Bab 48

528 36 6
                                    

"Hello?" suara di hujung talian memulakan perbualan.

"Ya, Jiah ni." kata aku.

"Kau kat mana do? Kata nak celebrate?" kak Izzah tiba-tiba bersuara. Ni  mesti loud speaker ni. Itu yang kak Izzah sibuk nak mencelah.

"Korang dekat mana?" giliran aku pula menyoal kembali.

"Dah sampai sini dah. Mall biasa." kata kak Piqa pula.

"Engkau pandai ek pergi date malam-malam tak balik asrama. Lesen apa kau pakai? Aku anak pengetua pun tak berani buat tau." kata kak Izzah pula.

"Shh... Kak Izzah! Loud speaker ni." kata aku sambil memandang cikgu Syafiza yang fokus memandu di sebelah.

Tiada langsung suara yang keluar melalui corong telefon. Aik, pergi mana dua orang ni. Call masih engage.

"Jiah gurau jelah!" sambung aku lagi.

"Tak guna kauuuu!!" aku dengar kak Izzah berterusan memaki di sana. Boleh bayangkan macam mana riak muka dan situasi dia. Aku kat sini dah gelak terkekek-kekek dah sebab berjaya kenakan dia.

"By the way, tak dapat join lah. Tapi korang order jelah, nanti claim." kata aku.

Aku perasan cikgu Syafiza di sebelah seakan berpaling ke arah aku juga buat beberapa saat. Mungkin mahukan penjelasan.

"Tak habis-habis lah engkau date. Benda jumpa jugak hari-hari." kak Izzah masih tak puas hati.

"Ala kak Izzah. Kan ini lagi penting? Kak Izzah yang cakap. Jiah dengar nasihat sifu je." kata aku. Alasan paling relevan.

"Yelatu kau. Pape jelah. Nanti aku tuntut." kata kak Izzah sebelum mematikan panggilan.

Fuhhh, nasib baik dua manusia tu faham keadaan aku.

"Kita memang nak pergi sana kan? Kenapa tak jadi?" cikgu Syafiza terus menyoal.

"Kan nak date?" jawab aku.

Dia diam. Aku anggap diam tanda setuju.

Aku ambil phone dia lagi sekali dan mencari aplikasi google map. Nama sebuah tempat aku type dan letakkan di bahagian tengah kereta. Aku sengaja naikkan volume supaya dia boleh dengar dan ikut arah yang betul.

Step 2 : Quality time

"Cik nak ke? Kita tinggal last slot je ni." kata penjaga kedai itu selepas panjang lebar dia promote kepada kami.

Masuk sahaja ke dalam bangunan ni, banyak je barang-barang yang dijual. Tapi yang ini paling menarik perhatian aku.

"Jom." aku tarik tangan cikgu Syafiza masuk ke dalam kedai.

"Ada banyak pilihan cik. Boleh pilih dulu. Cik boleh siapkan within half an hour. After dah siap nanti, saya akan pack ya." panjang lebar jurujual tu jelaskan semasa kami baru mahu ambil tempat. No wonder sales person kena pandai cakap.

"Nak yang mana?" aku menyoal cikgu Syafiza di sebelah. Bab-bab buat pilihan ni, aku rasa dia paling power.

Aku lihat dia sedang memerhati beberapa pilihan. Aku turut sama diam sambil menunggu dia pilih. 

"Dah ke cik?" soal jurujual itu lagi.

Aku cuma bermain mata sahaja dengan cikgu Syafiza tanda okay dengan pilihan yang dibuat.

"Okay, kami pilih yang ini." cikgu Syafiza berkata.

Aku cuma tersenyum. 

"Dah kenapa diam je? Akak tu dah macam cakap dengan tunggul." cikgu Syafiza menegur selepas jurujual itu pergi mendapatkan bahan-bahan yang perlu.

Salah Sarah 2Where stories live. Discover now