AA 30 💍✨

90 7 0
                                    

"Assalamualaikum Ummi". Farhan tunduk menyalami tangan Puan Sarah. Wajah Alissa disebelah langsung tak dipandang.

"kenapa tegur ummi je. Alissa kan ada sebelah ni tegur la sekali. Kenapa Ann ni ". Puan sarah menarik tangan Alissa digenggam kuat. Tahu bahawa gadis itu pasti berlecil hati dengan perangai anaknya.

"Nanti lah, bukannya pent...".

"Farhan Hakim. Ummi dengan Abi tak pernah ajar kamu jadi biadap dengan tetamu macam ni". tegur Tuan Khalid tegas dari dalam rumah. Dia merenung wajah anaknya tajam.

"Masuk dalam. Banyak benda abi nak tanya kamu. Lagi-lagi tentang syarikat antara kamu dengan menantu perempuan kesayangan Ummi dengan Abi". Tuan Khalid terus masuk ke dalam rumah sambil menarik tangan Puan Sarah. Puan Sarah menggamit Alissa agar mengikuti langkah meninggalkan Farhan.

Farhan menghela nafasnya berat. Lihat saja dari raut muka abinya , pasti hal ini akan jadi lebih besar. Farhan menoleh ke arah lelaki bertubuh tegap yang berdiri di tepi kereta itu. Farhan melangkah semula ke arah keretanya lalu pintu di bahagian penumpang belakang dibuka.

"Are you ready to fight". soal Farhan kepada seseorang yang berada di dalam kereta itu.

"Im ready". jawabnya yakin.

Farhan membantu seseorang itu keluar dari perut kereta lalu masuk ke dalam rumah.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

"Wazz". sapa Adwa saat melihat sahabatnya Fawwaz yang sedang duduk di cafe itu.

"Kau jom ikut aku". laju saja Fawwaz bangun, Adwa yang baru saja melabuhkan punggungnya di atas kerusi memandang Fawwaz.

"Aku baru duduk tak sampai seminit kau tahu tak". marah Adwa tak puas hati.

"Sekarang tu bukan isu dia. Sekarang ni kita kena balik rumah ummi aku sebab kakak kau ada sana".

"Biarlah dia jumpa buat kali terakhir, abang kau kan buat hal". sinis Adwa.

"itu bukan maksud aku, Sekarang ni, kita kena ada dekat side kak Issa. Sebab semalam aku dengar yang abang Ann nak bawak tetamu istimewa dia datang rumah". terang Fawwaz.

"Siapa tetamu istimewa tu ?". soal Adwa.

"Aku tak tahu, yang pasti istimewa yang dia maksudkan tu bukan kak Issa".

"Waitt waitt.. jangan cakap scandal dia ? Penyondol ke ? Perempuan yang cuba rosakkan relay diorang dua ke ?". soal Adwa bertubi-tubi.

"Kau ni lambat lah, cepatlah kita kena backup Kak Issa". Fawwaz terus menarik tangan Adwa yang masih memikirkan siapa disebalik maksud istimewa itu.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

"Astaghfirullahhalazim ! Apa yang kamu berdua dah buat selama ni ! ". tengking Tuan Khalid.

Puan Sarah pula sudah menangis saat Farhan memberitahu perkara sebenar kepada mereka. Alissa pula masih kaku ditempat duduknya. Tidak tahu mahu memberi reaksi. Dia juga terkejut dengan apa yang Keluar dari mulut Farhan.

ADRIANA ALISSA ( A Wounded Heart )Where stories live. Discover now