lambat plak sampai sana bising Cik Qila tu".

Sya terus bangkit dari kerusi dan menuju ke arah cashieruntuk membuat pembayaran. Alissa pula mengemas barang dan fail document mereka di atas meja. Ada yang tertinggal ni mampus kang.

Selesai saja mereka berdua melangkah keluar dari Restoran tersebut. Enjin kereta dipanaskan dahulu sebelum mereka melanjutkan perjalanan mereka ke butik Qila.

Hampir setengah jam memandu mereka berdua sampai di depan butik Qila. Keluar saja dari kereta Sya memanggil seseorang. Alissa menoleh kebelakang melihat gerangan siapa yang dipanggil Sya tadi.  Ehh ??!!

"Weyhh Shahira !!! ". laju saja Sya memeluk Shahira yang kebetulan lalu di kawasan situ. Shahira ketawa sambil membalas pelukan Sya tadi.

Alissa memberi senyum manis sebelum mendakap erat tubuh kawan lama mereka itu. FAdzliana Shahira adik kembar kepada Sham, FAdzli Sham.

"Kau sihat ?". soal Alissa

"Alhamdulillah sihat. TAk sangka ya berjumpa lagi kita. Korang buat apa dekat sini ? ".

"Ohh, ni haa butik Syaqila. Kitorang dua datang nak jumpa dia alih terjumpa kau dulu ".

"Kau buat apa dekat sini ?".

"Aku datang check up".

"Ehh kena....". belum sempat Alissa bertanya sapa satu suara menyampuk dari belakang Dia dengan Sya. Shahira tersenyum manis ke arah wanita di belakang rakan nya dua orang itu. Qila.

"Hye, Shahira right ? Kembar Sham ? ".

"Yeahhh, that's me".

"Ehh korang ni pun kenapa borak luar, kot ye pun nak lepas rindu masuk la dalam ni ha". tegur Qila kepada Alissa dan Sya. Hairan juga dia tadi dengan siapa mereka berbual di depan butiknya. Bertuah betul.

"EHh haa, jom la. HAhahaha kita sambung dalam ye Shahira". Qila mempelawa mereka bertiga masuk ke dalam butiknya.

"Haa, sambung apa yang kau nak cakap tadi. KAu sakit ke sampai nak kena check up ni ?". semua mata memandang ke arah Shahira. Shahira hanya tersenyum ke arah kami bertiga.

"Haa ahh aku sakit". ujar Shahira.

Terkejut mereka bertiga dengar. Allahu. Alissa menarik tangan Shahira digenggamnya erat.

"Kenapa ni ? kau sakit apa cuba bagitahu kitorang mana tahu kitorang boleh tolong kan". ujar Alissa.

"Aku sakit sebab kena terkam".

"Hah !!!! ". jerit mereka bertiga serentak. Terkam? Alissa memandang Shahira meminta penjelasan. Sumpah dia Blur sekarang ni.

"Hahahaha koranggggggg !! Aku datang check up pregnancy aku laa". lucu dia melihat wajah kawan-kawan zaman perekolahannya dulu itu atau lebih tepat sahabat kepada abang kembarnya.

ADRIANA ALISSA ( A Wounded Heart )Where stories live. Discover now