Bab 34

407 28 9
                                    

"So kau dengan dia ni je ke?" soalan ini terbit sewaktu kami sedang makan-makan.

Actually banyak benda dah kami bualkan, lagi-lagi berkaitan status masing-masing. Kak Izzah sekarang tengah ready nak masuk kolej, kak Syu pula dah mula sambung belajar lepas dapat tajaan, dan kak Piqa pula hanya duduk di rumah. Berkenaan kak Sha pula aku tak berapa pasti sebab dia yang paling jauh antara kami semua.

"Takda lah. Ada je dengan Aida semua tu. Ikut mood la." balas aku.

"Wah, Aida dah jadi bestfriend sekarang." kak Izzah mengusik. Yang lain pun gelak je sebab tahu aku paling tak suka Aida dulu.

"Eh tapi kau adik Dila?" kak Piqa pula bertanya soalan kepada Yura yang sedari tadi diam sahaja.

Yura mengangguk.

"Cakaplah. Dia ni memang pendiam ke?" kak Izzah soal aku.

"Tak lah" aku menjawab. Dia belum nampak lagi sisi matured si Yura ni. Plus clingy.

"Jawablah kak Izzah garang ni tanya." kata aku sambil menyiku Yura.

"Ya, saya adik Dila. Sorry la saya segan sikit. Tak biasa." jawab Yura.

"Rilek je. Takyah takut-takut. Ke kau kena paksa datang sini? Biasalah, Jiah ni memang hantu sikit perangai dia. Tak reti duduk diam." kak Izzah membalas.

"Haah memang. Ikut perangai kak Izzah juga la." aku membalas kemudian disambut dengan gelak tawa yang lain. Lagi-lagi kak Piqa. Bukan dia tak faham perangai kawan sendiri kan? Belum lagi cerita pasal kenangan kitorang fly dulu, mungkin boleh terbeliak mata Yura kalau tahu akak-akak acah suci depannya ni dah pernah cuba segala aktiviti di asrama. 

Selesai makan, kami tengok movie seperti yang dah dijadualkan. Habis je, kami jalan-jalan pula. Maklumlah, kami pergi mall baru, jadi banyak tempat nak teroka.

"Jom balik, after 7pm nanti guard dah mula tutup pagar." kak Piqa mengingatkan.

Aku yang sedang enjoy dapat berjalan ni terus hilang semangat.

"Alaaa sekejap lagi la." pinta aku.

"Nanti cikgu Syafiza bising la." balasnya.

"Hmmmm kak Piqa kan pandai pujuk." jawab aku pula.

"Ah malas la. Jom jom. Izzah, dah la tu. Kau nak kena marah ke? Nanti dia bukan marah dorang tau, dia marah kita." kata kak Piqa lagi.

Kak Izzah yang asyik membelek baju itu terus berhenti. Aku pun terpaksa pasrah. Beringat dari pengalaman lepas. Tanpa buang masa kami semua menuju ke arah kawasan parkir kereta. Di situ juga kami berpisah dengan kak Syu sebab kak Syu tak join kak Piqa dengan kak Izzah stay hotel.

"Jap, tak kelakar." kak Izzah bersuara.

"Asal?" kak Piqa menyoal pula.

"Kereta tak boleh start."

"Okay ni betul tak kelakar." aku pun mula tak senang duduk.

"Minyak ke?" soal aku.

"Bukan. Minyak ada 2 bar lagi." kata kak Izzah sambil cuba menghidupkan lagi enjin.

Tapi masih tak boleh.

"Cane eh?" soal kak Izzah seperti sudah putus asa.

"Aku cari nombor bengkel jap." kata kak Piqa. Kak Piqa ni memang dia ada jiwa leader sikit. Kepala dia macam tahu je apa benda dia patut buat. Aku ni hanya mampu gelabah je.

Kami berjaya call orang bengkel untuk datang. Sampai sahaja mereka, kereta kak Izzah diperiksa. Katanya enjin problem sikit. Dan menurut abang tu, ambil masa beberapa jam juga nak baiki. Malam sikit baru boleh siap. 

"Korang stay dengan kitorang dekat hotel okay tak? Nak pergi sekolah jauh sangat pula. Kalau naik grab pun takkan nak stop depan gate?" kak Izzah memberi cadangan.

"Haah, esok pagi-pagi kitorang hantar la." kata kak Piqa pula.

"Tapi, kena bagitahu cikgu Syafiza." sambung kak Piqa lagi.

Aduhhh ni aku lemah ni. Aku dah la tak inform dia apa-apa.

"Ha nanti kat sana Jiah bagitahu. Nak fikir ayat dulu." aku memberi alasan.

