Bab 12

380 27 5
                                    

Aku balik dari mall lebih kurang jam 6:30pm. Lambat sikit takpe lah kan. Naik kereta cikgu auto lepas pagar. Habis sahaja main bowling tadi, kami sempat makan ice cream. Patutnya aku kena belanja semua, sebab dah deal siapa dapat markah paling rendah kena belanja. Tapi biasalah, everything on cikgu Syafiza.

"Malam ni saya tak datang tau." kata aku sebelum keluar daripada kereta.

"Kenapa? Are you okay?" soalnya lagi. Concern agaknya.

"Nak rest. Penat sikit." jawabku. 

"Eh? Dekat bilik saya tak boleh rest? Bukannya saya suruh push up pun dalam bilik." jawabnya pula.

"Memang lah tak push up. Tapi benda lain." balasku sambil tersenyum nakal.

"Heyy!" marahnya.

"Apa? I'm not saying anything." aku dah mula tergelak. Ha, fikir apa tu?

"Tak ada lah. Saya ada kerja dorm sikit." bohong aku. Entahlah, cuma malas nak bersosial. Social battery drained agaknya. Dasar introvert.

"Okaylah. Jangan fly pula. Study bio. Ground tissue" pesannya.

"Tak lah, mana ada fly. By the way, thanks untuk harini." kata aku kemudian terus keluar daripada kereta.

Kaki aku laju melangkah ke arah blok kemudian memanjat tangga sehingga ke aras 2. Aku terus melabuhkan punggung di atas katil. 

"Kau pergi mana weh?" tegur Aida.

"Ada lah. Asal? Ada roll call ke?" soalku pula.

"Tak ada lah. Saja tanya. Hilang lama ingatkan buat apa." balas Aida.

Aku melepaskan nafas lega dan berkata "Ohhh ingatkan apa la. Okaylah aku nak mandi".

Aku lantas bangun dan menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Barang-barang mandian dah memang sedia ada di sana. Biasanya sebelum Al-Mulk baru aku bawa masuk dorm semula sebab pengawas akan check dan buang barang-barang yang letak merata. Selipar yang tak tersusun luar dorm juga pengawas campak bawah blok. Gigihlah malam-malam turun pergi kutip barang masing-masing.

"Hai junior." tegur aku apabila nampak Yura di dalam tandas. Sejujurnya budak ni belum perkenalkan diri dia, jadi aku tak nak sesuka hati address nama dia.

"Ya?" dia yang sedang mencuci baju berpaling.

"Apahal tak guna machine?" soal aku serius. 

"Ha?" dia tersentak. Tak expect dengan soalan aku kot.

'Haih comel pula muka blur engkau ni'

Aku tak respon. Malah aku datang mendekat ke arahnya.

"Esok. Jumpa. Aku. Dekat. Kantin. Prep. Petang." bisik aku di telinganya kemudian terus menuju ke bilik shower nombor 3.

Fuhhh ini first attempt aku nak rapat dengan dia. Aku harap sangat dia datang.

Esoknya...

"Aina! Buku bio jap." pinta aku.

Aina, si budak nerd yang duduk sebelah aku ikutkan saja permintaan aku. Dia ni memang terpaling rajin. Cikgu Wani letak dia sebelah aku bila dalam lab supaya aku rajin, tak tidur dalam kelas mahupun ponteng kelas. Tapi aku gunakan lah sikit kelebihan ni. Friend with benefit? hahaha.

"Aina, kau ni dah kena mandrem agaknya. Follow je si Jiah ni cakap." Aida menegur.

"Diam lah kau." balas aku sambil tangan laju menyalin kerja rumah.

"Kau hati-hati. Takut jadi macam si Suraya je macam dulu. Nasib la Suraya dah pandai sikit sekarang" sambung Aida lagi.

Aku merenung tajam ke Aida yang duduk bertentangan dengan kau. Kecil besar kecil besar je budak ni aku tengok. Aku tak faham juga kenapa cikgu Wani masih letak si Aida ni sama group dengan aku.

Salah Sarah 2Where stories live. Discover now