Bab 35

349 29 9
                                    

Cikgu Syafiza's POV

"You ruined my mood la Damia." aku membentak. 

Dah lama sebenarnya budak manja ni tak datang spend time macam biasa. Tambah pula minggu sebelum ni dia asyik tertangkap tidur dalam kelas. Ada la few times aku balik dari kelas nampak dia kena denda sorang-sorang dekat luar kelas tu. Wan dengan Wani complain pun aku biarkan je.

Waktu kelas aku pun sekali tu dia tak pakai baju sukan. Padahal dia paling tak suka uniform sekolah. Alasan dia, cari baju tak jumpa. Lepastu next class dia dah pakai, tapi dia tak siap homework aku pulak, jadi aku denda la dia pusing padang. Am I too harsh?

Aku ingat dia akan pujuk untuk kurangkan denda, tapi tak. Dia terus buat tanpa banyak songeh macam selalu. Kenapa dengan awak ni Damia? Mana pergi manja awak?

Minggu ni pun aku tak banyak minta tolong dia sangat. Regarding kelas waima futsal. Haih bongok la Fiza, kenapa kau layan ignorant dia. Kan engkau yang sengsara.

Aku lantas keluar lalu menyarung selipar. Sekarang dah melepasi jam 12. Budak manja tu masih tak jenguk aku harini. Aku kemudian berjalan dari menuju ke arah dorm Syahbandar 4, dorm Damia. Aku usha je dulu dari luar sebab dorm memang dah gelap. Aku lihat katil dia kosong.

'Aik? Mana dia ni?' aku dah mula risau.

'Tak kan tengok movie kot? Dengan siapa?'

Laju kaki aku bergerak ke arah lounge di tingkat bawah. Dari arah tangga nampak gelap sahaja tapi aku turun juga sampai bawah. Budak-budak ni bukan boleh percaya.

"Damia." aku memanggil. Aku risau je dia ni buat benda bukan-bukan sorang-sorang macam dulu.

"Damia?" laung aku lagi.

"Damia oh Damia" lagi dan lagi.

'Ah tak boleh jadi ni.'

Aku lantas keluar daripada lounge dan bergerak ke arah bilik-bilik khas yang lain. Masih tiada kelibat manusia, apalagi Damia. Aku kemudian terus ke lounge dan bilik khas house lain pula. Setiap ruang aku pergi, Damia masih tiada.

'Mana pergi ni Damia? Tak pernah dia ni fly luar sekolah malam-malam. Waktu ada geng dulu pun biasa fly pagi je.' aku mula tak tentu arah.

Kaki aku masih bergerak pantas ke kawasan-kawasan yang aku rasa berpotensi. Termasuklah bilik sakit yang terletak di hujung benua tu.

Lama aku mundar-mandir sampai aku buntu. Jadi, aku decide untuk buat roll call untuk house Syahbandar. Sengaja aku start dengan roll call internal dulu, risau kalau benda tak elok jadi, tak adalah tersebar meluas sangat.

"Husna." aku kejut dia sambil memberi isyarat mahu jumpa dia di luar dorm. 

"Panggil siapa-siapa exco minta buat roll call sekejap. Just pergi every dorm check siapa yang tak ada, or mungkin terlebih. Apa-apa minta dorm yang terlibat turun lounge, saya dekat bawah. Dorm yang complete tak perlu turun." arah aku panjang lebar tanpa sempat Husna bertanya. Dia pun dengan mamai-mamai tak pasti lah boleh tangkap ke tidak arahan aku.

"Faham tak?" aku ingin kepastian.

"Ya cikgu. Nanti saya ajak few exco and pergi semua dorm serentak. Apa-apa saya maklum." Husna membalas.

"Bukan nanti, sekarang." jawab aku tegas. Aku faham je istilah tu tapi sengaja nak buat nampak urgent. Dia tak tahu kepala otak aku ni dah hampir mereng mencari satu manusia tu seorang diri tadi.

"Ya ya, baik cikgu." balasnya segera.

Aku kemudian beredar ke lounge menanti perkhabaran. Dah berapa puluh kali aku mundar-mandir di setiap pelusuk lounge. Aku cuba fikir mana lagi tempat yang mungkin jadi tempat lepak dia. Sesekali aku masuk semula ke bilik aku untuk lihat kalau-kalau dia ada datang. Tetapi hampa. Tiada sebarang kelibat pun.

Salah Sarah 2Where stories live. Discover now