Bab 16

399 25 4
                                    

"Jiah, kau nak daftar koko apa ni? Petang ni ada pendaftaran." Nad tiba-tiba menyoal. Bosan lah tu tak ada apa nak buat. Hari ni selain cikgu Wani, subjek BM pun tak ada cikgu.

"Mana-mana kosong la. Malas aku berebut." balas aku acuh tak acuh.

"Aku nak masuk futsal boleh ke?" Nad soal lagi.

"Masuk je lah. Tak ada siapa larang. Aku rasa tak ramai nak masuk kelab tu. Ramai nak yang simple-simple je. Macam si Aida ni, apa benda la pergi join kelab indoor game. Tak mencabar langsung main dam ular." perli aku.

"Oi! Mana ada dam ular la. Kitorang main catur." Aida memberi respon. Mempertahankan maruah agaknya.

"Alah sama je lah tu." balas aku pula. Aku lupa aku dulu pun bukan bersukan sangat. Sejak masuk sini baru terpaksa masuk futsal sebab kak Izzah.

"HahHAHhaHAHA! Jom lah masuk futsal ngan aku. At least kita boleh join jadi supporter Jiah ni ha." Nad mengajak.

"Malas aku. Kat kelas muka dia, dorm muka dia, takkan kelab pun muka dia juga" kata Aida dengan muka menjengkelkan.

"Hehe tapi bukan kau takleh ke kalau sehari tak tengok aku? Ritu aku keluar kejap pun kau cari." kata aku sengaja mengusik.

"Eiuw! Takda maknanya." Aida membalas.

"Dah-dah. Jangan tak nak sangat. Karang tak ada kosong, terpaksa kau masuk futsal." Nad pula menyampuk pergaduhan kami.

Terdiam terus si Aida.

Petang itu, seperti yang dijadualkan, kami ada pendaftaran kokurikulum di dewan selepas solat zohor. Ada banyak kaunter dibuka. Tapi setiap sukan permainan dan kelab ada had masing-maisng, jadi even kau tengah beratur panjang tapi bila sampai depan kelab tu dah full, kau still tak boleh daftar.

"Eh kau betul-betul eh daftar sini?  Aku ingat main-main je." tegur aku apabila ternampak Nad beratur di kaunter futsal.

"Aduh aku mana pernah main-main." balas Nad.

Aku lantas ke bahagian kaunter untuk melihat Zatul dan Jannah yang incharge pendaftaran.

"Ramai ke?" soal aku.

"Ramai." balas mereka.

Aku cuma mengangguk. Barisan pun nampak panjang. Aku cuak dah sebab aku pengerusi kelab ni. Buatnya kena bagi ucapan setiap kali perjumpaan, mahu terketar-ketar kaki aku nanti.

"Siapa naib pengerusi eh?" soal aku lagi kepada Jannah.

"kak Diana." jawabnya.

"Nice!" aku dah agak dah siapa yang akan banyak ke depan lepas ni. Si Diana tu pun nampak extrovert dan suka ke depan.

Aku kemudian pergi mencari kerusi dan duduk di sebelah Jannah. Sambil budak-budak ni tulis nama, sempat aku interview sikit pengalaman masing-masing. Ada yang terlampau jujur kata daftar sebab ikut member je. Macam-macam sebab ada. Terhibur juga lah aku dengar sesetengah jawapan tu.

Tiba-tiba terdetik untuk adakan interview lisan masa selection athlete baru nanti. Yela, kita nak kena tengok attitude juga.

Dalam pada kami sibuk memenuhkan senarai nama, seseorang datang kepada kami.

"Ada kosong lagi?" soalnya.

"Ngam-ngam ada satu lagi. Nah tulis" Jannah mengambil senarai nama dan berikan kepada budak itu. Nampaknya tugas interview aku belum habis lagi.

Aku kemudian mengangkat muka dan aku terkebil-kebil sekejap. Dia ni buat apa dekat sini?

"Jiah, kau tak nak interview ke?" Zatul pula menyoal. Mungkin pelik tengok aku terdiam lama.

Salah Sarah 2Where stories live. Discover now