Bab 1

673 38 1
                                    

Sejak confession haritu, aku dengan cikgu Syafiza sebenarnya makin rapat. Siapa sangka selama ni aku kejar adik dia, ditipu pula dengan adik dia lagi satu dan akhirnya hati aku dimenangi oleh kakaknya. Yang aku pelik, dia kata sejak aku tingkatan 1? Which means waktu aku kelas PJ dengan dia dulu. Patutlah suka cari pasal je dulu.

"Next week nak ikut tak pergi sekolah?" tanya cikgu Syafiza semasa kereta berhenti di lampu isyarat.

"Nak buat apa? Malas lah." jawab aku acuh tak acuh sambil melahap chocolate stick Aunty Anne itu. Sedap betul. Padahal aku sebenarnya tengah kekok setiap kali duduk sebelah dia.

Sepanjang cuti sekolah ni, dah banyak kali sebenarnya kami keluar berdua. Dating. Pergi makan berdua pun dah tak terkira. Banyak sangat. Untung kan ada partner boleh drive ni, tapi kadang-kadang aku pun drive juga. Ala setakat kereta auto, aku tengok sekali dah tahu macam mana nak handle. Cuma cikgu Syafiza ni la selalu tak bagi drive. Aku pun tak faham kenapa.

"Tolong kemas bilik. Next year pindah tempat baru." balasnya pula.

"Bilik apa? Bilik guru atau bilik tidur?" soal aku. Cuak juga kalau dia tak stay dekat blok Syahbandar lagi.

"Bilik guru la." jawabnya lagi.

"Kenapa pula nak kemas?" soalku lagi.

"Nak pindah bilik." balasnya pula.

"Naik pangkat jadi pengetua pula ke? Perform betul eh baru masuk last year tiba-tiba terus ada jawatan." aku perli dia. Padan muka.

"Perli eh? Tunggu la next year, padan muka." 

"I will be your favourite cikgu disiplin."sambungnya lagi dengan senyuman sinis.

Damn. Aku sudah terlopong. Mulut aku terus berhenti mengunyah. Aku pandang dia. Mata sumpah tak berkelip. Nightmare ke siot?

"Hahahha muka tu jangan terkejut sangat." gelak besar dia. Seronok eh? Dia tak tahu aku cuak gila nak mampus ni. Kalau tahun sebelum ni dah horrible, tahun mendatang ni apa pula? Walaupun aku dah rapat dengan dia, tapi aku tahu ada masa dia memang tak akan tolerate dengan perangai aku.

"Then warden?"  soalku mula gelabah.

"Still warden. And cikgu house." jawabnya.

"Pehhh jangan lah kaut semua." balasku pedas.

Dia cuma diam.

"Nak ikut tak?" soalnya lagi. Berbalik kepada topik awal kami.

"Tak nak lah. Malas." aku membalas. Masih lagi dengan alasan yang sama.

"Kalau bawa Sarah sekali, saya ikut" sambung aku lagi. Saja nak menyakat. Dia jealous sikit kalau aku mention-mention nama Sarah ni. Iyelah, kitorang kan ada history.

"Eeee geramnya." balasnya sambil mengetap gigi.

Aku cuma tergelak. Tapi en, memang betul aku malas. Cuti ni patutnya berehat. Pergi dating. Tidur. Homework pun belambak lagi tak buat. Bukannya kemas sekolah.

Suasana selepas itu menjadi sepi. Lama. Sampailah mata aku beralih kepada dia semula.

'Alahai dia ni merajuk ke? Dah la susah gila nak pujuk'

Aku merenung dia dari tepi. Cold face sahaja dia lontarkan kepada aku. Hm aku hanya mampu mengeluh. Lama aku renung lagi, cuba untuk mencari bola matanya. Namun hampa. Dia hanya fokus kepada jalan dan juga waze.

'Ah aku ada idea'

Telefon bimbit di poket aku keluarkan lalu aku menaip sesuatu.

'Sayanggggg' - Damia

Selepas menekan butang send, aku laju berpaling ke arahnya di sebelah sambil tersengih. Nampak dia menjeling ke arah notifikasi mesej yang muncul di telefonnya. Tak lama selepas itu, aku nampak dia seperti menahan senyum, kemudian kembali membuat cold face dia. Aish ego lah tu, tak faham aku.

Aku kembali melihat telefon bimbit aku. Langkah pertama nampaknya tidak berjaya. Aku lantas menaip sekali lagi.

