Bab 61

494 32 7
                                    

Stesen ketiga : Bowling Manusia

"Yang paling ringan turun dulu la..." seseorang memberi cadangan.

Lepas stesen kak Idayu tadi, kami perlu menjadi bola bowling untuk menjatuhkan beberapa buah biji kelapa yang disusun secara menegak berbentuk piramid. Nampak macam senang tapi percubaan pertama tadi gagal walaupun kami sudah korbankan yang paling berat dalam kumpulan. Mungkin disebabkan bukit yang terlalu tinggi, jadi sukar untuk 'bola' nak kena tepat pada sasaran.

"Ringan lagi tak boleh weh, melayang nanti." kata Suhaina. Masih dengan lagak function dia.

Masing-masing diam sambil berfikir.

"Aku rasa cara dia, kita memang kena jadi bola. Like betul-betul bulat." kata Suhaina lagi.

Kami yang lain cuma mengangguk. Logik juga. Objek bulat lebih senang bergolek dan lebih mudah ubah haluan kalau tersasar berbanding hanya sekadar menyusur seperti turun dari gelongsor.

"Nazihah dengan Haiza, cuba test jap. Korang kecik, kena dua orang." arah Suhaina lagi.

Aku yang fikiran dah melayang asbab pura-pura berfikir terus tercengang mendengar arahan itu. Kenapa lah mesti dengan dia lagi? Suhaina ni bukan tak tahu aku tak suka Haiza. Even dia pun tak suka sebenarnya. Aku pernah dengar dia cakap benda ni masa sama-sama kena denda dulu.

"Please... Korang je sama saiz." kata Suhaina lagi. Mata dia tepat menusuk ke dalam mata aku. Nampak betul-betul berharap. Haish aku tak suka. Aku honestly okay je nak buat apa pun, tapi mulut puaka si Haiza tu kadang boleh buat aku mendidih. Ada je benda nak sakitkan hati.

Aku dengan Haiza kemudian dipujuk lagi untuk buat bersama since masa sudah hampir tamat. Kami dipadatkan menjadi seperti bola dan cuba bergolek menyelusuri bukit dan menjatuhkan buah-buah kelapa itu. Basically keadaan kami adalah berpelukan sesama sendiri dan kepala menunduk ke dada masing. Penderitaan sekejap untuk aku sebab Haiza seakan sengaja menguatkan genggaman dia. Husnudzon jela, aku rasa dia buat untuk make sure kami jadi solid seperti bola and yes, kami berjaya jatuhkan semua kelapa sekaligus.

"Yeayyyyy" ahli kumpulan kami yang lain bersorak.

"Tahniah, saya suka idea kamu semua. Idea kamu tunjukkan kamu semua bekerjasama dan tak bersikap individualistik." puji kak Dijah.

Kami hanya tersengih termasuk aku. Walaupun seksa juga menahan peningnya bergolek tadi.

Stesen keempat : Semarak api

"Stesen sini senang kalau kamu ada bahan. Hidupkan api dalam tempoh 10 minit." kata abang Syafiq seraya kami tiba di atas bukit. Dengan panas mataharinya, dia boleh pula suruh hidupkan api.

Aku pandang sekeliling. Ada beberapa kes daun kering yang terbakar. Maksudnya, kumpulan sebelum ini berjaya hidupkan. Easy.

"Keluarkan semua barang amanah." arahh Suhaina. Lagi sekali, terpaling function. Dalam ramai-ramai, dia sorang je berani bersuara pada setiap permulaan misi.

"Kertas Karbon ada." kata Adi sambil mengangkat kepingan kertas karbon di tangannya. 

"Mancis?" soal Suhaina.

"Ada" jawab Ayu.

"Lagi satu?" soal Suhaina lagi.

"Haiza" Suhaina memanggil.

"Jap, hilang." katanya sambil menyeluk poketnya sendiri. Ada lah dalam beberapa kali dia check.

"Maybe terjatuh masa stesen bowling tu kot? Nak pergi ambil tak?" katanya pula. Nadanya gelabah.

Nasib baiklah bukan aku yang jaga barang amanah. Takut satu kumpulan salahkan aku kalau tak berjaya stesen kali ni.

"Tak payah. Jauh. Kita ada 10 minit je." kata Suhaina pula.

Salah Sarah 2जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें