AA 40 ❤️‍🩹✨

Start from the beginning
                                    

"Tahniah SyaZim !!! now let.s vote for QiSha pula !! ".

"Dalam mimpi la kau ! ". marah Qila mendengarkan apa yang Sham kata itu.

"kau tak terima ke ?". soal Sham sedih.

"Sangat tak diterima". jawa Qila.

"Orang tua-tua cakap kalau gaduh macam ni nanti akan berjodoh". sampuk Alissa.

Syaa dan Hazim di atas pelamin hanya ketawa melihat adegan di hadapan mereka. Tak sudah-sudah bergaduhnya.

"Meh la naik pelamin ni, kami bagi seri sikit". usik Syaa pula.

"Dah la aku nak pergi makan lagi bagus". terus Qila menghilangkan dirinya ke ruang makan. Sham yang memandang tak puas hati ke arah mempelai itu turut memberi jelingan tajam sebelum dia pun hilang sama.

"hahahahha ego betul".

"Tulah. Ehh kau pergi la makan dulu. Aku nak teman Hazim jumpa klien kerja dia".

"ye lahh, see you again New Bride". Alissa mengenyitkan matanya.

Alissa menghadiahkan senyum kecil ke arah rakan lama mereka dulu yang menyapanya. Matanya memandang ke arah satu keluarga kecil yang sedang menjamu selera di dalam dewan itu. Alissa membawa langkahnya ke arah keluarga itu. Sudah segak dan manis.

"Hye Alissa". sapa Jessica saat Alissa sudah hampir ke arah mereka.

"hye Jessie. Hye babyboy aunty". Alissa mencuit geram pipi tembam si kecil dalam dukungan Jessica itu.

"Hye aunty tantekkkk". Jessica mengambil tangan Farish lalu dilambaikan ke arah Alissa. Alissa hanya ketawa melihat. comel !

"U dah makan ke Issa?". soal farhan.

"meh la duduk sekali". ajak Jessica pula.

"Ehh, tak apa laaa, Ni umi dengan Abi tak datang ke?'. soal Alissa, kerana sedari tadi dia hanya melihat Fawwaz sahaja. Kelibat Tuan Khalid dan Puan Sarah langsung tidak nampak.

"Ohh, diorang datang lambat sikit. Sebab Abi ada kerja last minit pagi ni". terang Farhan.

"Issa datang sorang je ke ?". soal Jessica. Alissa senyum kekok, belum sempat dia ingin menjawab, satu suara memotong percakapannya dari belakang.

"Dia datang dengan aku". Alissa menoleh melihat gerangan pemilik suara itu.

Matanya membulat saat terpandangkan wajah itu. Alissa menoleh ke arah Jessica dan Farhan semula.

"wahhh, tak lama lagi kita makan nasi minyak lagi la sayang". usik Farhan.

"Tulahh, habislah lepasnih aunty kesayangan baby boy ni dah dapat uncle". tambah Jessica pula. Mereka berdua ketawa melihat wajah merah Alissa.

"Emm tak ada lah korang ni ".

"Auwww, Farish look, aunty blushing laaa hahaha". usik Jessica lagi. Alissa sudah pasrah. Jatungnya pula bukan main laju lagi.

"bro ! ". Farhan bangun menyalam tangan dengan lelaki itu.

"korang makan la dulu. Aku nak pinjam Little Bunny aku kejap".

"Perhhhhhhhhh hahahah, ambil ambil. Bawa dia makan sekali belum makan lagi budak ni". ucap Farhan dalam tawa.

"Jom My Little Bunny". bisik Makhluk asing itu di tepi telinga Alissa. Alissa meminta diri sebelum pergi.

Dia hanya mengikuti langkah lelaki bermata kelabu itu.

Rindu.

Hati dia rindukan lelaki itu.

Akhirnya dapat juga mereka berjumpa semula.

Kalini dia akan pastikan yang dia akan dapat tahu nama lelaki itu.

Mereka duduk di meja hujung dewan.

"Miss me ? ". soal lelaki bermata kelabu itu.

"Tak ". tipu Alissa.

"you're not a good liar Pretty". balasnya lagi.

"Macam mana awak boleh ada dekat sini, dan macam mana awak tahu saya ada dekat sini'". soal ALissa.

"Semua tentang kau, aku tahu". jawabnya ringkas. Alissa hanya diam menatap mata kelabu itu.

"Awak sihat ?"soal Alissa.

"As you can see, how about you. Tanpa adanya aku dekat sisi kau, kau okay ?". soal makhluk asing itu.

"Elehhh, tanya macam diri tu oksigen". jeling Alissa. Menyampah pula rsanya.

"hahahah cute".

"Tapikan awak ni tahu tak yang say......".

"Woi dating ! ". Alissa menoleh melihat siapa yang memotong percakapannya lagi.

Matanya membulat melihat empat manusia yang memandangnya penuh curiga. Alissa hanya tersenyum tipis manakala lelaki makhluk asing itu sudah melepaskan ketawanya melihat Alissa.

"Wahh grey eyes ! Ni ke makhluk asing tu?". soal Qila . Alissa sudah menekup mukanya malu. Kantoi !

"Dia bercerita tentang aku dekat korang ke ?". soal makhluk asing itu sambil matanya tetap fokus pada Alissa.

"Yesh ! " jawab Qila dan Syaa serentak. Hazim dan Sham senyum sini. Habis lah Alissa .

"Really Little Bunny ?".

"Wahhh bunny ekkkk wowww manjahhhh nya". usik Hazim pula.

"Korang couple ke ?" soal Sham pula cuba memancing lelaki itu. Alissa sudah merah mukanya menahan malu.

"We're just friends". jawab makhluk asing itu. Qila dan Syaa yang teruja tadi terdiam saat mendengar jawapan lelaki bermata kelabu itu.

Mereka memandang Alissa.

"Aku nak keluar kejap,ada benda aku nak sembang dengan Dia". pinta Alissa.

"Okay, hati-hati. apa-apa call kitorang".

Alissa menarik tangan makhluk asing itu. Sham, Qila, hazim dan Syaa hanya memandang langkah Alissa dan lelaki itu keluar dari dewan.

"Aku ada salah tanya soalan ke ?". soal Sham.

"Tak ". jawab hazim.

"at least Alissa tak letak harapan lepas dengar jawapan tu". jawab Qila pula.

"Mereka kan nak bincang something, aku yakin Issa akan story dekat kita nanti". jawab Syaa pula.

ADRIANA ALISSA ( A Wounded Heart )Where stories live. Discover now