Jessica yang mendengar itu sudah panas hati. Kehadirannya langsung tidak mampu memujuk mereka untuk menerimanya sebagai keluarga. apatah lagi kehadiran anaknya juga tak mampu melembutkan hati mertua dan iparnya. Apa istimewanya perempuan itu. Jessica pantas mengangkat punggungnya dan keluar dari rumah itu. Sakit hatinya.

"Umi, abi, Fawwaz, Ann ni keluarga juga kenapa layan Ann macam ni, Itu kat luar tu anak dan bini Ann". pinta Farhan meminta simpati mereka.

"Kau pun pergilah balik rumah kau. Dah anak bini kan. ". tegas Tuan Khalid.

"kau balik la dulu. keadaan masih panas. Nanti semua dah reda kau datang la pujuk diorang. Aku yakin anak kau mampu lembutkan hati diorang". pujuk Sham yang dia dari tadi.

"Aku cakap bukan sebab kesian kan kau. Tapi sebab parents kau dan Alissa. Aku kecewa dengan kau Ann". jawab Sham dingin bila Farhan ingin berjabat tangan dengannya. Farhan menunduk. Benar kata Akmal, yang dia bukan sakitkan satu hati. Tapi banyak hati. Farhan memandang Alissa bersama umi dan abinya.

"Umi, Alissa minta maaf sebab umi terpaksa tengok amarah Alissa tadi. Alissa minta maaf sebab Alissa tengking anak Umi, Alissa minta maaf sebab Alissa tampar muka anak umi. maafkan Alissa ya umi". Alissa memeluk tubuh Puan Sarah erat, air mata nya dari tadi langsung tidak mahu berhenti mengalir.

"Umi sayang Alissa. Alissa tetap anak umi, ingat tu ya nak". Puan sarah membalas dakapan Alissa. Jujur dia sudah mula sayangkan gadis itu sangat.

"Abi, Alissa minta maaf sebab Alissa dah tampar anak Abi, Alissa minta maaf sebab Alissa tak jaga adab Alissa depan abi dengan umi. Alissa minta maaf untuk semuanya ya abi". pinta Alissa.

"Abi sayang Alissa. Alissa anak abi. jangan tinggal dan lupakan Abi dan Umi ya nak". melihat Air mata Tuan Khalid itu buatkan Alissa semakin berat hendak meninggalkan pasangan itu.

Betapa sayangnya mereka terhadap dirinya. Ya Allah, kenapa seberat ini ujian yang engkau berikan kepada ku Ya Allah.

"Kami semua minta diri dulu ya". pamit Sham sebelum mereka berempat keluar meninggalkan rumah itu.

"Beria menangis, betting je pun. Nothing more dear. Jangan cepat catch feeling dengan suami orang laa". kata Jessica saat Alissa da yang lain melintasi dia.

"Eh betina kau tutup mulut busuk kau tu boleh tak hah! ". marah Qila.

Ini kalau ada Syaa mesti lagi function. Pantang tak pantang. Bisik Qila.

"Ehh kau tu yang mur..".

"Mrs H. Awak isteri baik, gadis yang baik, mummy yang baik. Please sayang. Jangan biarkan ego dan marah kuasai diri awak". pujuk farhan menenangkan isterinya.

"Aku minta maaf Alissa. Aku tak ada niat". ucap Farhan.

"Tak ada niat sampai satu tahun kau tipu aku". balas Alissa lalu terus dia memboloskan diri ke dalam perut kereta Sham.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

"Assalamualaikum Puteri Papa". Alissa yang masih termenung itu memandang ke arah papanya.

"Waalaikumussalam Papa, kenapa papa tak tidur lagi". soal Alissa.

"Seminggu". Alissa memandang wajah papanya.

"Apa yang seminggu". soal Alissa lagi.

"Dah seminggu Issa terperuk dalam rumah, Issa tak keluar. Kawan-kawan Issa ja selalu datang sini, tapi Issa tak keluar pun jumpa mereka semua". Tengku Zamarul memandang wajah anaknya.

