Bab 7

619 33 6
                                    

Malam ni tak ada prep malam, sebab ramai yang busy dengan persiapan untuk pendaftaran tingkatan 1 esok. Persiapan dewan, koperasi, dokumen kelas, sistem rumah, banyak lagi la. Aku tengok cikgu Syafiza urus kebajikan pun dah serabut. Dia kena prepare team PBSM incase ada kemalangan tak diingini berlaku. Lagi-lagi pula cuaca panas dan jerebu, memang kena ready adhoc team.

Habis pendaftaran pula ada jamuan ibu bapa, bab makanan pula nak kena urus. Nasib baik lah dia gunakan team pengawas dia dengan baik. Dan nasib baik juga aku tak pegang apa-apa jawatan, tak kelam kabut sangat.

Sedang yang lain sibuk ke sana ke sini dengan persiapan, aku lepak sendirian di kerusi batu berdekatan lounge. Kawasan situ sunyi, memang best lepak dengan angin malam menghembus perlahan.

"Wey tak gunanya kaulepak sini. Kau tak ada kerja ke?" soal Aida yang mungkin kebetulan lalu situ.

"Tak ada siapa minta tolong." jawab aku selamba.

"Pastu tak reti-reti nak cari kerja ke? Orang lain bukan main sibuk tak cukup tangan ni ha." Aida mula membebel. 

Aku diam sahaja. Malas nak komen. Aku tak pandai lah cari kerja.

"Esok teman aku la stay dorm. Sambut budak baru." kata Aida.

"Malas aku. Ala berapa ketul je pun nak masuk. Ama kan ada." aku memberi alasan. Aku bukan tak tahu Aida ni tak suka nak engage dengan junior. Entah kenapa dia benci junior pun aku tak tahu. 

Dan aku pula, bagilah kerja apa-apa pun, asal bukan kena assist budak baru. Aku malas nak ajar dorang pasang cadar, lipat baju bagai.

"Ah kau. Pastu kau nak buat apa? Berdiri tegak je?" marah Aida pula.

"Uyo good idea. Aku nak jaga gate esok." balas aku.

"Eeee ada-ada je kau. Duduklah tengah panas tu. Biar hitam." ejeknya lagi.

"Eleh jealous! Dah la. Pergi la sana. Kata banyak kerja." bentak aku kemudian menghalau Aida pergi. Kacau je aku nak menikmati malam.

"Iyelah. Tidur la kau kat sini." balas Aida kemudian pergi.

Aku cuma tersengih. Comel pula dia ni marah-marah. Tiba-tiba rasa rindu nak bergaduh dengan dia.

 Lepas suasana sekeliling semakin suram, aku menapak naik ke blok. Maybe semua orang dah siap dengan kerja masing-masing. Al-Mulk pun dah nak mula. Cuma ada lah sebahagian yang masing gigih di dewan. Mungkin hiasan belum siap.

Aku kemudian menuju ke arah bilik cikgu Syafiza. Aku yakin malam ni tak akan ada roll call sebab masing-masing sibuk, so why not aku tidur bilik dia.

"Semekom!" ucap aku sebelum terjah masuk ke dalam bilik. Terpampang wajah manisnya di tepi katil. Nampak macam baru balik dari somewhere.

"Dah siap ke semua?" soal aku.

"Selagi program belum habis, tak ada makna siapnya." jawabnya pula. Nampak macam kepenatan. 

Aku mula mendekati. Kesian pula tengok wajah penat dia.

"Nak saya buat apa-apa ke? Urut ke?" aku cuba meng-offer service yang tak berapa profesional ni. Lebih kepada nak mengada je.

"Tolong jadi usher esok." balasnya.

"Ala tak nak lah tolong tu." laju aku menjawab.

"Tak cukup orang lah nak assist. New intake je kemungkinan ada 150 orang esok." katanya lagi.

"Belanja saya McD dulu." aku cuba bergurau. Nak lari dari tugas punya pasal. Manalah dia nak dapat McD kan malam-malam ni?

"Boleh. Jom siap." ajaknya. Aku dah terlopong. Serius lah dia ni?

Salah Sarah 2Where stories live. Discover now