AA 14 🌕✨

53 7 0
                                    

Alissa, Qila dan Sya bekerja keras dan terkadangnya mereka bekerja lebih masa , memandang baki yang mereka ada untuk siapkan persiapan majlis AkmalKairy itu hanya berbaki lagi satu minggu. Nasib banyak tangan yang sudi membantu mereka hatta tuan punya majlis sekalipun turut membantu.

Sepanjang tempoh itu juga Alissa tidak berhenti memerahkan tenaganya untuk persiapan semua itu. Bukan dia tidak letih, namun fikirannya lebih penat jika nak dibandingkan dengan tubuhnya.

Mengapa kita perlu disakiti berkali hanya kerana sebab yang sama. Dia sengaja sibukkan diri agar tidak terlalu mencari Farhan. Kecewa ? Ya dia kecewa.

Baru saja minggu lalu Farhan minta maaf atas salahnya, dan kini Farhan kembali menghilang. Tiada khabar, tiada chat dan tiada panggilan. Alissa cuba menghubungi namun tidak diangkat, mesej juga tidak dibalas, bluetick juga tidak.

Kadang-kadang malam Alissa dipenuhi dengan tangisan. Tangis kerana peritnya sebuah penantian. Saban hari dia menunggu kehadiran Farhan, namun tetap saja tiada khabar dari lelaki itu.

Mengapa ? Mengapa harus kau melukai hati ini berkali-kali tanpa alasan yang kukuh.

"ISSA !! ".

Alissa yang ralit mengelamun itu terkejut saat ada yang memanggil namanya. Dia menoleh ke arah suara itu. Kelihatan Akmal dan Kairy sedang merenungnya dengan pandangan yang tak dapat dia tafsirkan.

"Are you okay Issa". soal Akmal.

"Im okay, no worries". jawab Alissa. Alissa meminta diri untuk menyambung tugasnya. Akmal mengikuti Alissa dengan lirikan matanya.

"I Hate you ". Marah Kairy setelah Alissa berlalu jauh dari mereka, dada bidang Akmal ditumbuk kuat dengan tangan kecilnya. Terus Kairy keluar dari dewan itu meninggalkan Akmal disitu. Akmal memandang Alissa dari jauh. Wajah sedih Alissa itu ditatapnya serba salah.

'Im Sorry Girl' . bisik hati Akmal sebelum dia turut keluar dari dewan itu.

.

.

.

.

.

.

.

"Assalamualaikum".

"Waalaikumussalam". jawab semua yang ada di ruang tamu itu. kelihatan mama, Arisya dan Adwa sedang menonton drama di kaca tv.

"Lewat balik harini Issa". soal Arisya.

"Haa ahh, sebab ingat nak habiskan sehari sebelum majlis kalau boleh. Tu yang semua pulun habis tu". terang Alissa. Arisya dan mama mengangguk faham. Dia mencium tangan mama nya ssebelum pamit untuk naik bersihkan diri. Sempat juga mama pesan untuk terus rehat, tak perlu kebawah lagi.

Usai saja bersihkan diri semuanya, Alissa mengambil telefon pintarnya yang sedang dicas. Mesej yang dihantar sejak seminggu yang lalu masih belum dibaca oleh Farhan.

Nombor Farhan di dail 5 kali , namun masih sama. Tidak dijawab. Alissa sempat menitip pesan selamat malam seperti biasa nya kepada Farhan walau mesej itu tidak dibaca hampir seminggu lamanya.

"Kenapa awak seksa hati saya macam ni Farhan". tangisannya mula pecah. Wajahnya mula dibasahi air mata bernilai itu.

Sakit ! Ya itu yang dia rasakan. Sakit hatinya diperlakukan begitu. Hampir setiap malam dia gila menunggu balasan dari cinta hatinya itu namun hampa. Hampir seminggu juga dia gila menangisi kehilangan lelaki itu.

Dia tidak mengawal hatinya, dia tidak mengawal fikirannya, dia tidak dapat mengawal overthinkingnya. Dia nengis,nangis dan terus menangis melepaskan rasa rindu bercampur rasa kecewa.

ADRIANA ALISSA ( A Wounded Heart )Where stories live. Discover now