Bab 15

412 26 4
                                    

"Pergi siapkan dekat luar!"

Nasib tak baik harini, aku kena marah dengan cikgu Wan sebab homework chemist ni ha. Punyalah beria aku jaga reputasi aku dalam kelas selama ni, akhirnya kecundang juga. Ni semua salah cikgu Wani la sebab denda aku waktu prep semalam. Kan dah tak sempat siapkan. Chemist pula waktu first.

Cuba lah lain kali denda waktu sekolah. Nak suruh aku bersih satu sekolah pun tak apa. Tak payah aku hadap homework bertimbun.

'Haihhh...' aku mengeluh sendirian sambil mengemas buku-buku yang perlu aku bawa bersama di luar.

"Senyum la sikit oi. At least dapat engko usha jambu." Aida menegur. Dia ni mesti tak tahu menahu apa aku hadap malam tadi.

"Diam lah kau." jawab aku kasar. Aku sumpah tak ada mood. Nasib baik aku tak melawan cikgu Wan marah tadi, kalau tidak lagi teruk la kot. Berkat dah berkali-kali jumpa dia before ni.

Lagi satu, jambu? Usha jambu apanya, lagi malu la dia nampak aku kena denda ni.

Tapi mana ada. Aku mana ada jambu.

Tanpa buang masa, aku pun pergi ke luar kelas sebab kena halau tu. Nasib baik la awal pagi, tak ada la panas sangat bontot aku nak duduk atas simen tu.

"Eh cik kak. Siapa suruh duduk? Berdiri." cikgu Wan tegur lagi.

Aku terlopong. Sumpah la berdiri? Pastu aku nak siapkan macam mana? Tulis dekat dinding? Ada common sense sikit please.

"Jangan masuk selagi tak siap." katanya lagi.

Aku melepaskan nafas berat. Apa malang nasib aku minggu ni?

Berbekalkan sebatang pen, aku mula menulis sesuatu di dalam modul. Buku teks aku sandarkan di atas pokok bunga manakala modul aku lipat dua dan beralaskan tangan sahaja.

Laju pen meluncur menumpahkan dakwat di atas kertas. Sebenarnya kerja tak susah pun, cuma kena refer buku teks dan fill in the blank je. Tapi tahu jelah pemalas aku macam mana, tu yang kerja simple pun liat nak buat.

So aku berazam nak siapkan cepat sebab tak nak kena heret pergi bilik disiplin lepas kelas ni. Lepas ni dah la waktu biologi, buatnya dia libatkan cikgu Wani tu, habis aku. Cikgu Wan ni bukan boleh jangka. Cikgu Wani tu lagi malas aku nak jumpa. Cukuplah semalam kena tahan lama lepas kemas bilik bahasa tu.

Cikgu Syafiza pula aku tak jumpa pun dia malam tadi. Balik sahaja denda semalam, aku terus masuk bilik dan tidur. Memang tak sedar sampai pagi. Denda kena tulis 100 kali ground tissue tu aku tak buat pun. Pasal homework chemist ni pun aku dah lupa sebenarnya, kalau aku ingat, baik aku skip je perhimpunan pagi tadi.

"Cikgu, dah siap." kata aku perlahan. Modul yang sudah terisi dengan perkataan itu aku hamparkan di depan cikgu Wan.

"Good. Lepas ni jangan miss homework. You student tanggungjawab untuk belajar, so buat betul-betul." balasnya pula.

Duh kena ceramah. Tapi lembut pula bicara dia kali ni.

Aku cuma membalas dengan anggukan beberapa kali disertakan dengan muka insaf. Muka jelah, akan datang aku tak janji yang aku akan siap kerja on time. Sebenarnya aku boleh siap on time dengan rujukan buku si Aina je. Nak dapat motivasi sendiri, memang lambertt lagi.

"Weh kau nampak tak jambu kau lalu tadi?" Aida terus menyoal sesudah aku sampai di tempat duduk aku.

"Bila?" soal aku cuak. Aku terlalu fokus sampai tak sedar sekeliling.

"Uyo, kau tak tanya pun siapa? So betullah ada jambu? Siapa? Budak dorm sebelah tu ek?" Aida mengusik sambil sambil seronok gelak terkekek-kekek.

"Eh engkau ni main-main la." marah aku sambil baling pemadam ke arahnya.

Salah Sarah 2Where stories live. Discover now