Bab 5

462 27 1
                                    

"Sayang!" aku terkejutkan cikgu Syafiza yang mengelamun di meja kelas aku. Awal pula dia masuk kelas.

"Kenapa pakai baju sukan ni? Kan dah cakap musim jerebu ni takda pj outdoor." soalnya.

"Ala sorry lah sayang..." balasku manja sambil meletakkan dagu di permukaan meja guru itu.

Sekarang ni musim jerebu. Memang nampak tebal gak la, so pihak pentadbiran dapat arahan untuk stop sekejap aktiviti luar bilik darjah. 

"Aip! Mind your words. " balasnya serious

"Alaaaa sayanggg... Mana ada orang pun. Semua dekat lab lagi." jawab aku sambil meletakkan buku.

"Aik? Kenapa awak balik cepat pula?" soalnya lagi.

"Awak??? Kenapa tak baby?" aku mencuit dagunya. Cuba untuk bermanja.

"Ponteng eh?" soalnya pula. Kekal pada topik asal kami. Tak tergoda langsung. Kuat betul iman.

"Answer me first. Kenapa guna awak?" aku bertanya lagi. Masih tak puas hati dengan mood serious dia. Should call me baby instead!

"Damia Nazihah. Kita dalam kelas ni." balasnya serious. Suaranya ditinggikan.

Okay aku surrender. Dia sampai tahap panggil nama penuh aku ni, kecut perut jugak la. Dua tangan aku angkat tanda faham.

"Ponteng ke?" soalnya lagi. Kali ini pergelangan tangan aku dicapai dan digengam erat. Risau ya.

"Mana ada. Saya siap latihan paling awal. Dapat lah keluar cepat." jawab aku cuba meyakinkan.

Aku siap awal bukan sebab pandai ya, tapi aku hentam je latihan tu. Baru buka sekolah berapa minggu kot. Siapa je study?

"Betul?" soalnya lagi. Kali ini mata kami bertentangan. Aku ambil kesempitan kenyit mata supaya dia masuk perangkap aku.

"Dah, pergi duduk! Mengada." marahnya sambil tampar lembut lengan aku. Aku tergelak terbahak-bahak. Seronok tengok dia marah sampai merah-merah muka. Aku keliru itu either dia betul-betul marah atau blushing dengan kenyitan mata menggoda aku? Maybe the later hihi.

"Period ke?" soalku lagi seraya sudah sampai di tempat duduk. Sengaja mahu dia sakit hati.

"Argh okay-okay. Gurau jee!!" jerit aku apabila pemadam papan putih itu sikit lagi nak kena badan aku.

Cikgu Syafiza diam. Tiada reaksi verbal mahupun bahasa badan. Totally takda eye contact.

'Ah sudah. Aku nak kena pujuk dia lah pulak'

Baru sahaja aku mahu mendekati dia lagi, beberapa rakan kelas aku masuk dan duduk di tempat mereka.

'Aish, kacau daun!'

Aku pun duduk dan mengeluarkan buku latihan Pendidikan Jasmani. Tahun ini cikgu Syafiza ajar kami subjek ini pula. Aku tak pasti nak klasifikasikan berita ini sebagai berita gembira atau apa, tapi risau betul kalau dia denda aku lari dekat padang waktu tengahari panas buta ni. Even tengah jerebu, tapi cikgu Syafiza kot, dia kisah apa. Aku lantas membuka buku teks dan menyalin soalan muka surat 5 seperti yang disuruh pada kelas yang lepas. Mood dia tengah tak baik tu, aku kena siapkan kerja.

Aku pandang dia di hujung kelas. Aku tunggu sampai dia pandang aku semula.

"Tunggu sekejap" kata aku tanpa suara mengharapkan dia faham gerakan mulut aku. Isyarat ke arah jam tangan juga aku ulang beberapa aku.

"Okay semua keluarkan buku latihan, saya nak check nota last class kita" kata cikgu Syafiza dan mula berdiri.

Aku menepuk dahi. Very unnegotiable girl! Ah benci.

"Berdiri depan." katanya senada selepas melihat buku aku yang suci bersih itu. Serious je ni dah kenapa? Sah period!

Aku membontoti beberapa rakan kelas aku yang turut tidak lengkapkan kerja. Mostly bukan classmate aku semasa tingkatan 4. Jadi, mungkin mereka belum kenal perangai cikgu Syafiza yang sebenar.

"Ketuk ketampi 50" katanya tanpa sebarang emosi. Aish dejavu betul, denda sama macam dekat sekolah lama dulu.

"Yang pakai baju sukan, pumping 50" tambahnya.

