9

20.3K 813 75
                                    

Suasana hiba mula menyelubungi di Villa Astana
kerana kematian mengejut Imani membuatkan ramai yang sedih terutamanya ahli keluarga yang terdekat. Paling terkesan Tengku Khalida, dia masih tidak dapat menerima cara kematian Imani yang tragis itu. Tengku Khalida menangis teresak-esak sambil memeluk erat tubuh Isa. Dia tidak sangka ada manusia telah perlakukan Imani dengan sangat kejam, sehingga dia masih sukar untuk menerima kematian anaknya itu.

"Isa, janji dengan bonda. Cari pembunuh Imani, jangan biarkan dia terlepas." Pesan Tengku Khalida, semakin erat dia mmeluk tubuh Isa.

"Ya bonda, Isa janji. Isa akan mencari pembunuh Imani sampai dapat dan Isa akan pastikan dia akan terima hukuman yang berat." Kata Isa bersungguh-sungguh, dia tekad kali ini akan mencari pembunuh adiknya dan juga blackrider yang misteri itu. Dia sangat terasa akan kehilangan Imani, siapa sangka tempoh hari ketika Imani meminta dia memeluknya adalah pelukan terakhir daripada Imani. Adiknya seolah-olah tahu ajalnya akan tiba.

"Tuan Tengku, tok imam minta jenazah Imani di bawa ke masjid sekarang." Kata Pak Hamid sebaik sahaja mendekati Isa dan Tengku Khalida.

Tengku Khalida tundukkan wajahnya dan dekatkan bibirnya di telinga Imani.

"Sayang Imani,Bonda ampunkan dosa-dosa Imani, bonda halalkan makan minum serta susu badan yang pernah bonda berikan kepada Imani. Bonda sayang Imani sangat, Imani jangan takut gelap tau." Teresak-esak Tengku Khalida sambil duduk di tepi jenazah Imani. Dahi Imani di kucup lama.

Irma menangis di dalam pelukan Tengku Danial saat mendengar kata-kata bonda. Walaupun dia dengan Imani selalu bergaduh berebut barang tetapi dia sayang pada adik perempuannya itu.

Isa bersama beberapa orang masjid mengangkat keranda keluar daripada Villa Astana ni dan membawa masuk ke dalam van jenazah.

"Isa gerak dulu. Bonda berehat tau." Isa mengucup tangan Tengku Khalida kemudian dia mencium dahi bonda kesayangannya ini.

"Kakak teman bonda tau." Pesan Isa sebelum melangkah keluar daripada rumah.

Irma mengangguk tanda faham, dia memeluk erat bahu bonda. Mereka sama-sama menangis melihat van jenazah yang membawa jenazah Imani mula bergerak keluar meninggalkan kawasan Villa Astana ini.

Usai Tok Imam membaca talkin, Isa menyiram air bunga ros di atas pusara Imani. Dia bertenggung sambil mengusap kayu tanda yang di jadikan batu nisan sementara.

"Adik, abang janji akan cari siapa yang bunuh adik. Berehat la adik, abang minta maaf kerana gagal melindungi adik. Abang sayang adik." Sebak Isa saat ini, pelahan-lahan dia bangun dan melangkah menuju ke kubur ayah yang terletak di sebelah kubur Imani.

"Ayah, Isa minta maaf kerana gagal melindungi Imani tetapi Isa janji akan mencari pembunuh adik." Kata Isa bersungguh-sungguh, tekad dia mahu membalas dendam atas kematiaan adiknya.

Selesai urusan di kubur Isa melangkah menuju ke keretanya, dia mahu menyelesaikan segala kekusutan pada hari ini juga. Seseorang perlu bertanggungjawab atas kematian Imani.

 Seseorang perlu bertanggungjawab atas kematian Imani

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
ISANARRA (C)Where stories live. Discover now