"Nak bagitahu macam mana? Nah ambil phone ni, call." kak Piqa sudah menghulur telefon bimbitnya. 

"Nanti dekat hotel la. Boleh?" pinta aku. Takut lah nak bagitahu yang aku fly ni cikgu Syafiza tak tahu pun. Dan kalau aku call sekarang, buatnya cikgu Syafiza insist nak datang ambil aku macam mana? Lepastu dia nampak Yura sekali. Fuhhh mahu sepanjang perjalanan kena bebel nanti.

"Okay, nanti call." kak Piqa bersetuju dengan permintaan aku. 

Fuh lega.

"Tapi... Esok sekolah. Sempat ke?" soal Yura pula.

"Sebab tu aku suruh bagitahu cikgu Syafiza." jawab kak Piqa.

"Tahu lah dia nak backup macam mana. Paling-paling pun korang kena lari padang je. Ye tak Jiah?" kak Izzah turut menyampuk sambil tersengih.

Lari padang atau court ni actually denda paling biasa kitorang kena since ada title atlet futsal. Sambil denda, sambil improve fitness. Betul-betul ambil kesempatan.

"Aduhhh" aku mengeluh. Even sebenarnya nak hadap dia mengamuk tu lagi seram daripada semua benda dekat dunia ni. Eceh hiperbola betul.

"Eh kau tak nak masuk futsal? Jiah kau asal tak ajak dia masuk sekali?" kak Izzah tiba-tiba tukar topik. Nampaknya masing-masing bosan menunggu grab sampai untuk pickup kami ke hotel. Nasib la hotel tak jauh sangat dengan mall tu.

"Ala dia baru form 1 la. Lagipun Jiah tak nak lah paksa-paksa macam kak Izzah dulu." balas aku. Sengaja aku nak kenakan dia.

"Eleh kau. At least kau dapat jawatan tau sekarang. Patutnya terima kasih dekat aku." kata kak Izzah pula. Haish nak menang la tu.

"Tak payah la Masturah. Budak futsal takda life do. Asyik training je." kak Piqa menyampuk pula.

Aku dengan kak Izzah saling berpandangan. Kemudian kami tergelak serentak. Dia tak ada la sampai tak ada life, tapi kalau dibandingkan dengan team lain, futsal punya training memang over sikit. 

Tak lama kemudian, grab pun sampai. Kira-kira 15 minit juga baru sampai hotel. Awalnya kak Izzah dengan kak Piqa book bilik biasa je. Queen size. Tapi kami upgrade jadi double queen. Nasib baik masih ada bilik kosong. Maklumlah, hari biasa. 

Sebabkan aku dengan Yura memang sehelai sepinggang je ikut kak Izzah dengan kak Piqa tadi, jadi kami decide untuk mandi dan pakai semula je baju tu.

"Kak Jiah. Kita tidur dua ke?" soal Yura sesudah aku keluar dari bilik air.

Omg. Soalan dia ni buat aku takut. Dah aku berdua je dengan dia sekarang ni. Kak Izzah mandi, memang dia dalam dunia dia jelah kalau mandi. Kak Piqa pula turun lobi jap. Cari makanan rasanya.

"Kenapa?" soalku. Aku pun tak faham kenapa aku soal benda itu.

"Saja tanya. Takut kak Jiah nak tidur dengan kak Izzah ke." jawabnya pula.

"Korang memang rapat ke?" soalnya pula.

"Siapa?" aku menyoal kembali.

"Kak Jiah dengan kak Izzah." jawabnya.

"Ohhh... I would say yes." jawabku pula.

"How rapat?" Yura soal lagi. Kali ni nadanya seakan serius.

"Rapat gila. Actually kitorang berlima. Eh actually awalnya berenam. Geng la kiranya. Kak Izzah, kak Piqa, kak Syu, dengan lagi dua orang. Kak Sha tak join, dia balik awal. Lagi sorang kak Lekha. Yang ni no comment, kitorang dah start tak rapat lama dah." jelas aku panjang lebar.

"I see..." balasnya sambil mengangguk.

"Then, apa kaitan dengan cikgu Syafiza? You guys seem rapat dengan dia. Especially you. Coz last time pun I saw you pergi bilik dia." soal Yura lagi.

Aku dah terdiam. Takkan aku nak reveal status kitorang pula? Budak ni dah la lama lagi nak duduk dengan sekolah tu. Tak pasal-pasal tersebar benda bukan-bukan nanti.

"Jiah!" kak Piqa tiba-tiba menerjah masuk.


Salah Sarah 2Où les histoires vivent. Découvrez maintenant