Bab 64

383 37 5
                                    

"Weh rokok semalam dah habis?" aku laju menyoal Suhaina sewaktu slot awal pagi ni. Lepas solat subuh, kami ada tazkirah subuh dan sarapan pagi sebelum mulakan slot aktiviti dalam kumpulan pagi ni. Start daripada fasi agihkan kertas mahjong, aku dapat rasa slot pagi membosankan. Mesti ada kena present dekat depan. Aku ni pun dah lah barai. Semalam lepas Haiza check doktor, kena tunggu pula untuk dapat allergy injection dia. Dekat pukul 2 pagi juga lah kitorang balik. Pukul 5 pula dah kena bangun berebut toilet.

"Asal? Kau nak lagi ke? Best eh? Aku ada lagi sebatang dua." Suhaina seakan teruja.

"Bukan bongok. Aku rasa tak sedap hati ni. Baik kau buang atau sorok mana-mana." kata aku pula.

Lepas cikgu Syafiza mention nak spotcheck semalam, aku macam tak sedap hati sikit. Boleh jadi dia tak main-main. Lagipun rokok kot. Bukan je salah dari segi peraturan sekolah, undang-undang negara pun dikira salah juga. So, baik kita prevent awal-awal.

"Kenapa?" dia masih menyoal.

"Buang je. Risau kantoi. Kau simpan mana?" soalku dengan tegas.

Suhaina pandang aku lama. Dia memberi isyarat bahawa barang tersebut ada dalam poketnya.

"Apa-apa jadi, tanggung sendiri. Aku dah bagitahu." sambung aku lagi.

"Jom lah teman aku." Suhaina tiba-tiba mengajak aku sekali. 

"Eee mengadanya. Pergi buang je pun." kata aku pula. Tapi aku tetap bangun untuk sama-sama pergi buang bahan bukti. Risau juga kalau-kalau Suhaina ni sengaja nak aniaya aku. Buatnya dia pergi letak rokok tu dalam beg aku, habis lah. Orang confirm akan percaya. 

Aku dan Suhaina kemudian bangun dan meminta izin ke tandas pada fasi yang bertugas.

"Damia pergi manaa??" tiba-tiba cikgu Wani bersuara.

'Aduh aku tahulah muka aku kaki ponteng. Tapi kat sini nak ponteng mana punnn' omelku sendirian. Suhaina di sebelah hanya tergelak sahaja.

Kami berdua kemudian mendekati cikgu Wani dan cikgu Syafiza di tepi dewan itu.

"Pergi mana?" cikgu Wani menyoal sekali lagi.

"Toilet." aku menjawab.

"Pergi sorang tak boleh ke? Sorang nak tolong basuhkan ke?" cikgu Wani menyoal.

Aku dah tergaru-garu kepala. Susah la kalau dia dah mula mempersoalkan semua benda.

"Dia period cikgu. Nak ambil pad dekat beg saya." Suhaina menyampuk.

"Aik?" cikgu Syafiza yang dari tadi diam di sebelah cikgu Wani pula bersuara.

Ala siot. Suhaina ni pun alasan dia tak padu la. Aku dah la baru je habis period minggu lepas, and cikgu Syafiza tahu, so mustahil aku period lagi. 

"Okaylah cikgu. Kitorang pergi jap. InsyaAllah tak lama." kata aku lagi sambil perlahan-lahan berundur. Makin lama layan, makin susah nak blah.

Dari jauh aku nampak cikgu Syafiza pandang je aku. Ni mesti dia fikir bukan-bukan dah ni. Package sekali kantoi tadi, so confirm-confirm dia boleh agak kitorang bukan nak pergi tandas.

"Diorang memang anti kau ke cane?" giliran Suhaina pula  menyoal sewaktu kami dalam perjalanan ke tandas. Kami ambil keputusan untuk ke tandas je. Buang dalam mangkuk tandas lepastu flush. Settle.

"Hahaha ye do. Bukan anti la, tapi tak habis-habis aim aku." balasku sambil tergelak. Bukan apa, semua yang baru kenal aku confirm perasan aku akan ada issue dengan cikgu-cikgu.

"Kenapa? Kau buat hal time kelas dorang ke?" soal Suhaina lagi. 

"Haah, biasalah. Aku tak suka bio la, dulu selalu skip, tu selalu kena aim tu. Cikgu Syafiza pula warden kan? Faham-faham jelah. Belum package cikgu Wan lagi." jelas aku panjang lebar. Dah macam buka aib dah, semua benda negatif je.

Salah Sarah 2Where stories live. Discover now