Bab 8

478 27 2
                                    

"Nak pergi bilik. Nak ambil phone." kata aku semasa berselisih dengan cikgu Syafiza di tangga. 

"Tak boleh. Nanti hilang. Ramai-ramai macam ni." balas cikgu Syafiza pula. Nampak bergegas nak turun. Nak duty kot tu.

"Nak juga." aku berkeras. Degil.

"Apa-apa jadi tanggung sendiri." pesannya kemudian pergi.

Aku tersenyum. Aku pun sebenarnya cuba nasib je tu. Nasib mood dia okay.

Lepas ambil telefon di dalam bilik cikgu Syafiza, aku lantas turun ke bawah semula. Suasana di dewan agak meriah hari ini sebab pendaftaran tingkatan 1. Aku sebagai seorang yang tiada jawatan, aku hanya menyibuk di bahagian pagar utama sekolah. Seronok juga jadi polis trafik a.k.a penunjuk arah. Bukan apa, malas nak bersosial dengan junior waima ibu bapa dan penjaga. Lagi-lagi pula di bahagian dorm. Nak tunjuk cara pasang cadar la, lipat baju la, tempat letak toiletries la. Malas aku. Nasib la aku bukan ketua dorm atau penolong ketua dorm.

"Weh cantik-cantik la budak-budak baru kita." Nad memecah kesunyian.

Aku hanya pandang slack. Aku ni punyalah tengah tak selesa berpanas ni, dia sempat usha junior.

"Ye do, boleh buat jambu ni." Balqis, kawan kadet polis Nad turut menyampuk.

"Jambu?" aku pelik.

"Jambu tu apa?" soal aku lagi bila melihat kedua-dua mereka mengangguk.

"Kau sumpah lah tak tahu? Noob ler kau ni." Balqis membalas.

"Jambu tu adik angkat la." terang Nad.

"Macam kau jadi jambu geng-geng senior kau tu la." sambungnya lagi. Nad ni walaupun baru sekelas dengan aku tahun ni, tapi nampak macam banyak benda dia tahu. Memang jenis kepochi agaknya.

"Apahal aku pula jambu?" soalku tak puas hati. Dah la perkataan tu baru pertama kali aku dengar hari ni.

"Betullah. Tak percaya cuba tanya dorang." Nad mencabar.

"Malas aku. Lagipun tak ada faedah lah berangkat-angkat ni." jujur aku.

"Kau belum jumpa lagi memang ler cakap gitu." Balqis pula bersuara

Aku cuma diam. Merepek je dia orang ni. 

Selepas daripada itu, aku pergi pula ke koperasi untuk melihat proses di sana. Comel je tengok budak-budak ni cuba segala jenis baju yang ada di koperasi. Aku masa masuk form 4 dulu pun agak pelik sebab terlampau banyak baju yang sekolah ni ada. Baju kelas PJ lain, baju sukan rasmi sekolah lain, tu baru baju, seluar ada logo sekolah belum termasuk lagi. Lepastu ada pula baju outing. Baju rumah sukan. Baju batik. Entahlah, banyak betul.

"Err... hai kak. Nak tanya boleh?" sorang budak kecil tegur aku. Aku rasa dia kecil sebab memang rendah paras dada aku je ni. Kau tak makan calcium ke dik?

"Tanya lah." jawabku cuba untuk senyum. Muka aku sedari tadi berkerut, mungkin sebab itu budak ni seakan hesitate nak tanya aku. 

"Dorm ni dekat mana?" soalnya sambil mengangkat lanyard yang tergantung di lehernya itu.

Aku tilik lanyard tersebut. Kad tersebut berwarna kuning. Dan tertera nama dorm Syahbandar 3.

"Ahh dorm sebelah aku tu. Jom ikut aku." pelawa aku. Boleh juga aku masuk bilik sekejap baring-baring dekat katil.

Salah Sarah 2Where stories live. Discover now