8

20.3K 847 106
                                    

Ulya berdiri dihadapan cermin sambil membetulkan selendang yang dia pakai. Kemudian dia menyapu bedak pada wajahnya, kepalanya terasa pening dan badan lemah kerana dia masih di dalam keadaan demam. Telefon bimbit berlagu menandakan Ulya menerima panggilan telefon daripada seseorang. Nama nenek tertera di skrin telefon bimbitnya, lambat-lambat Ulya mahu menjawab panggilan itu.

"Assalamualaikum.. Nek."

"Ha! Dah jumpa ke calon suami?" Ulya mengeluh mendengar pertanyaan nenek, dia baru sahaja putus tunang.

"Nek, Yaya baru je putus tunang, bagi la Yaya sikit masa lagi. Lagi pun perjanjian kita 90 hari, lambat lagi."

"Aku tak nak tahu la pasal masa kau tu, aku nak kau cari sekarang. Jangan nak buat kerja last minit, kau tengok macam Jesnita tu, hari-hari post dekat FB dan group keluarga dapat hadiah dari Ilyas. Untung hidup dia, tak macam kau hidup asyik malang je. Orang suruh bekerja kau pergi jual badan!" Nyaring suara nenek di hujung talian dan juga kata-katanya menyusuk ke dalam jiwa Ulya sehingga menitis air matanya. Bukan kehendaknya mahu jadi begini, tunang di rampas sepupu sendiri bukan dia yang pinta.

"Nek! Yaya tak pernah jual badan, semua tu fitnah. Sepatutnya nenek marah Nita sebab dia rampas Ilyas daripada Yaya, kenapa Yaya yang dipersalahkan?" Ulya tidak puas hati apabila semua kesalahan diletak atas bahunya.

"Oi cucu tak guna! Kau yang tak pandai jaga diri sampai kena tebuk dengan ramai lelaki, kau nak salahkan Nita pula? Ilyas tu lelaki baik, bijak mesti lah akan pilih yang baik juga! Kau ni kan kalau dekat aku cili-cili mulut kau." Marah Hajah Maimunah berang apabila Ulya meninggi suara dengannya.

"Sumpah demi Allah, Yaya masih suci nek. Yaya masih ada maruah diri." Menangis teresak-esak Ulya mempertahankan diri daripada di caci dan hina oleh neneknya. Dia terjelupuk jatuh di atas lantai memegang dadanya kerana hatinya terseksa saat ini.

"Kau tak payah la nak menangis, sebab aku tak akan percaya cakap kau. Lusa aku nak kau balik kampung sebab ada kenduri, kalau kau tak balik, kau tahu nasib abah kau tu." Ugut Hajah Maimunah dengan nada suara kasar sebelum mematikan panggilan telefon ini.

"Ulya? Kenapa ni?" Tanya Maisarah terkejut melihat keadaan Ulya yang sedang menangis teresak-esak di atas lantai.

"Kenapa nenek hina aku sampai macam ni? Apa dosa aku?" Menangis Ulya sambil memeluk erat tubuh Maisarah, sudah la tunang di rampas sendiri, nenek pula sangat membencinya.

"Kenapa dengan nenek kau tu? Apa yang dia tak puas hati dengan kau? Dia jauh daripada kau pun nak cari gaduh ke?" Maisarah tidak puas hati dengan perangai nenek Ulya yang suka sangat mencari kesalahannya.

"Aku pun tak tahu kenapa nenek benci aku, aku tanya abah tetapi abah hanya diam. Aku dapat rasakan abah ada sembunyikan sesuatu daripada aku." Kata Ulya mula mencurigai abahnya. Dia mengesat air mata yang mengalir dia berasa sudah semakin tenang.

"Kau demam ke? Badan kau panas la?" Maisarah terkejut apabila merasakan suhu dahi dan badan Ulya dalam keadaan panas.

"Aku okay, demam sikit je ni." Kata Ulya pelahan-lahan bangun, walaupun dia berasa badannya lemah dia tetap gagahkan juga diri untuk pergi ke universiti meneruskan pekerjaannya.

"Betul ke kau okay ni?" Tanya Maisarah gelisah melihat keadaan Ulya yang kelihatan lemah ini.

"Betul la aku okay." Balas Ulya sambil mengukirkan senyuman kepada Maisarah, dia pura-pura kuat walaupun sebenarnya dia berasa sangat lemah.

Maisarah mengeluh mendengar kata-kata Ulya, memang terkenal dengan sikap degilnya. Dia memimpin Ulya menuju ke kereta, nasib la mereka satu tempat kerja jadi senang la mereka pergi dan balik kerja bersama.

ISANARRA (C)Where stories live. Discover now