Bab 28

345 30 10
                                    

"Dari mana?" aku disoal tiba-tiba.

"Sana." jawabku sambil menunjuk ke arah luar court. 

Aku kemudian menarik kerusi plastik kuning yang ada di situ dan duduk di bucu meja. Cikgu Syafiza dan Aida pula duduk bertentangan.

"Semalam petang pergi mana?" soalnya lagi.

Lah pasal ni ke? Aduh aku fikir dia dah lupa.

"Jawab lah." Aida tampar paha aku perlahan tanda paksa aku jawab.

"Petang semalam? Saya training futsal lah." aku mencuba nasib dengan harapan dapat terlepas.

"Jangan main-main Damia." tegurnya tegas.

"Humph..." aku mengeluh kemudian bersandar dan menyilangkan tangan.

"Saya keluar." jawabku pendek selepas ditenung tajam oleh dua-dua insan depan aku ni. 

"Tengok. Macam mana awak as ketua dorm tak tahu dia keluar?" kali ini cikgu Syafiza soal Aida.

Aik? Aku confused. Asal isu ni pulak ni?

"After lunch tu saya pergi buat homework dengan house Laksamana. Saya tak tahu apa-apa. Tapi kalau malam dormmates tak cukup, saya memang tanya and cari. Tapi kalau Jiah ni, saya biar je kadang tu." Aida menjawab. Aku dengar suara dia agak perlahan sikit. Cuak kot.

"No. Salah. Ketua dorm supposely kena tahu mana ahli dorm ada." kata cikgu Syafiza lagi.

"Tak. Sekarang saya yang keluar. Apa kena mengena dengan Aida ni? Sejak bila ketua dorm responsible untuk tahu mana saya pergi? Mana privasi?" aku cuba counter balik isu yang dibincangkan. Aku yang diam bersandar di kerusi kini dah sedikit tegak kedudukan dan cuba untuk masuk campur.

"Anytime, especially weekend, minta ahli dorm bagitahu nak pergi mana. Even awak as ketua dorm nak study tempat lain sekali pun, before keluar pesan sama dekat penolong, atau siapa-siapa dekat dorm. Kalau contoh tiba-tiba parents dia datang cari dia, and then dia tak ada, siapa nak jawab?" kalini nada cikgu Syafiza agak tinggi.

"Takdanya parents saya nak datang." jawab aku.

"Diam Damia! Awak tak tahu tau bila-bila ada kecemasan, parents datang, lepastu awak entah ke mana, ketua dorm tak tahu-menahu, lepastu nanti siapa nak jawab? Sekolah tau. Warden yang jawab. Faham?!" cikgu Syafiza mula marah.

"Lepastu bawa pula budak form 1 tu. Kalau jadi apa-apa dekat dia, awak nak jawab ke?!" marahnya lagi. 

Aku terdiam dah since dia dah tinggi suara. Ni tak boleh buat apa dah, kena back off je. Dia pun suruh aku diam, memang aku mati kata dah ni. Tapi mana dia tahu aku keluar dengan form 1? Dia ni sumpah ada tiga mata.

"Seriously? Kau bawa budak dorm sebelah tu ke?" soal Aida tanpa ragu-ragu.

"Bukan dia." aku menggeleng laju.

"So lepasni, Damia tak ada atau sapa-sapa la dorm awak, saya cari awak dulu tau Aida. Ketua dorm lain pun sama juga." cikgu Syafiza sambung lagi selepas beberapa saat bertenang. Ni emosi je ni, dia tak pernah marah macamni melainkan dia serabut banyak benda nak fikir.

"Dan saya tak kata Damia tak salah. Dia ni kes lain. Dia nak cikgu Wan handle baru nak okay kot. Penat dah saya cakap Damia. Dah form 5 ni tolonglah berubah. Orang lain fly dorm semua tu saya okay lagi, ni sampai keluar sekolah, apa-apa jadi susah tau. Kalau nak keluar bagitahu je. Aida pun nak keluar pergi bank ke apa, maklum je." kata cikgu Syafiza.

Aku dan Aida berpandangan. Ayat last tu macam double meaning ya.

"Saya nak keluar beli ice cream. Nak sejukkan hati cikgu." kataku spontan.

Salah Sarah 2Where stories live. Discover now