.

.

.

.

.

"Mana yang lain ma?". soal Alissa kepada Puan Anissa yang sibuk dengan tanaman bunganya itu.

"Papa ada dekat atas tengah mandi solat, baru balik kerja kan. Angah dengan Along dekat dapur rasanya, Kak Sarah kamu mengidam lobster butter milk. Adwa dengan Achik pula ada dalam bilik bacaan tu ha". terang Puan Anissa satu per satu. Amik kau !

Alissa melirik taman bunga mini mamanya. Cantik dan terjaga. Alissa juga sukakan bunga tapi tidaklah dia nak buat taman mini begini. BUnga yang diberi Farhan di dalam bilik itu pun mama dan Arisya lah yang tolong jagakan.

"Ha kamu keluar ni jangan balik lambat. Ingatkan malam ni ada dinner family kita". pesan Puan Anissa.

"Ye ma, Issa ingat. Lagipun kami pergi tengok sunset je". Puan Anissa menggelengkan kepala melihat anak daranya yang segak dengan gaun putih itu.

"Issa ooi, pakai la warna lain pula. Putih sajalah baju yang dia ada". bebel Puan Anissa.

"Hahahah putih la cantik mama". ujar Alissa sambil menayangkan dress putih di tubuhnya itu.

PIN !! PIN !!

Puan Anisa dan Alissa menoleh ke arah kereta di luar pagar rumah mereka itu.

"Tu dah sampai ke tu ?".

"Haa ah, Issa pergi dulu tau mama". kekura tangan Puan Anissa dicium.

"Yelah hati-hati. Jangan balik lewat pula".

"Okay mama".

.

.

.

.

.

.

.

"Sayang, do you want something?". soal Farhan.

"Nak buah dengan serbuk asam tu". jawab Alissa.

"tunggu sini". pesan Farhan sebelum dia menuju ke gerai kecil yang menjual buah di sekitar persisiran pantai itu.

Alissa tak sabar nak ada momen macam ni. Lihat sunset dengan someone special dekat ssebelah. Alissa memandang sekeliling. Ramai manusia yang datang memenuhi pantai itu. Ada yang berpasangan , ada yang berkeluarga, ada juga yang sendirian.

Sedang Alissa menikmati pemandangan itu, matanya menangkap satu figura yang sedang berjalan merapatinya.

Bala sudah datangggg....

"Hey girl". sapanya. Alissa hanya tersenyum nipis kepada wanita itu.

"You girl yang dengan Farhan dekat taman tu kan. You still ingat I?". soalnya lagi.

"Yess Ms Jessica, may i help you?". soal Alissa tanpa memandang wajah Jessica.

"Sorry. Not Ms but Mrs. Im married". jawab Jessica sambil menunjukkan cicin di jari manisnya sambil tangannya mengusap perut besarnya.

"Ahhh i see. Okay". Alissa yang mula menyampah itu berasa lega saat Farhan sudah berada di depannya saat ini. Alissa menyambut huluran buah dan makanan ringan yang dibeli Farhan. Patut lama, banyak betul buah.

"you buat apa dekat sini Jessica". soal Farhan melihat Jessica yang duduk disebelah Alissa. Farhan memandang Alissa, dari raut wajah itu dia tahu Alissa tidak selesa.

"Cari suami I la". jawab Jessica.

"mana suami kau?". soal Alissa kasar.

"Farhan la".

Jawapan Jessica itu menaikkan darah Alissa. Apa sudah gila, tak sayang nyawa ke perempuan tu. Alissa baru saja ingin membidas itu ditahan Farhan. Alissa memandang Farhan. Farhan hanya menggeleng sebelum matanya menunjukkan perut buncit Jessica.

Alissa merengus kasar. Spoil !

"Jessica please". Farhan menoleh ke arah Jessica.

"hahaha, okay-okay Im kidding. Sorry Alissa. You jangan risau sebab i tak pernah rampas milik orang, melainkan orang yang rampas hak i, buat macam hak dia". jawab Jessica tenang sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam.

"Sayang jangan macam ni". pujuk Farhan. Alissa menyambut huluran tangan itu malas.

"Ohh Farhan, you ingat lagi tak dulu........

Alissa hanya mendengar saja farhan dan Jessica yang seronok mengimbas kembali kenangan zaman Uni dulu. Sambil-sambil itu percakapan mereka diselang dengan tawa. Dia cemburu melihat keakraban itu.

Air mata yang mahu menitis di tahan. Depan mata kut. Siapa saja tidak cemburu.

Hampir setengah jam dia menunggu namun keduanya ralit berbual tiada kata noktah.

"Farhan saya nak balik". celah Alissa. Dia terus bangun dan pergi dari situ. Geram rasanya. Perut dan buncit, dah ada suami tapi nak juga gatal dengan boyf orang.

Farhan dan Jessica terpinga-pinga memandang Alissa yang sudah meninggalkan mereka.

Farhan memandang Jessica lama, berat hatinya ingin meninggalkan ibu mengandung itu sendirian disitu. No seseorang di dail meninggalkan pesan sebelum dia juga berlalu pergi setelah disuruh Jessica.

"Kenapa sayang ni?". soal Farhan selepas memasuki perut kereta.

"it supposed to be our moment together, You and me. Not you and her". marah Alissa.

"Im sorry sayang". Alissa hanya membiarkan saja kata maaf farhan. Dia penat.

Dia penat. Dia mahu menangis.

Dia terasa hati, Dia mahu pulang.

Dia mahu rehat dan lupakan semua.

hancur lagi kenangan yang ingin dia ciptakan bersama seorang Farhan Hakim.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

"Assalamualaikum".

"Haa dah balik dah kau. Bagus la tu meh sini tolong aku". J memanggil MR H yang baru saja masuk ke dalam rumah.

"Alaaa kena tolong ke aku baru je sampai". MR H membuat muka kesian.

"habis kau rasa kami sampai lama ke?". J menayangkan penumbuknya. Dah la tadi dia kena keluar pickup orang lepastu balik kena buat kerja lagi. MRS H yang melihat hanya ketawa kecil.

"yelaaa yelaaa". jawab MR H pasrah.

BOOMM !!! MR H dan MRS H yang sedang meniup belon itu memerhati lelaki di depan mereka.

"Tiup betul-betul la J. jangan la bazirkan belon aku". marah MRS H.

"Yela fine mak buyung, Fine ! ". MR H ketawa melihat dua beradik itu.

"Sayang im excited ! ". ujar MR H sambil memeluk pinggang isterinya.

"Me too abang". satu ciuman dihadiahkan buat sang suami.

"By the way abang rasa gender baby apa?".

"tengok warna baju abang esok".

"Okay abang".

"Haa akuu eeiii. Ini yang malas ni. kang aku letupkan belon ni dekat muka sorang-sorang". marah J yang terpaksa melihat drama tak berbayar di depan matanya itu.

"Single diam". MR H dan MRS H ketawa melihat wajah cemberut lelaki itu.

ADRIANA ALISSA ( A Wounded Heart )Where stories live. Discover now