Bab 22

346 26 6
                                    

"Sekejap. Pergi makan cendol ke?" soalnya.

Langkah aku terhenti. Shit. How she knows? Dia ada ilmu tengok muntah orang lepastu dapat detect makanan ke?

"Saya tanya ni." sambungnya lagi apabila lihat aku kembali melangkah ke arah tandas.

"Uwekk..." aku kembali ke tepi longkang. Cuma kali ini, aku sengaja paksa isi perut dikeluarkan. Nak alihkan perhatian dia daripada terus tanya soalan yang sama.

"Tak okay lagi ke?" cikgu Syafiza makin mendekat. Nada suaranya prihatin. Fuhhh lega! Pandai aku berlakon.

Aku menggeleng.

"Tak apa, kejap lagi okay ni. Rasa macam semua dah habis keluar." jawab aku sambil merenung muntah aku sendiri. Betullah, aku boleh nampak limpahan cendol yang mungkin tak sempat dihadam. Siot betul. Ni nak kena hapuskan bahan bukti ni kejap lagi.

"Semua duduk. Saya ada taklimat sikit" arah cikgu Syafiza meninggalkan aku di tepi longkang. Soalannya yang awal tadi aku tak jawab.

Rasa okay sikit, baru aku berkumpul semula bersama-sama yang lain. Aku duduk di belakang sekali sambil berpeluk tubuh.

"This year onwards, sebabkan kita dah start buat kelab futsal under kelab sukan dan permainan kokurikulum, so setiap hari ahad  waktu riadah, akan ada training bersama dengan mana-mana ahli kelab yang berminat nak datang join sekali. Tak wajib untuk ahli, tapi kita punya team wajib macam biasa la." cikgu Syafiza meneruskan training hari ini dengan sedikit taklimat.

"Ala cikgu, pastu bagilah kitorang try sukan lain juga masa koko." ada beberapa yang protes.

"Kamu stay je la satu sukan. Kita kena promosi. Salah satu cara untuk cari pelapis." kata cikgu Syafiza lagi.

"Kita boleh buat waktu koko je cikgu. Tak payah libat training."

"Ya cikgu, macam last year kita plan, buat pertandingan interhouse."

"Selection macam before this pun okay. Saya rasa ramai je berminat tu."

"Saya nak masuk olahraga la cikgu."

Ramai juga protes, tapi aku tahu, pendirian cikgu Syafiza tak akan berubah. Sebelum dia come out dengan idea ni, aku yakin dia dah lama fikir. Dan mungkin dia juga dah fikir akan ada ketidakpuasan hati sebegini.i

Training kemudian habis begitu sahaja. Maklumlah first day.

Tak cukup dengan itu, cikgu Syafiza sempat berkata "Damia tunggu sekejap, lain boleh balik."

Ah sudah. Kepala aku ligat memikirkan alasan apa aku nak bagi kali ni. Benda dah kantoi.

Aku boleh je bagitahu ada parents siapa-siapa datang bawa cendol tengahari tadi. Cuma sekarang aku tak tahu dia boleh jadi marah sebab aku makan benda manis, atau dia rasa aku fly keluar.

Tapi jap, ke dia ada cari aku petang tadi? Aku pun teringat dia ada suruh jumpa dia lepas kena denda jalan itik tu.

"Damia, sini." panggilnya lepas dia benarkan semua bersurai. Aku memang dari tadi tak bergerak daripada tempat duduk. Malas nak laju-laju.

"Yow" jawab aku apabila sudah mendekati dia. Cuba untuk berlagak biasa.

"Makan cendol ke?" soalnya. Lagi sekali.

"Eh? Ha... ye kot." jawab aku sedikit ragu-ragu.

"Keluar ke?" soalnya lagi.

Bingo! Dia ingat aku fly la tu. Pasal makan manis tu, dia tak kisah sangat pun.

"Hm eh cikgu, yang training ahad tu start esok ke?" aku cuba menukar topik. Aku tak nak menipu ya.

"Jangan nak tukar topik eh?" balasnya sambil cuba memegang lengan aku.

Salah Sarah 2Kde žijí příběhy. Začni objevovat