Bab 60

521 27 8
                                    

"Okay semua dah lapar ke?" Pak Hamid menyoal.

Semua mengangguk. Ada juga yang menyahut 'lapar' macam 2 hari tak makan.

Sebelum mula ice breaking, barisan fasilitator di sini ada memperkenalkan diri masing-masing termasuklah Pak Hamid ni. Setiap slot rasanya dihandle oleh fasilitator yang berbeza. Macam tadi ada abang Naim, sekarang tiba-tiba Pak Hamid pula ambil alih. Tak tahu la apa pula lepasni. Tapi ikutkan pengenalan dia tadi, Pak Hamid cuma person in charge semua kebajikan sepanjang kem dan juga akan mengetuai solat jemaah untuk semua waktu solat. Apa-apa masalah sakit atau ada kecedaraan dan sebagainya, terus jumpa Pak Hamid.

"Okay dengar sini. Sebelum kita makan tengahari, saya ada amanat nak bagitahu. Sepanjang kamu semua dekat sini, ada beberapa peraturan yang semua wajib ikut." sambung Pak Hamid lagi.

"Alaaa..." aku dengar kebanyakannya merungut. Tahu jelah, siapa je suka peraturan? Peraturan sekolah pun kitorang langgar, apatah lagi ini.

"Sabar dulu. Ini lah tujuan kamu datang sini. Nak terapkan disiplin. Okay yang pertama, pergi ke mana-mana pastikan berteman dan maklumkan kepada orang lain. Contoh, malam bangun nak pergi tandas, kejutkan sorang untuk teman, dan kejutkan lari sorang untuk maklumkan nak pergi mana. Tak kisahlah kamu berani macam mana sekalipun, peraturan ini kena ikut." kata Pak Hamid sebagai permulaan taklimat. Aku yakin ada banyak lagi.

"Kedua, semua di sini adalah keluarga. Saya nak semua persengkataan yang berlaku dekat sekolah, perangai-perangai yang tak bagus tu tinggalkan dulu, kalau boleh buang terus. Sekarang kita satu keluarga, satu pasukan. Apa-apa kena kerjasama. Saya haramkan segala pergaduhan untuk berlaku di sin. Kalau saya nampak, saya suruh berendam dalam lumpur." sambungnya lagi.

Ada yang tergelak dengan ayat terakhir Pak Hamid itu.

"Last sekali, ialah etika makan. Sepanjang di sini kamu akan makan dalam dulang. Sunnah. Empat orang satu dulang. Cikgu kamu maklumkan ikut sahaja ahli khemah masing-masing.  Kita dekat sini ada total empat kali makan dari hari ini sampai esok. Makan tengahari, makan malam, sarapan pagi esok dan makan tengahari sebelum kamu semua balik. Jadi, setiap sesi sorang perlu wakil ke dapur untuk ambil dulang masing-masing. Tukar-tukar dengan ahli khemah. Saya nak semua orang ada tanggungjawab untuk ambil dan hidangkan makanan untuk kawan-kawan. Boleh?" kata Pak Hamid lagi.

"Boleh..." yang lain menjawab.

"Kemudian, makan mestilah guna tiga jari sahaja." sambungnya lagi.

Semua orang terkejut.

"Tak pernah cuba kan? Tak apa, nanti kita praktis. Hanya tiga jari sahaja dibenarkan. Maksudnya lagi dua jari, jari manis dan jari kelingking kamu sepatutnya tak akan kotor. Faham?" 

"Faham." respon semua.

"Kemudian habis sahaja makan, orang yang sama yang ambil dulang perlu kembalikan semua dekat dapur. Lepastu yang lain boleh siap sedia untuk solat zohor di surau." katanya sebelum semua dibenarkan bangun dan membuat bulatan kecil bersama ahli khemah masing-masing. 

"Tiga jari mat. Pukul berapa nak habis?" aku merungut seraya makanan sampai. 

Kali ni Raihana jadi wakil dahulu. Bagus budak ni, dia suka volunteer. Tapi aku tahu, sebenarnya dia just tak boleh duduk diam.

"Makan jelah" Haiza marah aku.

Lahh shilaa? Kau asal emosi? Aku tarik muka. Hilang mood betul nak makan. Nasi berlaukkan ayam sambal itu terus aku terkam. Boleh tahanlah sedap. Tak ada sedap sangat. Tapi bolehlah. Standard makanan dewan makan.

Habis sahaja makan dan solat zohor, kami dibawa kawasan lapang untuk mendirikan khemah masing-masing. Macam biasa, Haiza masih dengan perangai kekwat dia tu padahal aku yang tunjuk semua benda tu. Nasib baiklah kali ni dia buat betul. Aku dah macam supervisor, perhati je apa dorang buat. Bagus juga, lepas siap, aku tinggal check in je.

Salah Sarah 2Where stories live. Discover now