Bab 39

371 32 3
                                    

Aku patah balik ke bilik warden.

"Errr... Yang pasal lari tu kan, can you exclude Yura?" aku memulakan bicara sesudah mengambil tempat di depannya. Kak Izzah dengan kak Piqa masih di situ.

"Kenapa pula?" soalnya.

"Dia ada asma. Tak boleh lari" jawab aku.

"If lari court?" soalnya lagi. Nampaklah kebarangkalian untuk dia tak negotiate tu tinggi.

"Tak boleh lari. Tak kisah la dekat mana pun." aku cuba memberi alasan lagi.

"Since when you care?" cikgu Syafiza menyoal lagi. Muka aku dah berkerut bila soalan tu keluar dari mulutnya.

"Habistu nak dia pengsan ke?" aku mula argue. Aku macam tak percaya dia mempersoalkan pasal ni.

Pada saat ini, aku nampak kak Piqa dan kak Izzah dah mula beransur keluar dari bilik warden ni. Aku tak banyak bunyi, mungkin ada la tu nak pergi mana-mana.

"Urgh... Last time awak paksa Fathiah lari masa dia tak sihat tu okay je? Kenapa tiba-tiba care?" soalnya lagi.

"Itu Fathiah. Dia dah on going training lama. Just tak sihat on that day je. Sekarang ni, Yura. She literally ada asma." aku jelaskan lagi. Aku hampir nak mengamuk sebab apa benda lagi tak faham? Nasib baik aku masih kawal suara lagi since kitorang dekat bilik warden and sekarang waktu rehat upper form.

"Dia ada inhaler kan?" cikgu Syafiza menyoal.

"Ada memang lah ada. Habistu nak suruh dia lari sampai tak cukup nafas juga ke? Just because she got inhaler?" jawab aku. Tak sangka betul dia masih insist nak Yura lari.

"Little did you know, ramai je lagi asma but can do physical activity. Saya ajar PJPK Damia. Saya tahu la aktiviti apa je yang boleh dan tak boleh for certain physical issues." kata cikgu Syafiza lagi. Gaya macam masih tak nak tolerate.

"Ramai lagi tak kisah lah. Dorang mungkin j-"

"Oh... So what makes her so special?" dia potong percakapan aku dengan soalan. Sarkastik.

"Aduhh just because dia ada asma. Faham tak?" jawab aku. Kali ni aku dah macam fade up.

"Really? I won't withdraw my decision. Unless you or her could prove me that she cannot run." 

Aku tersentak. Dia seperti tak nak further any discussion lagi. Kenapa dia keras hati sangat ni? Biasa pasal kesihatan, dia memang jenis tolerable sikit.

"I will responsible on her punishment instead. Biar saya yang buat untuk dia. Biar saya lari sekolah 2 rounds." putus aku selepas beberapa saat berfikir.

"Wow. To that extent eh? Okay if you said so. Like I said before, report me at the end of the day. Start esok." balasnya pula. Aku renung dia lama. Tiada reaksi. Benar-benar tetap pendirian dah tu. Mana dia punya perikemanusiaan eh? Aku geram.

Aku keluar dari bilik warden. Serabut.

"Kau asal Jiah?" kak Izzah rupanya tunggu aku di tepi koridor.

"Apa?" balas aku. Aku tertinggi suara sebab tengah serabut dengan semua benda.

"Kau tu, kenapa?" soal kak Izzah lagi. Nada dia sekata.

"Tak ada apa-apa lah. Jiah balik kelas dulu. Nanti jumpa." kata aku kemudian berlalu. Aku masih sakit hati cikgu Syafiza tak boleh negotiate Yura punya denda.

"Kau pergi mana?" Aida menyoal seraya aku duduk di tempat aku.

"Tolong. Bukan sekarang. Aku dah dengar beribu perkataan hari ni, aku tak nak dengar apa-apa lagi." jawab aku sambil mengemas buku-buku di atas meja. Semalam sebelum chaw, sengaja aku sepahkan barang-barang atas meja. Biar nampak macam konon-konon aku keluar sekejap pergi toilet.

Salah Sarah 2Where stories live. Discover now