Bab 44

543 36 19
                                    

"Tak guna kau nangis sekarang. Dan paling tak guna, kau nangis dekat aku." kata kak Izzah lagi.

Aku lap air mata. Siotlah kak Izzah, dia betul-betul masih marah aku. 

"Aku kalau boleh tak nak masuk campur langsung. Tapi aku geram sebab kau buat dia macam orang bodoh, sedangkan kau happy-happy macam tak ada apa berlaku. Buat macam kau tak ada salah. Dahtu ego sangat sampai anything involved dia, kau nak lari. Lupakan tanggungjawab. Eeeii geram aku." kak Izzah pula meluah. 

Aku diam sedari tadi. Aku tak mampu nak berkata-kata. Sedu-sedan tangisan masih berbaki.

"Okaylah, stop pasal ni. Aku nak dengar side kau pula." 

Aku berpaling ke arah kak Izzah. Dengar side aku? Sejujurnya tak ada apa yang aku boleh jelaskan.

"Ke kau setuju je apa aku kata tadi? Come on, I need a good debate. Aku tahu kau tak sebodoh itu sampai terus buang dia macam tu je. Mesti ada something." kata kak Izzah.

Aku tarik nafas dalam-dalam. Kemudian lepaskan dengan berat.

"Entahlah. Macam Jiah cakap, Jiah rasa Yura just always ada masa semua orang tak ada. Okay, Jiah bukan defend diri, Jiah sedar Jiah pun salah bila ignore orang sekeliling. Mungkin sebab Jiah terlalu attached dengan Yura. Bila sekali lepak dengan dia, rasa macam nak lagi dan lagi. I crave for more. Tahu bodoh tapi ya Allah... tak tahu lah. Tapi serious, tak suka dia pun. Lagipun dia form 1 la. Budak lagi. Dan tak ada niat pun nak ignore siapa-siapa. Cuma bila ada certain time cikgu Syafiza macam terlampau busy, takda masa nak spend time macam biasa, lepastu selalu marah-marah, then Jiah rasa better tak payah kacau dia. Tak sedar pula dari tak nak kacau dia sampai jadi jauh dari dia." aku mula bercerita.

"Dia pun tak ada datang cari. So, makin lama makin jauh. Makin awkward nak tegur balik." sambung aku lagi.

"Dia tak datang cari kau atau kau yang lari?" kak Izzah mempersoalkan.

"Alaaa kak Izzahh..." aku merengek.

"Apa? Betul kan? Takda. Aku tak nak back up kau kali ni. Sekarang ni kau nampak tak? Banyak benda kau salah. Kau sepatutnya kena faham profesion dia. Dia cikgu. Banyak peranan dia. Bukan je mengajar, dia jadi warden pula tu. Futsal lagi. Benda-benda pengawas lagi. Kau sepatutnya faham. Bukan benda baru Jiah. Kau kenal dia dari tahun lepas lagi. In fact, dari form 1 kan? Cuma kau betul-betul kenal dia last year. So, you should know. Aku cakap macam ni sebab aku faham perasaan kau. Aku tahu apa kau rasa. Aku tahu sebab mak aku pun cikgu. Selama ni aku pun tak cukup perhatian, Jiah. Mak aku lagi banyak dekat sekolah berbanding dekat rumah. Tapi takkan aku nak buang mak aku kan? Sebab tu aku banyak buat hal dekat sekolah, nak perhatian hahahha" kak Izzah tergelak. Aku cuma tersenyum lega. At least aku nampak dia dah cool down sikit.

"Apa-apa hubungan sekalipun, kena faham other side punya komitmen. Dia tak boleh setiap masa ada dengan kau, even kau tengah sakit nak mati sekalipun." kak Izzah nasihat lagi.

Aku angguk banyak kali.

"Attachment ni susah Jiah. Either kau yang sakit, orang kedua sakit atau orang lain. So be neutral je.  Sekarang kau pilihlah, budak tu atau cikgu Syafiza? Terpulang kepada kau. Terpulang atas faktor apa kau nak pertimbangkan. Aku faham setiap orang ada lebih, ada kurangnya. Yura mungkin nampak lebih, tapi kau jangan lupa cikgu Syafiza punya kebaikan lama. Tapi ikutlah. Kalau kau sendiri lagi nampak dia banyak berubah ke apa, fikir balik worth atau tidak kalau kau decide untuk angkat kaki. Aku tak nak ganggu proses kau berfikir dan buat keputusan. Tapi apa-apa pun keputusan kau, kau still kena minta maaf dengan dia." sambung kak Izzah.

"Minta maaf?" soalku naif.

"Yelah bongok! Tak kan kau nak masuk life dia balik gitu je? Tak fikir perasaan dia? Tak kisah lah dia matang macam mana sekalipun, dia faham kau macam mana sekalipun, dia still ada perasaan, Jiah. Semua orang ada perasaan, Jiah. Once kau lukakan perasaan orang, minta maaf lah. Mungkin tak mampu sembuhkan, tapi at least boleh bagi ketenangan." kata kak Izzah.

Salah Sarah 2Where stories live. Discover now