Bab 38

367 30 11
                                    

"Sekarang ni saya yang salah, marah saya je la." aku beranikan diri bersuara. Aku tak suka bila tengok kak Izzah dengan kak Piqa kena marah macam tu. Dah la dorang baru je dapat result SPM semalam, tiba-tiba harini dah jadi hari yang malang. Nasib baik lah Yura tak banyak kena attack. And budak tu pun memang jenis soft, tak melawan langsung.

"Damia, kadang-kadang responsible kita ni bukan mutlak ya. Dia akan terpalit sama. Kadang kita kena bertanggungjawab atas salah sendiri, kadang tu memang kita perlu bertanggungjawab sebab orang lain. Kita hidup ni bermasyarakat, bukan sorang-sorang." lahh tiber kena tazkirah.

"Ya saya tahu. Tapi saya yang salah kan? Dan saya yang terikat dengan rules sini. Kenapa nak kena marah kak Izzah dengan kak Piqa sekali?" aku confront lagi sekali. Sebab sumpah aku geram. Dia emosi macam tak ada kawalan langsung hari ni. Aku tak suka.

"Awak saya boleh marah kemudian. Ataupun saya bagitahu cikgu Wan je nanti. Yang dua ni lepasni tak jumpa dah." jawabnya pula.

"Cikgu Wan? Janganlah" aku dengan kak Izzah respon benda yang sama.

"Janganlah cikgu Wan cikgu. Nanti panjang cerita lah." kata kak Izzah lagi.

Memang kalau dengan cikgu Wan, auto kira kes disiplin la. Fly semua ni auto gantung sekolah lah sumpah aku kata. Kitorang yang balik outing lewat haritu pun dah kena teruk macam apa, siap kena tarik outing, inikan pula fly sesuka hati macam ni. Memang dia kerjakan aku nanti dalam bilik disiplin tu.

"Saya memang kalau boleh tak nak libat cikgu Wan lagi since ada form 1 sekarang ni." kata cikgu Syafiza. Aku boleh dengar semua tarik nafas lega.

"Tapi Masturah dengan Damia, boleh janji lepasni record clean? Especially Damia?" soalnya lagi.

"Urgh" aku mengeluh. Dan rasa sedikit menjengkelkan dengar soalannnya yang berbaur sarkastik tu.

"I won't let you two balik selagi dorang tak yakinkan saya." kata cikgu Syafiza lagi, merujuk kepada kak Piqa dengan kak Izzah.

"Please cikgu" kata aku sambil pandang cikgu Syafiza. Nada aku lain. Dan aku bawa karakter lain. Karakter yang dah lama aku tak gunakan. Karakter menggoda hahahhaha.

Tapi dia seakan membutakan mata dan memekakkan telinga. Haihhhh!

"Damia, cakaplah." kak Piqa mula paksa aku lepas cikgu Syafiza seperti betul-betul akan tahan dia dan kak Izzah daripada pulang.

"Saya minta maaf cikgu. Saya janji tak involved discipline issue lepas ni." Yura tiba-tiba bersuara.

Kepala hotak dia ni. Kenapa tak plan sama-sama. Cikgu Syafiza saja nak pancing je tu suruh dengar cakap dia. Lagi satu segan lah aku nak cakap macam tu sorang-sorang.

"Good. How about Damia?" soalan yang aku sumpah dah jangka. Argh tak sukanyaaa!

Aku diam lama. Aku nak kena cemar duli ke ni minta maaf depan orang ramai? Even tak ramai pun, aku dah lama ya tak say sorry dengan dia. Yes toxic sebenarnya, tapi nak buat macam mana. Ego.

"Saya tunggu ni Damia" katanya lagi sambil melirik ke arah aku.

Aku menjeling sebelum berkata "Sorry. Lepasni tak buat lagi."

Pendek tapi setiap bait perkataan terasa sangat lama dan berat.

"Saya tak dengar pun perkataan janji?" cikgu Syafiza menyoal.

"Eeeee mengadanyaaaa!" hati aku meronta.

"Saya janji tak fly dah." kata aku sambil pandang tajam tepat ke arah mata dia. Aku pun sarkastik juga.

"Good. But Damia dengan Yura, demerit house macam biasa. So tengoklah nanti KR PKR kamu nak buat apa. And macam biasa, sesi kaunseling wajib." sambungnya lagi.