'Okaylah, next week we go together ya sayang <3' - Damia.

Renungan aku dilontarkan semula kepada dia. Masih tiada respon.

"Janji?" dia bersuara tiba-tiba sesudah menarik handbrake tanda kami sudah sampai di mall yang kami ingin pergi.

"Maybe." jawabku sepatah tanda belum pasti. Sengaja nak tengok respon dia.

"Ish baik tak payah cakap." responnya dengan nada kecewa.

Aku lihat dia sudah bergegas kemas beg seperti mahu keluar meninggalkan aku. Aku pun mencapai pergelangan tangan dia dengan lembut. Cuba untuk tenangkan dia.

"Nanti lah. Kena tanya parents dulu." ujar aku lembut. Aku nak dia faham.

"Okay." balasnya sepatah kemudian mencapai pemegang pintu dan ingin keluar.

"Kejap." lengannya aku rangkul lagi. Kenapa tak sabar sangat nak keluar ni?

"Cikgu marah saya ke?" soal aku serius. Bila guna gelaran 'saya' dan 'cikgu' ni, kalau bukan sebab profesional, mesti aku tengah mood serius. Sebab usually aku akan manja-manja dengan dia panggil sayang. Cuma dia jelah belum biasa panggil aku baby.

Aku sedar wajah dia berubah saat aku sebut perkataan 'cikgu' itu. Sesungguhnya lama aku tak guna perkataan itu sejak cuti sekolah ni. Rasa macam cuti ni aku dengan dia dalam dunia kami sahaja. No more teacher and student. Aku pula dah macam memonopoli dia. Iyelah, nanti dah buka sekolah, aku nak lawan dia pun dah tak berani.

"Sayang tengah marah ke tu?" soal aku lagi. Kali ni lebih kepada intonasi mengejek. Kelakar pula aku tengok muka dia berkerut-kerut.

"Tak lah baby. Jom." balasnya.

Ah aku terdiam. Tergamam. Terkesima. Tak boleh nafas. Semua lah. First time dia sebut baby without kena paksa. Is it a good sign? Damn.

Aku sudah tersenyum. Gelaran tu sebenarnya aku yang dia paksa guna. Sebelum ni dia refuse guna sayang atau baby, aku tak sure dia malu ke apa, tapi memang dia guna 'saya' dan nama aku sahaja. Kadang-kadang dia panggil aku 'budak manja'. Haih aku tak faham kenapa. 

Gelaran sayang dan baby ni pun aku saja je letak hahaaha geli geli je kan. Tapi sweet apa? Awal-awal memang dia susah nak lekat words tu since kitorang memang before ni terpaling profesional as cikgu dan murid, tapi ever since banyak spend time personal, lagi-lagi cuti sekolah ni, so takda lah awkward sangat.

Keluar sahaja dia daripada perut kereta, aku menjerit bahagia. Menjerit tanpa suara.

'Tok Tok Tok' cermin pintu bahagian kiri aku diketuk.

"Oi tak nak keluar ke cik kak." soalnya sedikit kuat.

Aku menunjukkan pintu ke arah. Faham dengan permintaan aku, dia pun membuka pintu bahagian penumpang itu.

"Manja betul la budak ni." katanya sambil tersenyum.

"Jom hehe." kata aku pula yang sudah menyambar lengan dia sewaktu turun kereta.

"Kita cari mana yang belum dapat and then balik okay?" pesannya pula.

Aku cuma menggangguk. Kami sebenarnya keluar sebab nak cari barang sekolah. Iyelah, nak form 5 ni, semangat berkobar-kobar sebenarnya nak belajar.

Tak lama kami mencari barang-barang kami. Masuk je satu kedai, terus jumpa dan borong. On her. Macam biasa. Aku serba salah kadang dia banyak keluar duit untuk aku. Bukan aku tak bawa duit, tapi dia yang tak kasi bayar.

"Thanks for today." kata aku sambil mencari-cari tangan dia. Sengaja nak salam. Jarang-jarang aku salam dia ni. Takut jadi partner derhaka.

"Anything for you la." balasnya sambil tersenyum.

"Tak nak panggil I baby lagi ke?" aku mula menggedik.

Aku tengok muka dia dah merah. Malu la tu hehe!

"Dah dah, gi balik. Kirim salam mama." katanya sambil menahan malu.

Hehe cute la sayang oi! Nak manja pun malu ke?

Salah Sarah 2Kde žijí příběhy. Začni objevovat