AA 39 ❤️‍🩹✨

Start from the beginning
                                    

"Ehh, sudah lah. Jom sambung cari barang. Banyak benda nak kena buat lagi tau lepasni". Qila menarik lengan Alissa.

Sham hanya mengikuti dari belakang.

.

.

.

.

.

.

.

.

Petang itu, Alissa dengan Qila menemani Syaa di rumah ibunya untuk menyiapkan gubahan hantaran dan juga pelamin untuk Syaa. Maklum member sendiri wedding planner kan. Sham pula selepas menghantar Alissa dan Qila ke rumah Syaa dia terus saja menuju ke rumah Hazim untuk membantu lelaki itu apa yang patut.

"Haa, kamu semua siapkan la dulu. Ibu nak pergi dapur kejap masak cucur sikit untuk kamu semua". pinta Puan Sri Syamira. Kami hanya mengangguk senyum ke arahnya.

"Ehh, Issa. nantikan wedding aku, kau jemput laa mamat makhluk asing kau tu datang sekali".

"Ha ah, aku pun teringin la jugak nak tengok mata kelabu dia tu". sambung Qila pula bersetuju dengan Syaa.

Mereka memandang Alissa yang masih sibuk menggubah kotak hantaran tanpa mempedulikan mereka. Syaa mengambil satu plastik coklat cadbury itu dibaling ke arah Alissa.

"kau ni kitorang tanya ".

"Haihh, kau nak aku jemput macam mana ?". soal Alissa.

"Kau tak ada contact dia ke ?". soal Qila kembali.

"Nama dia pun aku tak tahu". jawab Alissa ringkas.

"What !! ". jerit Qila dengan Syaa.

"Are you kidding me babe ?". Qila turun dari pelamin itu, kain yang hendak dipasang diberikan kepada anak buahnya yang lain, dia melangkah ke arah Alissa dengan Syaa yang duduk di lantai bawah.

"Yee, betulla. Nama dia aku tak tahu, no ke akaun media dia pun aku tak tahu". Alissa melepaskan keluhan kecil. Rasa rindu pulak dengan makhluk asing itu.

"Kenapa kau tak cerita pun part ni ?". soal Syaa. Kotak hantaran juga sudah dilempar ketepi. Jaraknya dengan Alissa dan Qila didekatkan.

"Dia memang tak bagitahu. Bila aku tanya dia suruh aku kenal dia sebagai Makhluk Asing sebab tu nama yang aku bagi dekat dia masa first aku jumpa dia, Even gambar pun dia tak bagi snap".

Qila dan Syaa mengangguk mendengar cerita Alissa.

"Dia ada cakap, jangan rindu dia, jangan cari dia. Aku pun tak tahu. Tapi sumpah cakap aku selesa dengan dia. And ... ". Alissa tunduk dan tidak menyambung lagi kata-katanya.

Qila dan Syaa mengenggam erat tangan Alissa.

"Kau rindu dia?". soal Qila sambil menatap mata Alissa yang sudah berair.

Alissa mengangguk mengiyakan.

"Kami harap kau mampu ikhlaskan dia. Tak perlu untuk lupakan dia, tapi cukup untuk kau ikhlaskan kenangan kau dengan dia". pujuk QIla.

"Mungkin dia dihantar hanya untuk ubati hati kau. Tapi kalau betul sekalipun dia jodoh kau, Dia akan jumpa kau jugak nanti. Tapi kalau tak ada, cukup kau jadikan dia sebahagian daripada kenangan terindah dalam hidup kau tanpa perlu kau mengharapkan apa-apa dari dia". sambung Syaa pula.

"Thankyou korang". Alissa memeluk Syaa dan Qila.

Mereka berpelukan seketika untuk menenangkan sekeping hati Adriana Alissa. Tak ingin lagi melihat hati itu terluka.

ADRIANA ALISSA ( A Wounded Heart )Where stories live. Discover now