"Selama seminggu ni juga kami yang jaga waktu makan Issa, waktu tidur Issa. Kalau tak semua tak teratur. Along dengan Kak Sarah pun dah pindah sini sebab mama jaga kak Sarah dalam pantang. Issa kan suka baby, tapi kami tak nampak Issa main dengan baby macam selalu. Issa dulu periang tapi sekarang pendiam".

"Mungkin salah papa sebab tak alert dengan tindakan dia sebelum papa lepaskan hati anak papa dekat dia. Mungkin silap papa sebab tak dengar kata mama tentang mimpi mama dulu. Mungkin silap papa sebab papa lambat ambil tindakan lepas Angah dengan Adwa cerita dekat papa apa yang diorang nampak. Papa juga seperti Achik dengan Along yang tertipu dengan kepalsuan dia dengan layanan dia terhadap kami".

"Papa". Alissa menggenggam erat tangan papanya. Tidak mahu mereka semua menyalahkan diri sendiri hanya kerana dia. Salah dia juga kerana tidak dengar nasihat mama dan angahnya sebelum ni.

"No sayang. Papa tahu puteri papa tak kuat. Papa tahu puteri papa sakit. Papa tahu luka puteri papa belum sembuh". Tengku Zamarul menyeka air mata di wajah anaknya.

Wajah itulah yang selalu tersenyum manja dan ceria di depan mereka semua. wajah itulah yang tak pernah lekang dengan senyuman untuk mereka. Tapi kini wajah itu murung sayu dan sedih kerana dikhianati.

"Pergilah sayang".

"Pergi mana papa".

"Pergilah rawat hati kamu. Papa ada belikan tiket flight ke tempat kegemaran Issa. Pergilah tenangkan hati dekat sana. In Shaa Allah kebahagiaan kamu ada disana sayang". dahi Alissa dia cium penuh kasih.

"Thankyou papa, Issa bersyukur sangat sebab semua ada dengan Issa. Mama dengan Achik selalu pujuk Issa, kak Sarah selalu minta Alissa duduk dan jagakan anak dia supaya Issa tak alone and terlalu fikirkan apa yang tak patut Issa fikir, Along angah dengan Adwa yang selalu manjakan issa. Terima kasih sebab ada dengan Issa".

"kamu anak papa dengan mama. Kamu adik dan kakak dalam rumah ni. Kami semua sayangkan Issa. nanti naik atas pergilah kemas barang. Flight Issa pagi esok".

"Ingat. Kami semua ada untuk Issa. Puteri papa dan mama Kuatkan sayang".

"Kuat! Tengku Alissa Adriana kuat ! ". dua beranak itu berpelukan penuh kasih.

Puan Anissa yang memandang dari balkoni biliknya turut mengalirkan air mata syukur melihat senyuman anak perempuannya yang satu itu. Tak sangka juga dia, Alissa Anak yang ditatang bagai minyak yang penuh oleh dia dan suaminya, dimanja penuh kasih oleh semua adik beradiknya yang lain, anak yang sentiasa ceria akhirnya sakit terduduk hanya kerana dikhianti dan diperbodohkan oleh seorang lelaki.

mereka marah, namun tiada guna. Kerana marah itu tak mampu untuk menyelamatkan lagi sekeping hati yang sudah terluka itu. Yang mereka mampu sekarang hanya lah merawat lukanya hingga sembuh.

"Mama buat apa". soal anak keduanya Adzan. Puan Anissa menjuihkan bibirnya ke arah Alissa yang sedang bergurau dengan Tengku Zamarul.

"Mama dan Papa takut, tapi kami percayakan dia Ad". ucap Puan Anissa.

"In Shaa Allah. Kita doa yang baik-baik ya".

Semoga Hati Seorang Adriana Alissa kembali terubati satu hari yang pasti.

.

.

.

.

.

.

.

YEAYYYYY !!

BERAKHIRLAH SUDAH !!!

KISAH KITA !!!!

HAHAHAHAHAHAH !!!!

DAH HABIS !!!

KORANG NAK IKUT ALISSA HEALING KE ???

SEBAB HEALING ALISSA BUKAN SORANG-SORANG TAU !! 😜😜😜😜

ADRIANA ALISSA ( A Wounded Heart )Where stories live. Discover now