Bab 62

385 35 4
                                    

Suhaina bawa aku ke satu kawasan yang jauh dengan khemah kami. Gaya dia macam tahu pula kawasan ni. Kami lalu di celah-celah ruang sempit belakang dewan dan duduk di sebatang pokok yang aku rasa berfungsi sebagai bangku. Nampak macam sengaja ditebang dan diletakkan di situ.

"Kau nak? Aku ada lagi ni." Suhaina yang sedang melepaskan giannya menyoal aku.

Aku mengeleng. Rokok rupanya. Aku tak tahu pula dia hisap rokok. Sepanjang dekat sekolah pun tak ada pula dengar kes sebegini. Pandai dia sorok.

"Tak hisap eh?" dia menyoal.

Aku menggeleng lagi.

"Try lah weh. Nikmat." ajak Suhaina lagi.

Aku hesitate. Nikmat macam mana ni? Aku tertanya-tanya.

"Cubalah. Sekali je. Kalau tak suka tak apa." pelawanya lagi.

Aku berfikir sejenak. Kalau ikutkan dah berkepul-kepul asap rokok sudah aku sedut masuk ke paru-paru, jadi tak ada masalah kot kalau aku cuba sedut direct ikut rongga mulut aku. Aku janji sekali ni je.

Aku lantas menghulur tangan. Suhaina senyum kemudian beri aku sebatang rokok. Aku ambil dan cucuh bahagian hujung pada api yang Suhaina nyalakan.

"Sedut je ke?" soalku ingin kepastian. Mana lah tahu ada step lain yang perlu aku buat dulu.

"Iya." katanya sambil mengangguk.

"Uhuk uhuk uhukk" aku terbatuk selepas menyedut yang pertama.

"Okay tak? First timer memang gitu. Cuba lagi. Kau kena pandai set mana arah asap tu patut pergi." kata Suhaina pula.

Aku tergelak kecil. Rasa kelakar pula dia jelaskan teknik menghisap rokok dengan betul.

Aku cuba lagi sekali. Kali ni aku seakan mengumpulkan semua asap dalam mulut kemudian dengan rakusnya menghembus kesemunya keluar.

"Tak sedap pun." kata aku.

"Aku expect rasa dia manis-manis." sambung aku lagi.

"Bodo. Kau nak sedap hisap vape lah. Macam-macam perisa ada." kata Suhaina pula.

"Kau tak ada?" sengaja aku tanya.

"Tak ada. Tak minat." balasnya pula.

Aku cuma mengangguk. Lebihan puntung rokok tadi aku masih pegang. Bagi aku pengalaman merokok ni so so je, tak ada best sangat, tak ada la bosan sangat. Bolehlah kalau nak cuba sekali seumur hidup. Selang beberapa minit, aku sedut lagi sebelum kesemua puntung rokok itu terbakar semuanya.

"Eh... Kau asal tak okay dengan Haiza tu? Nampak macam ada bad history je. Tak nampak pula korang sembang sebelum ni." Suhaina tiba-tiba menyoal.

Aku mengeluh sebelum menjawab "Entah dia. Dulu tiba-tiba je serang aku."

"Pulakkk... Tapi actually aku mungkin tahu kenapa dia jadi macam tu." kata Suhaina lagi.

Aku yang bersantai dari tadi terus membetulkan posisi duduk aku.

"Kenapa?" soalku dengan teruja. Perasaan ingin tahu aku melonjak-lonjak.

"Sebab Husna." kata Suhaina.

"Apa kena-mengena?" aku mula pelik. Okaylah aku memang ada problem dengan Husna, tapi kenapa Haiza ni yang terlebih beria?

"Ingat tak aku pernah cakap Haiza jarang kantoi bila ada kes tu? Cuba teka sebab apa?" Suhaina seakan mahu main teka-teki.

"Bongok, kau straight forward jelah terus. Tak payah la suruh aku teka bagai." marah aku. Dia ingat suspen ke bercerita macam tu.

"Hahahha sabar la woi. Kalau aku spill semua, tak fun la." balasnya pula.

Salah Sarah 2Where stories live. Discover now