"Cikguuuu" aku merungut. Mentang-mentang aku sorang pakai baju sukan, sengaja nak kenakan lah tu.

"Cepat. Yang lain buka muka surat 7. Salin rajah 2. Kejap lagi kita discuss." sambungnya lagi.

Ah. I'm not ready for physical punishment. Semenjak masuk new year ni, training futsal belum lagi mula sebab tengah jerebu teruk kan sekarang. And seronok juga cikgu Syafiza pun masih hold training sebab dia busy dengan pendaftaran new intake next week. Jadi, awal-awal ni memang hari-hari aku free je la cerita dia.

Tanpa buang masa, aku pergi ke ruang belakang kelas. Aku hamparkan tikar dan baring di atasnya untuk pumping.

"Aik, dekat court elok je tak payah lapik. Ni kenapa silang-silang kaki?" soalnya sambil kuis-kuis lutut aku. Nampaknya dia masih tidak puas hati dengan aku daripada awal tadi.

"Ala cikgu. Kasi chance la." aku mengomel. Aku sengaja tak nak bebankan diri, sebabtu aku guna lapik so that tak sakit tangan. And aku tekan tubi cara perempuan even time training memang kitorang follow yang lelaki punya.

"Suka hati lah." jawabnya sambil berlalu. Aku terasa. Dia ni kalau period memang tak ada sense of empathy ke?

Selesai je 50 kali tekan tubi yang tunggang-langgang, aku bergerak ke tempat aku semula. Kelas pun berjalan seperti biasa. Tiada apa yang menarik melainkan cikgu Syafiza sorang. Hari-hari aku cuma menantikan waktu malam sahaja untuk spend time together. Suraya sekelas dengan aku, cuma tempat duduk dia tempat lain sebab cikgu Katty, guru kelas aku yang tetapkan tempat duduk. Tapi pandai pula dia letak aku dekat-dekat dengan si Aida ni.

"Lepasni subjek apa?" soal aku yang masih belum biasa dengan jadual baru.

"Chemist." jawab Nad yang duduk di hadapan aku.

"Ah mampus. Aku tak ready lagi ni nak hadap dia." balas aku tiba-tiba gelabah. 

You know what more worse than having cikgu Wani again for bio? Its cikgu Wan tiba-tiba been assigned to my class as chemist teacher. Wtf. Aku tak boleh brain. I thought cikgu penolong kanan tak payah mengajar dah, sekali dia ada. Habislah aku. Aku janji aku jadi budak baik tahun ni. Mampus aku kalau dia mengajar sambil bawa rotan. Cukuplah haritu dah tercemar title senior aku.

"Bangunnnn..." Shamira selaku ketua kelas versi pick me girl tiba-tiba bersuara. Aku rasa aku ada musuh baru. Si Shamira ni aku tak faham la, angin dia dengan aku memang tak sehaluan agaknya. 

"Assalamualaikum cikgu Wan." ucap kami sekelas sama seperti yang diucapkan oleh ketua kelas. Aku follow sahaja sambil menunduk.

"Okay saya panggil nama baru duduk." katanya sambil memegang sehelai kertas. Senarai nama kami agaknya.

"Bodoh aku cuak lah siot." aku berbisik pada Aida yang berada di sebelah aku. Sengaja aku suruh dia tukar tempat dengan Ayu untuk hilangkan debaran di dada.

Tangan aku dah mula basah. Seram sejuk. Haritu sepatutnya memang ada kelas chemist, tapi cikgu Wan ada meeting, jadi ini adalah kelas pertama.

"Nurin Aida." sebut cikgu Wan sesudah menyebut beberapa nama pelajar lain.

Aida yang di sebelah aku terus duduk tanpa bersuara.

"Mana dia? Saya nak tengok muka." kata cikgu Wan lagi.

Tempat kami yang berada di belakang dan hujung memang agak terhalang sikit untuk dipandang. 

"Oh yang ini." respon cikgu Wan apabila rakan sekelas aku yang lain membuka sedikit ruang supaya Aida dapat dilihat. Aku yang di sebelah hanya tertunduk dan cuba menghalang wajah aku dipandang.

"Eh Damia Nazihah ke sebelah tu?" soalnya pula.

"Shit, dia ingat aku mat" jawab aku perlahan. Aku kemudian tersengih sambil mengangguk. Tak berani nak bersuara. Risau kalau mesra sangat, nanti ingat aku nak bodek dia pula. Tak kuasa aku. Biarlah aku jadi pak turut je daripada nak rapat dengan dia.

"Habislah kau." Aida bisik pada aku pula.

"Diam lah." balas aku geram.

Salah Sarah 2Where stories live. Discover now