13

21.3K 851 65
                                    

Sebuah Buggati Chiron black berhenti di hadapan pintu masuk utama Havillion mall dan parking di situ tanpa menghirau beberapa pasang mata yang sedang memandang ke arahnya. Isa melangkah keluar daripada kereta dan berjalan masuk ke dalam pusat membeli-belah ini.

Pegawal keselamatan hanya memandang Bugatti berwarna hitam yang parking di hadapan pintu masuk mall ini kerana mereka sudah tahu nombor pendaftaran kereta UU 156 adalah milik Tengku Isa Ethan, pemilik Havillion mall ini.

Isa melangkah masuk ke dalam H Jewelry, dia berjalan di melihat koleksi cincin berlian sambil memasukkan kedua tangannya ke dalam poket seluar.

"Hai, good evening, Tuan Tengku. Apa yang boleh saya bantu?" Tanya Julia salah seorang jurujual
di H Jewelry.

"Saya nak cari cincin tunang."

Julia mengukir senyuman mendengar kata-kata Isa, dia mengeluarkan beberapa dulang cincin yang sesuai untuk majlis pertunangan.

"Di sini ada beberapa design cincin tunang, whitegold and gold 916. Tuan Tengku nak cincin saiz apa?" Berkerut dahi Isa mendengar pertanyaan Julia, saiz jari? Isa merenung jarinya, tak akan la Ulya pakai sama saiz dengannya. Wanita itu bertubuh kecil pasti saiz jarinya juga kecil.

"Saya nak semua saiz yang ada." Terkedu Julia mendengar kata-kata Isa, nampak sangat la lelaki ini tidak tahu saiz jari pasangannya.

"Tuan Tengku, semua saiz tu ada dalam 15 bentuk cincin tau. Orangnya kecil ke besar?"

Isa cuba mengingati tentang Ulya.

"Bagi saiz kecil sampai sederhana la, tak kisah berapa bentuk pun." Kata Isa dia sudah malas nak fikir, dia ambil satu design cincin yang menarik perhatiannya.

Julia mengeluh mendengar kata-kata Isa. Aduhai tahu la kaya tetapi agak-agak la sikit membeli tu.

"Saya pilih saiz 8 hingga 10 okay?" Julia meletak beberapa design cincin di hadapan Isa.

"Apa beza whitegold dgn 916?" Tanya Isa sambil membelek setiap design yang Julia berikan kepadanya.

"Whitegold lebih exclusive but tak sesuai sebagai asset, 916 ni sesuai untuk asset dan simpanan. Tunang Tuan Tengku suka yang mana?"

Isa menyilang tangan di dada sambil merenung design cincin yang telah dia senarai pendek untuk dijadikan cincin pertunangan. Lama Isa termenung.

Akhirnya dia mengambil satu bentuk cincin saiz 10 dan cuba pakai pada jari kelingkingnya, okay muat.

"Nak yang ni." Isa menghulur cincin yang dia rasa telah memenuhi citarasanya. Dia tidak sangka nak pilih cincin pun susah, kenapa mereka tidak mencipta cincin satu saiz boleh dipakai oleh semua orang.

Julia mengambil cincin yang menjadi pilihan Isa, cincin itu diletakkan di dalam kotak cincin exclusive yang cantik kerana harga sebentuk cincin saja mencecah hampir RM4000.00.

"Tuan Tengku ini cincinnya." Julia menghulur bag kertas kepada Isa.

Isa membalas dengan menghulur kad debit miliknya.

"Eh? Tuan Tengku tak perlu bayar untuk ini kerana segala perbelanjaan Tuan Tengku tanggungjawab company."

"Saya nak bayar juga." Balas Isa dengan nada suara serius, selagi dia mampu dia akan membayar menggunakan duitnya sendiri.

Julia akur, dia mengambil mesin terminal kad dan diletakkan di hadapan Isa. Sebaik saja menyentuh kad debit pada mesin terminal kad, Isa melangkah keluar daripada H Jewelry's ini. Sekarang ini hanya tinggal misi memberitahu bonda tentang rancangannya itu. Dia yakin bonda pasti akan membebel tanpa henti, siapa saja suka rancangan last minute, kecuali dia.

ISANARRA (C)Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