"Ala cikgu. Tak nak lah kaunseling. Cikgu suruh saya lari satu sekolah pun saya sanggup daripada pergi bilik kaunseling tu." aku menyampuk. Aku tak suka cikgu kaunseling tu. Dia suka provok. Tahun lepas aku baru ada 2 kes je dia dah pandang slack, inikan pula kes baru bertambah lagi.

"Okay, lari satu sekolah selama seminggu. Dua-dua."

Shit. Kata-kata makan tuan. Aku mana larat lari satu sekolah. Sekolah aku ni besar mat. Lari dari surau pergi dewan makan sana tu pun dah semput.

Aku pandang Yura. Muka dia dah bertukar kelat. Tapi nak buat macam mana, denda lari is way better than counselling session. Trust me.

"Izzah kerja? Atau sambung study?" soal cikgu Syafiza.

"Haritu kerja, sekarang dah berhenti sebab dapat tawaran kolej. Hujung bulan ni masuk." jawab kak Izzah.

"Okay, as denda, train team futsal for a week. Boleh?" soalnya.

Aku tergelak 1 saat. Weh, kau bayangkan kau dah habis sekolah, tapi still kena denda? Kelakar lah siot!

"Kalau saya cakap tak boleh pun mesti cikgu suruh gak en?" balas kak Izzah.

Cikgu Syafiza menjeling tajam. 

"I'm in" kak Piqa pula menyampuk.

"Takda-takda. Piqa kena ajar Damia ni bio. Teruk betul test dia haritu" kata cikgu Syafiza pula.

Aku mencebik. Macam mana dia boleh tahu result test aku ni? Ni mesti cikgu Wani complain ni. Haish memalukan.

"Pastu cikgu, kitorang boleh stay sini ke?" kak Izzah menyoal.

"Aik? Excited betul." aku mengejek. Situasi dah cam cool down sikit, berani lah juga aku mencelah.

"Diamlah kau. Aku nak train korang sampai lebam." jawab kak Izzah.

"Nak duduk dalam ke? Nak duduk dalam tak boleh keluar sesuka hati. No more bawa Damia keluar." pesannya.

"Duduk rumah kau jela Izzah." kak Piqa pula mencelah. Nampak cam nak lari dari masalah. Atau lebih tepat, tak nak dekat dengan kakak dia tu.

Kak Piqa pernah cerita, dia dengan cikgu Syafiza tu okay je sebenarnya if as kakak dan adik. Tapi kalau anything related to sekolah, memang kakak dia jadi orang lain. Orang yang dia tak suka. Iyelah, kalau aku yang entah sapa-sapa ni pun rasa terkongkong, inikan pula adik dia sendiri. Mesti rasa tak bebas.

"Mana-mana lah. Kalau nak duduk dalam, saya buka bilik pengawas satu." kata cikgu Syafiza.

"Bolehlah cikgu. Saya dah lama teringin nak rasa jadi pengawas." kak Izzah jawab sambil tersengih. Aku teringat dulu kak Izzah pernah dapat offer jadi pengawas, tapi kena tarik sebab ada kes. Sedih. Sampai sekarang dia terkilan tapi tengok tak insaf gak.

"Rules sekolah kena ikut macam biasa eh" pesan cikgu Syafiza lagi.

"Takpe je cikgu. Saya kan memang follow rules. Damia je ni, ikut perangai siapa entah." kata kak Izzah pula.

Aku dah geleng-geleng kepala tanda geram.

"Start esok ya. Damia dengan Masturah, setiap malam jumpa saya dekat lounge, update aktiviti seharian. Saya nak tengok progress dua-dua ni. Dah janji kan? Sekarang ni pergi masuk kelas. Pandai-pandai lah bagi alasan. Saya tak nak backup dah." kata cikgu Syafiza.

Aku lantas menoleh ke arah jam dinding. Sekarang dah jam 10 pagi. Ngam-ngam waktu rehat. Nasib baik. Tak payah hadap kelas pagi tadi.

Tapi update aktiviti seharian tu macam mana siot? Nak kena buat buku log ke? Banyak persoalan, tapi aku malas nak tanya. Banyak cerita nanti.

Keluar sahaja dari bilik warden, Yura capai lengan aku.

"Asal?" soal aku dingin. Aku punya energy dah drained sangat harini lepas kena bebel panjang tadi, so aku malas nak sembang banyak.

"Lari? Saya mana boleh lari." kata Yura.

Oh shit. Aku lupa pasal ni.

"Kau balik dulu. Aku cuba negotiate." kata aku kemudian menanggalkan semula kasut.


Salah Sarah 2Where stories live. Discover now